BAB 4

Family Completed 9531

September 2007

“Minggu depan bulan Ramadhan jadi sekolah kita akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar dan keluarga pelajar, jadi balik nanti kamu semua maklumkan kepada ibu bapa masing-masing.”

Cikgu Kamariah berpesan sebelum mengakhiri kelas pada hari ini.

Kak Ngah berkira-kira dalam hati, ‘wah, minggu depan puasa buka dengan ayah di sekolah. Syoknya!’. Kaki laju melangkah ke pagar sekolah, Kak Ngah singgah di kedai kecil Kak Yah, membeli jajan, sambil berjalan dia menguyah jajan, kalau di simpan di rumah naik minyak ayah nya.

Usai solat zuhur Kak Ngah mencapai penyapu, di sapu satu rumahnya, mencuci pinggan, melipat kain, itu rutin hariannya bila pulang sekolah. Kak Long sudah menghuni asrama jadi semua itu berpindah untuk dia .Kalau ikutkan hati ingin saja membaringkan tubuhnya yang lesu tambahan dia berjalan dari sekolah 15 minit, tapi dia tahu ayah sangat pembersih, dia mahu ayah sentiasa dalam keadaan tenang. Selepas solat asar Kak Ngah melelapkan mata, bermimpi dalam dunia kanak-kanak.

Kak Cik menyusun kerusi kecil di keliling meja bulat, membuka bungkusan makanan yang di beli ayah di pasar malam, bukan mereka tidak jemu memakan nasi bungkus saban hari, tapi ketika itu hanya itu pilihan mereka, ayah pulang kerja sudah petang,mahu memasak?

Hari Ahad pasar malam di Kampung Raja, Hari isnin di Kampung Gong Bayor, hari selasa di Kampung Bukit Keluang, Hari rabu pasar malam di Kampung Alor Lintang, Hari Khamis pasar malam ni Kampung Aman, Hari Jumaat pasar malam di Kampung Tembila dan Hari Sabtu pasar malam di Kampung Batu Tumboh. Mereka bertiga sudah hafal jadual pasar malam, mungkin kelihatan seperti lucu tetapi itu hakikatnya. Mungkin cuma hari selasa ayah pulang dari kerja kemudian memasak, berasap juga dapur rumah.

“Ayah tadi cikgu pesan minggu depan ajak ayah berbuka puasa sama-sama di sekolah.”

Kak Ngah berhenti mengunyah lantas merenung wajah ayah.

“Hari apa?”

Ayah melontar soalan.

“Hari rabu ayah.”

Suara ceria anak ayah kedengaran.

“Erm, tengok la dulu.”

Jawapan ayah petanda seribu cahaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience