BAB 8

Fanfiction Completed 1548

Rambut Anna bertukar berwarna putih selepas beberapa lama dia menjadi lemah dan dikurung di biliknya. Anna mula hilang harapan yang dia akan diselamatkan oleh sesiapa.

Pada masa ini, Elsa telah ditangkap dan dibawa ke penjara Arendelle atas arahan Putera Hans.

Elsa menjadi sangat marah dan mahu dirinya dilepaskan dari penjara itu. Elsa mula memahami niat sebenar Putera Hans lalu memikirkan cara untuk bertemu dengan adiknya, Anna.

Elsa menggunakan kuasanya untuk melarikan diri dari tempat itu. Kristoff pula telah tiba di istana Arendelle dan terjumpa Anna yang sedang cuba melarikan diri dalam keadaan lemah dan pucat. Anna memberitahu Kristoff tentang kenyataan yang telah berlaku.

Malangnya, kuasa Elsa sudah menjadi semakin teruk di Arendelle sehingga hampir membekukan satu negara itu. Angin bertiup dengan sangat kencang dan pada masa ini, semua orang berada di dalam istana untuk menyelamatkan diri. Anna berusaha untuk mencari Elsa dan begitu juga Elsa.

Dua adik beradik itu akhirnya bertemu di tengah-tengah laut yang telah beku dan malangnya,Anna telah menjadi beku akibat kuasa Elsa.

Elsa menjadi sangat takut, sedih dan gusar tentang apa yang berlaku. Elsa hanya mampu menangis pada masa ini dan Kristoff bersama orang lain yang berada dalam istana turut menyaksikan babak yang menyedihkan ini.

Air mata mengalir dari mata Elsa dan secara tiba-tiba, satu keajaiban telah berlaku. Anna mula pulih selepas terkena air mata Elsa dan sembuh seperti biasa. Angin di tempat itu juga menjadi reda dan cuaca sejuk pada masa itu semakin berkurang.

Elsa mula dapat mengawal kuasa aisnya dan Arendelle kembali kepada keadaan asal dengan serta-merta. Putera Hans sangat terkejut dengan apa yang berlaku cuba melarikan diri dari tempat itu namun telah ditangkap oleh Kristoff.

Elsa segera mengarahkan Putera Hans dihukum keras dan memastikan Arendelle kembali kepada keadaan yang stabil.

Selepas beberapa bulan, Anna dan Kristoff membuat keputusan untuk bersama dan kali ini, Elsa tidak menghalang kerana mereka semua sudah kenal sesama sendiri dan telah hidup gembira bersama.

Olaf pula tinggal bersama Elsa dan Anna di Arendelle dan telah diberi awan musim sejuk untuk orang salji yang comel itu agar tidak akan cair pada musim panas. Keadaan Arendelle kembali ceria dan Elsa menjadi Permaisuri Arendelle yang disegani dan disayangi seluruh rakyat negara Arendelle.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience