15 tahun yang lalu.
05 Mei 1999
“Sabar. Mengucap, sebentar lagi Nurse datang.”
Kata kata semangat seorang suami saat Isteri melahirkan zuriat begitu syahdu. Tetapi Allah Maha Berkuasa, suara bayi memecah kesunyian di perkarangan Hospital Besar Jertih Jam 3 pagi. Ayah berlari menjerit memanggil Nurse. Umi di letakkan di atas stretcher. Darah keluar tanpa di ganti, mungkin itu kesilapan yang lalu. Ayah bersuara,
“Nurse, kenapa tak masukkan darah?”
Kegusaran ayah menzahirkan kasih si suami.
“Saya tahu. Ini kerja saya.”
Nurse memberi jawapan.
Ayah hanya diam, hanya bertanya kerana dia pernah bertugas di hospital suatu ketika dahulu.
Ambulans bergerak laju membelah kepekatan malam, Hospital Kubang kerian perjalanan yang menjadi saksi seorang Ibu berjuang sudah di panggil Maha Pencipta.
Di rumah, seorang anak merengek memanggil.
“Umi, umi.”
Nenek memeluk.
“Umi balik esok. Umi dengan ayah pergi ambil adik baru. Tidur dengan nenek dulu ye sayang.”
Hanya ungkapan itu supaya cucunya memahami.
Share this novel