BAB 4

Fanfiction Completed 1548

Pada hari itu, Anna berpeluang untuk melawat bandar Arendelle dan bermimpi untuk berjumpa dengan seorang jejaka yang di idaminya sebagai teman hidup Anna.

Kerana terlalu teruja, Anna sangat gembira sehingga terlanggar seorang jejaka yang sedang bersama kudanya. Jejaka itu mengenalkan dirinya sebagai Putera Hans dan datang ke Arendelle sebagai wakil dari negaranya.

Anna sempat mengenalkan dirinya dan segera bergegas ke istana kerana upacara pertabalan sudah bermula. Selain daripada Putera Hans, salah seorang wakil dari negara jiran juga telah datang ke Arendelle.

Wakil itu adalah Lord Harry bersama rombongan beliau. Lord Harry sangat musykil dengan kekayaan Arendelle walaupun ketua negara mereka adalah adik beradik diraja yang sangat misteri itu.

Upacara pertabalan bermula dengan Elsa yang berada di tengah tengah gereja dan paderi yang ada pada masa itu menabalkan Elsa sebagai permaisuri Arendelle.

Elsa yang selama ini tidak pernah memegang benda lain kecuali memakai sarung tangan yang diberikan oleh bapanya dahulu terpaksa memegang barang upacara pertabalan untuk menjayakan upacara itu.

Elsa sedar yang barang tersebut mula membeku sehingga dia segera meletakkan barang tersebut di atas meja setelah selesai upacara itu. Pada malam hari yang meriah itu, Elsa dan Anna menjemput rakyat jelata untuk meraikan hari yang bersejarah itu di istana.

Elsa sebagai permaisuri melayan rakyat jelata yang ada di ruang itu walaupun tidak berani memegang mereka.

Anna pula merasakan kejutan budaya dan merasa sangat terkejut apabila kakaknya yang melayannya dengan rapat walaupun mereka berdua tidak bergaul buat beberapa tahun.

Pada malam itu, Anna terjumpa lagi jejaka yang baru dikenalinya pada awal hari itu dan mereka berdua meluangkan masa untuk berkenalan dengan lebih mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience