Hospital Besar Jertih.
“Encik, pihak hospital terpaksa hantar isteri Encik ke Hospital Besar Kubang Kerian, Kota Bharu.”
Perjalanan membelah kesunyian malam menjadi saat seorang ibu berjuang pulang ke pangkuan tuhannya. Terputus semua amalan di dunia kecuali 3 perkara; ilmu yang bermanfaat, anak yang soleh dan sedekah jariah.
06 Mei 1999
Allah s.w.t berfirman: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati 3:185.” Kerana mati tidak mensyaratkan sakit mahupun tua.
Ambulans bergerak laju membawa jenazah. Sudah menjadi tanggungjawab insan yang masih di beri peluang merasai nikmat kehidupan menguruskan insan yang sudah di jemput Illahi. Allah terkadang menghadirkan kematian dalam kehidupan kita sebagai peringatan dalam kehidupan manusia bahawa di dunia ini tiada perkara yang kekal.
Usai urusan pengebumian, Ayah termenung jauh. Dalam fikirannya, apa yang aku nak buat lepas ni? Bagaimana kehidupan aku selepas ini? Melepaskan pandangan anak anak kecil sayu singgah di lubuk hati.
Ayah bermonolog.
‘Aku adalah ibu, aku jua ayah.’
Fikiran ayah buntu, kosong! Tindakan yang mampu di lakukan memohon cuti selama 3 Bulan tanpa gaji, biar tenang fikiran, biar selesai urusan.
“Mak, saya balik ke kampong saya Melaka.”
Nenek terdiam. Mata Pak Long berkalih ke ayah lantas menyudahkan kunyahan terakir
“Aku bukan apa Azam, kau ni dah macam adik aku sendiri, tanah di hujung sana atas nama arwah,bila anak kamu besar nanti jadi milik anak kamu, kamu duduk saja di sini, aku risau bila kamu pulang ke Melaka susah kamu nak balik ke sini, anak-anak kamu tak kenal saudara mara kat sini.”
Ayah termenung.
“Nanti saya fikirkan Abang aziz.”
Ayah meneruskan kehidupan, mengikut nasihat Pak Long Aziz. Setiap hari jumaat ayah tidak pernah lupa menziarahi pusara arwah umi, kami ikut sama.
Sehingga sewaktu aku berumur 6 tahun Surah Yasin sudah sempurna dalam ingatan aku. Ayah menduda sehingga aku menjejakkan kaki ke Jordan, ada sahaja yang memuji kesetiaan ayah. Aku hanya tersenyum lantas hati bermonolog, ‘ayah aku setia hujung nyawa’. Ayah tidak pernah mengabaikan makan minum, pakai kami adik beradik apatah lagi soal pelajaran agama. Ayah sangat tegas dalam menjaga aurat anak perempuannya, pernah ketika ayah sangat marah bila Kak cik keluar rumah tanpa baju kurung, walhal pakaian ketika itu masih menutup aurat. Begitulah ayah sering melihat urusan agama perlu sempurna. Oh Ayah!
“Lepas maghrib baca Al quran dengan ayah, sebelum solat maghrib berjemaah tunggu ayah, sambil tu baca Al Quran. Faham?”
“Faham ayah.”
Begitu rutin harian kami 3 beradik, adik bongsu Che ngah yang menjaga sejak dari kecil kebetulan anak tuggal Che ngah masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kehadiran adik bongsu mengisi kesunyian di waktu naluri keibuannya menjentik.
Share this novel