“Kak ngah, Kak Cik! Letak baju sekolah dalam baldi. Rendam dulu baju tu.”
Suara Ayah memecah gegendang telinga tatkala Hari Khamis menjengah. Kak ngah, Kak cik bergerak pantas, gerun barangkali, ayahnya bukan seperti ayah yang dulu. Peristiwa 7 tahun dulu seakan mengubah ayah menjadi seorang yang lain, bukan diri nya sendiri.
Seorang lelaki bergelar Ayah tunggal setelah isteri pulang menghadap Illahi, keperitan yang di tanggung seakan melunyaikan impian Bahtera Perkahwinan nya. Kekuatannya 4 orang putri yang masih kecil. Saat isterinya mengemaskan tautan jari dia percaya itu adalah Cintanya hingga ke syurga detik itu dunia nya gelap….
Share this novel