13 Mac 2013.
Jari jemari ayah lancar menaip papan kunci komputer, menyemak kewangan bulanan, sudah menjadi tugasannya setiap bulan, telefon bimbit di letakkan di sebelahnya menunggu satu panggilan dan berharap berita gembira sekali gus terasa penat lelahnya terbalas.
Suasana sekolah Maahad Saniah riuh seakan satu pesta berlangsung. Di medan Maahad Saniah itu seorang anak mengenal erti kehidupan berdikari dalam kehidupan. Nur Atiqah Nor Azam kelihatan tenang melangkah ke kantin, bertudung labuh Krim, berjubah kuning kelihatan manis dan santun, kaki melangkah tersenyum manis ke arah sahabat yang bersembang di kerusi kantin. Kak Ngah duduk di sebelah Syafiqah dan Syahira, 2 beradik kembar yang menjadi sahabatnya sejak dulu.
“Atiqah, awk tak nampak cuak pon. Tak takut ke?”
Soalan yang di jangkakan, lantas Atiqah mengukir senyuman manis.
“Insya Allah semoga Allah memberi keputusan yang terbaik di atas usaha kita, usah risau, Allah memandang usaha kita, kalau keputusan itu bukan kemahuan kita jangan pula kita mengeluh kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Atiqah memeluk bahu sahabatnya, tanda kasih sayang seorang sahabat.
Usai menemui semua guru di sekolah Atiqah melangkah ke Pejabat sekolah, debaran seakan memecahkan dada. Hari ini adalah penentuan samaada hadiah atau kepahitan yang akan di kalungkan buat ayah. Mulutnya terkumat-kamit berselawat serta memohon kepada Allah. Ya! Tadi dia beriya menasihati sahabatnya supaya bersabar dan bertenang, tetapi untuk dirinya dia tewas, semoga Allah mendengar doa seorang anak yang ikhlas.
“Tahniah Atiqah, kamu mencapai target sekolah dalam SPM.”
Cikgu Marziyah tersenyum seraya memeluk pelajarnya.
“Alhamdulillah, terima kasih cikgu, semua ini atas berkat cikgu semua.”
Atiqah tersenyum puas.
Ustazah Norna zalelawati mendekati Atiqah, “Atiqah, Pendidikan Al Quran dan Sunnah kamu dapat A+”
Satu subjek penting bagi Atiqah kerana itu adalah syarat untuk melajutkan pengajiannya di Jordan dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fiqh.
“Ayah, Alhamdulillah, Kak Ngah dapat keputusan cemerlang.”
“Alhamdulilah, petang nanti ayah jemput Kak Ngah. Tahniah ye.”
Akhirnya semua jawapan terungkai kini.
‘Allah, terima kasih.’
Monolog ayah di selangi dengan kata syukur.
Share this novel