BAB 8

Family Completed 9531

7 September 2013

Akhirnya setelah 2 bulan menjalani pelbagai kursus persiapan ke Jordan, Atiqah anak ayah Kak Ngah akan berlepas hari ini. Ayah tersenyum puas namun terselit rasa sayu melepas anak gadisnya di perantauan. Itu asam garam kehidupan, peluang sudah terbentang luas untuk masa depan anaknya. Ayah korbankan wang ringgit, masa dan tenaganya demi semua anaknya. Terima kasih Ayah!

“Qah, barang semua sudah siap? Dokumen penting jangan lupa, nanti susah, Pasport, lepas ni kita ziarah kubur arwah umi dulu.”

Pesanan ayah seperti biasa menjadi halwa telinga.

“Ya ayah, Kak Ngah nak siap.”

Kak Ngah mencapai baju yang sudah di gosok. Jubah bermanik menjadi pilihan hati. Kak Cik kelihatan sugul. Kak Ngah memahami jiwa adiknya. Biasanya Kak Cik keseorang di rumah, sementelah Kak Long bekerja di Kuala Lumpur dan adik bongsu mereka di asrama, tetapi sejak Kak Ngah tamat SPM Kak Ngah yang menemani kesunyian Kak Cik, kini Kak Ngah meninggalkannya lagi.

Suasana hening menghiasi kawasan perkuburan Kampung Gong Bayor. Seorang suami memimpin anak-anaknya ke pusara arwah ibu mereka.

‘Umi, Kak Ngah akan terbang jauh ke bumi ambiya’,umi suka tak? Dulu Kak Ngah tak sempat berikan hadiahkan untuk umi dan ayah, ini hadiah untuk umi sebab lahirkan Kak Ngah di dunia ini.’

Air mata Kak Ngah laju menuruni pipi halus di iringi ucapan dari hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience