BAB 4 [We can only learn to love by loving]

Romance Series 4318

Sara duduk dikerusi halaman rumah. Wajah ceria seindah bunga dipagi hari menarik perhatian Izz Haykal. Selang beberapa saat dia akan mencuri pandang. Telefon bimbit jenama Iphone 13 pro dipandang penuh mesra setelah dia mendapat mesej dari seseorang. Bagaikan boleh Nampak betaoa banyak mini love yang keluar dari mata Sara. Gembira sungguh. Air yang dihantar oleh pembantu rumah dihirup sedikit. Coffee with milk yang sering menjadi kegemaran Sara
“Hai Sara, tersenyum sendiri nampak. Apa rahsia yang aku tak tahu ni? Izz bertanya penuh curiga. Wajah gadis itu ditilik dengan mata coklat pekat miliknya. Sambil membuat muka tanda dia sedang memikirkan sesuatu.
"Apasal pulak nak tahu?" Sara dah malas melayan perangai protective Izz Haikal.
Memang dari dulu lagi lelaki itu terlebih mengambil berat pasal dirinya. Kadang-kadang naik rimas tapi dia redha saja sebab dia tahu Izz Haikal sayangkan dia macam seorang adik sama seperti Iman. Cuma terkadang itu melebih.
"Saja nak tahu, kalau Sara ada berkawan istimewa dengan mana-mana lelaki abang nak tahu jugak siapa lelaki tu? baik ke tidak?, abang Izz nak pastikan Sara didampingi oleh lelaki yang boleh jaga Sara macam abang Izz jaga Sara" Izz ikhlas.
Dia memang nak yang terbaik untuk Sara kerana dia terlampau sayang terhadap gadis itu. Tidak sanggup dia melihat gadis itu terluka lagi. Cukuplah setakat ini penderitaan yang pernah dia lalui. Melihat Sara sakit membuatnya turut berasa sakit. Adakah disebabkan itu dia menjadi sebaik itu pada Sara. Sara dan dia jauh bezanya hanya 3 tahun. Dibesarkan bersama membuatkan dia sudah terbiasa mengganggap Sara sebagai adik.
"Don’t worry abang, Sara boleh jaga diri sendiri, Sara tahu apa yang Sara buat cause Sara dah besar, so abang boleh stop fikir pasal Sara and focus pada diri abang Izz. Kan?" Sara sudah mengeluar hujah yang tak seberapa.
Tetap saja Izz Haikal buat muka tak puas hati. Muka macam tertelan kapur. Tidak menyetujui dengan pendapat Sara.
“Hurmmm..ye lah tu, but kalau ada apa-apa masalah kene bagi tau abang Izz secepat mungkin and kalau nak mintak tolong ambil adik balik sekolah ke, nak pergi mana-mana dengan kawan bagi tau je selagi abang Izz masih dekat Malaysia” Izz Haikal bertutur lembut. Berharap semua yang datang kepada Sara adalah perkara yang baik-baik sahaja.
“Ehh macam lain je bunyinya?” Sara sudah masuk dalam mood menyakat. Terus otaknya laju memerah kata mengenakan Izz.
“Lain apa pulak?” Izz Haikal buat muka bosan. Sara ini boleh tahan jugak tahap imaginasi sampai benda macam tu pun boleh dikata lain.
“Amboi buat tak tahu pulak? Untuk pengetahuan abang Izz dari raut wajahmu itu, saya sudah boleh membaca sejuta makna yang tersembunyi tau.” Sara tersengih.
Raut wajahnya jelas-jelas sedang menyindir Izz Haikal. Hiperbola sangat ayat Sara tu.
Izz Haikal menyeringai apabila dapat menangkap maksud Sara. Debaran didada lain macam apabila teringat tentang itu. Namun, dia kawal sebaik mungkin agar tidak terlampau menonjol dihadapan Sara. Tapi sayangnya, Sara sejuta lebih tau walaupun Izz Haikal menyembunyi kerana dia terlampau mengenali perangai semula jadi Izz Haikal.
“Do you fall in love with Erina Sofea abang Izz? My chingu?” Sara sudah mulakan misi merungkai segala misteri. Boleh kalah misteri nusantara kalau rancangan dia diterbitkan. Tajuk diberikan
“Misteri Cinta Pertama Izz Haikal”
Haha.
“Dah kenapa pulak sampai ke situ? Dia budak lagi lah sama macam Sara?” Nafi Izz sekeras-kerasnya. Walaupun hatinya sudah seperti agar-agar coklat bila terkenang gadis dingin itu.
Haha.
“Ceh, macamlah dia tua sangat, baru je 21 tahun dah berlagak. Beza 3 tahun je kot. Dan abang Izz jangan nak tipu Sara sebab dari mula abang Izz jumpa dia Sara dah nampak tau, so jangan nak menafikan” Sara berkata dengan divanya siap dengan aksi jari telunjuk melawan fakta yang telah diautakan oleh mamat dihadapannya ini.
“Baru jumpa dua kali je pun, Sara ni overlah, kalau tertarik itu memang ya, sebab dia cantik dan charming tapi cinta masih terlalu awal untuk mengklasifikannya” Izz Haikal mula bersuara ikhlas. Hujung kaki dia menguis-guis tanah.
Malu?
“Kalau macam tu, kenapa abang tak nak buat analisis or experiment?” Sara terjerit happy. Idea sudah mencurah-curah dikepala untuk menjalankan misi merungkai misteri.
“Ape Sara ni? Ingat Erina tu tikus makmal nak buat experiment bagai?” pening kepala Izz Haikal melayan perangai setengah tiang adiknya. Ade je idea pramatang yang tak bernas.
“Not Erina my bff but you?” Sara sudah dengan azam barunya.
“Nak buat ape? macam budak-budaklah” Izz Haikal merungut.
“Okay let Sara explain, abang Izz kan kata tadi yang abang Izz tak tahu itu cinta pertama abang Izz or sebaliknya sebabnya masih terlalu awal, so apa kata kita jalankan experiment untuk tahu isi sebenar hati abang Izz? Abang Izz boleh tipu semua orang tapi bukan hati abang Izz sendirikan?” Sara menjongket kening bangga sambil berharap Izz Haikal bersetuju.
Izz Haikal masih dengan muka blur. Buruk dimata Sara. Nasiblah dia sebenarnya handsome so kalau buat muka blur taklah terlampau buruk.
Haha.
“Macam ni, Sara akan tolong abang Izz untuk selalu bertemu dengan Erina, untuk bagi abang Izz tau apa perasaan sebenar abang Izz dengan Erina, kata orang mata tak boleh menipu tapi hati boleh menafikan sebab takde siapa yang nampak, jadi abang Izz akan rasa apa perasaan sebenar abang Izz bila selalu berhadapan dengan Erina” jelas Sara beria.
“oooo” Izz mengangguk tanda faham.
“Deal or not?” Sara dah terlampau excited. Tak sabar nak menjalankan misi.
“Excitednya dia” perli Izz Haikal dengan muka mengada.
“Mestilah, sebab Sara yakin plan ni pasti menjadi. Sara tahu Izz Haikal siapa. I know you already fall in love with her. Cuma abang tak yakin dan masih keliru dengan perasaaan sendiri” teka Sara selamba.
“Wow penuh confident, kalah pulak abang Izz tuan badan sendiri” Izz buat muka bengang. Sara dah gelak sakan. Suka dia menyakat abang Izz yang sudah malu. Tengok saja kedua-dua telinga telah bertukar warna merah.
“So.. deal or not?” tanya Sara apabila soalannya tadi masih belum terjawab dengan sahihnya.
Izz Haikal diam sambil sel-sel otaknya bersambung aktif.
“ Rugi tau abang nanti kalau tak buat, Erina ramai peminat, dah lah cantik dengan warna mata hazel, muka bujur sirih, bibir pulak berbentuk hati, berkulit putih, hidung pulak mancung and body pun tiptop. Kalau abang tak nak, masih ramai yang nakkan dia, Sara yakin” ujar Sara menakutkan Izz Haikal.
Sara tak menipu, itulah kenyataan. Secara lebih terang kawannya yang bernama Erina itu cukup sempurna dimatanya. Wujud juga manusia berwajah sempurna seperti Erina. Kecantikan buatkan semua orang memandangnya tidak puas. Senyuman manis sekali namun jarang sekali terukir dibibir gadis itu. Namun, dengan wajah dingin seribu itu sudah cukup memukau semua orang.
Apabila Sara berkata begitu, naik meremang bulu roma Izz Haikal. Pantas digosoknya belakang leher. Dia sudah terbayang-bayang wajah gadis itu berada dihadapannya kini. Memang persis sama seperti apa yang digambarkan Sara.
Astafirullahalazim Izz. Dosa tu.
Pantas dia membuang semua hayalan kotor yang datang singgah dikepalanya. Terus dia menjeling tajam ke arah Sara yang perasan dengan tindak tanduknya tadi.
“Abang setuju, tambahan tak ada buat apakan 3 bulan kat sini,tak salah kita mencuba” putus Izz Haikal dengan senyuman pendek. Yang pasti jawapan itu cukup mengembirakan Maisara Nazeera.
Apalah yang akan berlaku nanti?

****
I'm going under and this time I fear there's no one to save me
This all or nothing really got a way of driving me crazy
I need somebody to heal
Somebody to know
Somebody to have
Somebody to hold
It's easy to say
But it's never the same
I guess I kinda liked the way you numbed all the pain
Sungguh merdu suara yang sedang bernyanyikan lagu Someone you Loved bersama petikan dramatis gitar yang akan menyentuh. Jari cantik dengan pantas memetik tali gitar tanpa rasa kekok. Nampak sudah biasa dan sangat professional.
Now the day bleeds
Into nightfall
And you're not here
To get me through it all
I let my guard down
And then you pulled the rug
I was getting kinda used to being someone you loved
I'm going under and this time I fear there's no one to turn to
This all or nothing way of loving got me sleeping without you
Now, I need somebody to know
Somebody to heal
Somebody to have
Just to know how it feels
It's easy to say but it's never the same
I guess I kinda liked the way you helped me escape
Now the day bleeds
Into nightfall
And you're not here
To get me through it all
I let my guard down
And then you pulled the rug
I was getting kinda used to being someone you loved
And I tend to close my eyes when it hurts sometimes
I fall into your arms
I'll be safe in your sound 'til I come back around
For now the day bleeds
Into nightfall
And you're not here
To get me through it all
I let my guard down
And then you pulled the rug
I was getting kinda used to being someone you loved
But now the day bleeds
Into nightfall
And you're not here
To get me through it all
I let my guard down
And then you pulled the rug
I was getting kinda used to being someone you loved
I let my guard down
And then you pulled the rug
I was getting kinda used to being someone you loved
Dengan penuh emosi Erina menyanyikan lagu yang selalu menjadi kegemarannya sejak dulu lagi sehingga baris lirik yang terakhir. Dia tersenyum sumbing lalu menyimpan kemas gitar miliknya disudut katil. Gitar yang menjadi sahabat baik dengannya sejak kecil lagi.
Untuk pengetahuan semua Erina seorang gadis yang berjiwa muzik.
Muzik is Erina.
Guitar adalah sahabatnya dan bernyanyi dengan guitar hadiah dari ibunya adalah favourite thing ever. Tak tergambar kegembiraan dengan hadiah dari ibunya 5 tahun lalu. Hampir dia menangis tidak percaya dengan hadiah ikhlas dari ibunya Puan Hazilah. Sejak pemergian ibu dan ayah inilah tempat dia meluahkan rasa hati melalui nyanyian. Perasaan bersatu seiring dengn alunan lagu yang terbit dibibirnya.
Bernyanyi sehingga masa berlalu di biliknya tanpa mempedulikan sesiapa. Abang Haq sudah masak benar dengan sikapnya. Malah, abangnya itu tiada halangan untuk dia bernyanyi selagi tidak menganggu dia berkerja. Haha.
Terima kasih kepada tuhan kerana dia dikurniakan bakat menyanyi dari arwah ayahnya Encik Ekram. Semua bakat itu tumpah kepadanya. Dia tidak pernah menolak malah dia gembira. Namun, bernyanyi dikhalayak ramai dia masih belum bersedia. Belum terfikir untuk memperlihatkan nyanyiannya itu dihadapan orang asing termasuk kawan-kawan. Hanya Athia sahaja yang pernah mendengarnya namun jarang sekali.
Erina yang sudah lega dan selesai dengan rutinnya mencari abang kesayangannya di dalam bilik. Dia tahu abang sudah balik. Tapi mesti nanti dia akan keluar balik sebab nak ke kedai. Abangnya memang busy memanjang. Dan Erina sudah terbiasa tinggal seorang dirumah. Nak buat macam mana itu punca rezeki diaorang.
Haq yang sedang ralit memerhati rekod jualan keluar masuk itu disergah oleh adiknya. Terlepas fail tersebut dari tangan apabila dia terkejut. Terus fail itu dihentak lembut dikepala Erina. Erina mengelak sebelum ketawa. Ketawa yang jarang ditunjukkan dan hanya untuk orang tersayang sahaja.
"Dah kenapa kacau abang ni,tak study? tanya Abang Haq berang. Boleh dia berada dalam mood fokus dikacau oleh si Erina. Adiknya memang cari nahas.
"Dah study dah, tapi tak ada mood,tu lah nak cari balik mood" Erina melabuhkan punggung disebelah abangnya dibilik sederhana abangnya. Bilik itu bertemakan warna navy blue. Abangnya pengemar biru dan sama seperti dirinya. Cuma abangnya suka biru yang menunjukkan sisi gelap and dia suka warna biru yang lembut.
Abang Haq kembali fokus dengan kerja. Berkerut kerut dahinya memandang setiap nombor di dalam kertas. Kehadiran adiknya dibiarkan seketika. Erina mula bersuara apabila abangnya sudah nampak lupa dengan kehadiran dia disitu.
"Abang Haq,nanti hujung minggu Erina nak keluar dengan kawan boleh? Erina bertanya kepada Abang Haq. Abang Haq masih tidak memandangnya. Masih focus dengan kerjanya yang bagai tiada pengakhiran.
"Boleh je, lelaki ke perempuan?" tanya Abang Haq lagi.
“Perempuan, Sara kawan adik dekat form 6 tu" Erina menerangkan sedikit.
"Oh boleh je, abang tak kesah tapi jangan dengan mamat kepoh tu... Mamat Kepoh Apam balik tu abang luku kepala adik nanti.." Abang Haq acah-acah marah. Erina pulak tersenyum kelat.
Tidak ikhlas.
Dia memang tak berkenan dengan budak seorang tu. Naik merenyam pulak. Dia tak kisah kalau adiknya nak bercinta sekali pun tapi bukan dengan Si Apam tu. Tak nak dia beripar mamat sengal tu.
Tak kuasa.
"Abang ni..tak nak lah adik keluar dengan dia,bukan abang je adik pun ee tak kuasa tau tak" marah Erina manja apabila nama lelaki tak semenggah tu muncul di mulut manis abangnya.
"mana tau, hati berubah" usik Abang Haq walaupan dia tahu Erina memang tak suka apabila isu itu dibangkitkan. Saja nak kasi mood panas. Lama tak bertekak dengan adiknya seorang itu.
"cisss abang ni, tak akan...abang pun tahu kan kenapa adik tak sambung sekolah lama adik tu, sebab nak lari dari Afham tu lah, selalu kacau adik, rimas tau tak?" terang Erina lagi. Walaupun sebelum ni sudah beribu kali dia menerangkan kepada abangnya tentang hal itu. Abangnya sengaja nak membangkitkan kemarahan.
Nama sebenarnya Muhammad Afham Aiman bin Rusdi. Tengok nama macam handsome dan baik orangnya. Tapi kawan-kawan sekalian perangai tak semenggah tu buat aku benci tau tak. Harap muka je macam pelakon extra tapi perangai macam hantu. Dah lah kuat merenyam dengan Erina pulak tu. Kemana sahaja Erina pergi mesti ada dia. Kononnya cinta mati tapi boleh pulak dating dengan perempuan kelas sebelah.
Tak tahu malu.
Pastu konon nak cakap satu dunia yang dia sayangkan Erina Sofea je. Umur pun muda lagi tapi jiwa mengalah orang tua. Jika diingat kembali perangai Afham yang memeningkan tu boleh sakit jiwa.
Apa yang paling Erina tak boleh terima masa Form 5 masa perhimpunan, Si Afham tu kena hukum. Jadi dia kena berdiri di hadapan sekali daripada himpunan pelajar. Cikgu Syediq merupakan cikgu disiplin menghukum Afham dan rakan-rakan kerana bergaduh dibelakang sekolah.
"Dah kenapa kamu nak bergaduh ni Afham, kamu ingat ni tempat bergusti ke apa? tak malu ke? kamu dah tingkatan 5 , tengok adik2-adik kamu ni, kamu tu kenalah beri contoh yang baik bukan tunjuk gangster" marah guru separuh abad itu. Semua mata tertumpu ke arah mereka di atas pentas.
Semua pelajar tersenyum sendiri mendengar dan menyaksikan adegan pagi-pagi yang menghilangkan rasa mengantok mereka. Tahu sangat mereka dengan perangai Afham yang bengong itu.
"Kenapa diam,tak nak bertumbuk lagi"sergah Ckg Syediq itu membuatkan beberapa orang manusia dihadapannya terdiam sepi. Takut.
"Kamu ni Afham dah kenapa, dah nak gaduh dengan si Khalif ni,apa masalah kamu?" tanya Cikgu Syediq. Jika dulu himpunan beratus pelajar ni boleh mendatangkan satu suasana yg bising namun tidak masa tu.
Senyap sahaja.
Macam malaikat lalu. Hanya terdengar suara guru disiplin mereka je yg terjerit-jerit macam terkena histeria.
"Dia kacau Erina cikgu, Erina tu awek saya,saya tak boleh kalau dia asyik usyar awek saya ni" kata Afham tanpa malu.

Pap!
Terasa satu tamparan je terkena muka Erina.
Ya allah malu nya.
Melopong Erina mendengar pengakuan ikhlas tak bertempat si Apam tu. Sebab dari tu lah dia benci dengan si Afham tu. Jika sebeulm tu pun di menyampah, sekarang berlori-lori menyampahnya pada Si Afham tu. Semua ingat dia dan Apam tu bercinta. Ciss! Memalukan betulah. Semua orang gelakkan mereka termasuk Erina sekali yang sudah malu kerana terlibat dengan drama murahan si Apam. Malu Erina waktu itu bukan sikit tapi setinggi Gunung Everest ya kawan-kawan.
"Baguslah kalau tak suka, kalau dia kacau adik lagi bagi tau abang, abang belasah je budak miang tu"kata Abang Haq lalu menyentakkan lamunan Erina tentang peristiwa dulu.
"Tak ada apa lagi nak di risaukan dah, dah jarang jumpa sebab dia sekolah dekat sana, adik sekolah tempat lain, adik sengaja cakap adik sambung tingkatan 6 tapi tak bagitau tempat kat mana,tu lah dia ingat adik sambung dekat sekolah lama tu"terang Erina lagi.
Tipu sunat kata kan.
Abang Haq mengangguk sahaja.Tiada apa yg perlu dirisaukan.

Next episode sudah ada. YEAH.. hurmm… so how sahabat kalian. Tak sabarkan nak tunggu apa akan jadi next nanti. Drop your comment…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience