Majlis berbuka puasa di sekolah hanya tinggal 2 hari. Pulang dari pejabat jam 5 petang ayah merebahkan tubuhnya di kerusi malas lantas melelapkan mata.Kak Ngah dan Kak Cik asyik mengutip batu di halaman rumah untuk di buat batu serremban, sekali di tegur sekali lenyap batu seremban, sudah menjadi dunia kanak-kanak.
Bunyi telefon bimbit ayah mengejutkan lena ayah.
“Assalamualaikum Bos, hari rabu ni? Dah confirm ke Bos?”
Kak Ngah dan Kak Cik memasang telinga di balik daun pintu.
“Kalau begitu saya akan pergi. Waalaikumusalam.”
Kedengaran ayah mengeluh perlahan.
“Kak Ngah, mari sini, cabutkan uban ayah.”
Ayah duduk bersandar sambil matanya di lepaskan di layar skrin televisyen.
“Ya Ayah.”
Kak Ngah bangun meninggalkan Kak Cik yang sudah mencuka, mereka baru sahaja mahu bermain tetapi suara ayah lebih perlu di patuhi.
“Kak Ngah, hari rabu ni ayah pergi mesyuarat di Kuala Terengganu, jadi kamu pergi berbuka puasa di sekolah dengan nenek kamu. Ayah balik lewat takut tak sempat.”
“Ye Ayah.”
Suara Kak Ngah perlahan mengiayakan kata-kata ayah.
Ayah tahu Kak Ngah sedih, tapi itu tuntuan kerja sudahnya ayah hanya diam, membiarkan anaknya melayan persaan sedih, dia bukan seorang ayah yang tahu memujuk anak seperti arwah ibu mereka, ayah hanya memahami tetapi tidak tahu menzahirkannya.
Esoknya Kak Ngah dan Kak Cik berbuka puasa di Sekolah Kebangsaan Gong Bayor bersama nenek mereka. Nenek mereka yang setia menjaga mereka. Nenek mereka yang suka membebel.
Kata ayah, “nenek kamu waktu dia tidur dengan solat je baru dia diam”, terletus ketawa bila terngiang kata-kata ayah di halwa telinga.
Itu cerita yang lalu. Keperitan seorang ayah membesarkan 4 orang anak tanpa sentuhan kasih sayang seorang ibu mengajar seorang lelaki menjadi tabah walau terkadang rintangan menjadikan dirinya lelaki yang terlalu tegas mendidik anak-anak.
Share this novel