Esoknya Kak Ngah dan Kak Cik turun di halaman rumah, bercerita dunia kanak-kanak mereka. Usai solat asar tadi ayah menyarung baju lusuhnya, mencapai parang panjang semak di belakang rumah sudah meninggi.
Selesai ayah menebas.
“Kak cik! Ambilkan air sejuk untuk ayah.”
Berlari anak Kak Cik, seraya menyahut, “ya Ayah”.
Ayah mengelap air peluh di dahi, duduk di kerusi batu sambil menghirup air oren lantas kerongkong yang kering terasa lega. Kak Ngah dan Kak cik bermain batu Seremban. Ayah menegur,
“Kamu berdua ni, main je, malam ni kamu berdua kena belajar matematik dengan ayah, dah maghrib pergi naik, cepat nanti ayah nak mandi pergi masjid.”
Aku bangga kini kerana aku punyai seorang lelaki yang bernama Ayah!
Masa berjalan tanpa menunggu manusia mengejarnya atau hanya di biarkan berlalu.
Share this novel