BAB 7

Fanfiction Completed 1548

Anna memujuk Elsa untuk kembali ke Arendelle dan membantu Anna untuk memulihkan Arendelle kembali kepada keadaan yang asal.

Elsa yang masih merasa sangat terbeban menolak pelawaan Anna dan menyuruh Anna pergi dari istana itu. Akan tetapi, Anna berkeras untuk meminta Elsa ikutnya kembali.

Disebabkan ini, pertelingkahan telah berlaku diantara kedua adik beradik itu. Kerana terlalu marah, Elsa dengan tidak sengaja telah mengenakan kuasanya ke Anna sehingga Anna menjadi lemah dan diselamatkan Kristoff.

Kristoff sangat risau dengan apa yang berlaku lalu segera membawa Anna berjumpa dengan The Trolls, makhluk asing yang telah membantu menyembuhkan Anna dulu.

Trolls tersebut memberi tahu Kristoff yang cinta sejati sahaja yang akan dapat menyembuhkan Anna. Anna memberitahu Kristoff yang dia boleh membawa berjumpa dengan Putera Hans kerana dia yakin bahawa dialah cinta sejati Anna.

Akan tetapi, sesuatu telah berlaku. Putera Hans mengkhianati Anna dan menyatakan hasratnya untuk mengucar-kacirkan keadaan agar dia boleh menjadi pemerintah Arendelle.

Anna merasa sangat marah dan geram tentang apa yang berlaku lalu mengarahkan Putera Hans ditangkap. Namun, Putera Hans yang sangat licik memanipulasikan keadaan dengan memberitahu rakyat yang Anna telah meninggal.

Pada masa ini, Anna sangat lemah dan Kristoff yang tidak tahu hal sebenar telah pergi jauh dari istana Arendelle. Kristoff berasa berat hati sepanjang masa ini berlaku lalu membuat keputusan untuk kembali ke istana Arendelle untuk memeriksa keadaan Anna.

Suasana Arendelle menjadi suram dan tidak bermaya apabila mereka mengetahui tentang apa yang telah berlaku. Putera Hans mengarahkan orang-orangnya pergi menangkap dan menghukum Elsa yang baginya, telah menjadi punca tragedy sebegini berlaku di negara Arendelle.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience