Erina yang sibuk membelek buku ekonomi terkejut dek sergahan Sara, boleh tahan nyaring jugak suaranya memecah kesunyian. Nasib perpustakaan ni masih sunyi lagi, kalau tak mahu mereka dimarahi oleh guru dan pelajar lain.Sara tersenyum sumbing melihat reaksi sahabatnya itu. Sara ini memang nakal dan ceria saja. Erina dan Sara berborak tanpa mempedulikan gadis yang sedang menegurnya. Gadis itu berpura-pura lalu dihadapan mereka dan berdehem sedikit kuat untuk mengalihkan perhatian mereka.
Dia sudah masak dengan gadis bertubuh sedikit gempal tapi cantik itu. Ada saja masalahnya dengan mereka walaupun Erina sendiri tidak menyedari apa punca sebenarnya. Kesian Erina dengan Sara asyik menjadi bahan umpatan geng mereka. Kalau Erina yang berada ditempat Sara mahu pecah muka mereka semua. Aku bukan selembut Sara yang masih mampu bersabar dan tersenyum.
I’m Erina okay. Pantang diusik.
"Ada apa Zihan?" tanya Erina malas sambil memegang kuat buku yang dipinjam diperpustakaan. Erina perhatikan sahaja perangai Zihan yang selamba tu. Muka toya ala-ala cartoon Mrs Bean ditayangnya. Sungguh buruk sekali. Kutuk Erina dalam hati.
"Kau buat apa kat sini" tanyanya selamba. Erina mengerut dahi.
Soalan apa ni? Rasanya Zihan ni boleh masuk sekolah tadika balik kot? Perpustakaan tempat membaca ke nampak dia sedang memasak di sini? Nampak ada dapur? Erina buat 100 kali lagi toya dari Zihan. Zihan yang melihat sudah nampak marah. Rasa kalau boleh nampak haba yang keluar daripada Zihan memang takut semua orang tapi tidak Erina.
"Aku nak bagi kau amaran...kau jangan kawan dengan Sara tu..dia tu bawa malang, sial kalau kau dekat dengan dia tak pasal-pasal nanti hidup kau akan tempias sama" Zihan berkata selamba.
Tanpa sedar Sara yang berada disitu sudah berkaca. Kehadirannya disitu langsung tidak mengugat Zihan untuk mengumpat. Malah dengan beraninya dia berkata begitu. Dari tadi Sara hanya diam disebelah Erina sehingga namanya dibangkitkan membuatkan dia memandang mata Zihan yang penuh kebencian.
Ya. Penuh kebencian terhadapnya. Sara diruntun pilu. Raut wajah terus berubah. Erina yang perasan dengan perubahan Sara mengeleng kepala. Apalagi yg mereka katakan ni. Tak cukup dengan segala caki maki mereka yang dia dengar selama ini.
"Kau kena ingat cakap aku ni sampai bila-bila, hidup dia tu datang untuk menyusahkan orang lain, kalau kau tak nak percaya cakap aku tak pa, nanti baru kau sedar sebab masa tu dah tak guna dah" sambung Zihan lagi.
Ada sebab kenapa dia berkata begitu kepada Erina. Erina belum tahu siapa Sara sebenar. Erina baru saja pindah sekolah kesini berbanding dia yang sejak dari tingkatan 1 lagi bersama Sara.
"Zihan tak baik cakap kau macam tu, kau siapa nak kita dia bawa malang, tak ada siapa yang lahir dekat dunia ni yang layak dihukum sesuka hati" kata Erina geram. Dia ada dengar kisah hidup Sara daripada desas desus tapi dia tak nak ambil kisah. Sebab dia tak nak kalut pemikirannya dengan benda yang tak betul. Macam mana zaman serba moden masih percaya benda macam ni. Tak logik.
"Kau jangan nak nasihatkan aku,kau tu baru lagi dekat sini,dia tu bawa malang tau tak, dah lah anak luar nikah,kau nak berkwn dengan orang yang keji macam tu, belum kau tahu kisah hidup dia sepanjang dia sekolah kat sini lagi" Zihan dengan beraninya menentang Erina.
Matanya berlawanan dengan mata Erina yang cukup berani. Rasa nak meletup angin baran Erina namun dengan pantas Sara memegang lembut bahu Erina. Sara geleng kepala. Dia mengisyaratkan supaya sudah-sudahlah.
Berhenti.
Bila-bila sahaja air matanya akan tumpah. Peritnya kata-kata Zihan hanya dihadam bulat-bulat. Dia sedar mungkin dia lupa apa yang pernah terjadi. Dia memang datang dari keturunan yang tidak baik.
Erina yang malas mendengar cepat sahaja beredar dari situ sambil menarik tangan Sara supaya mengikutinya. Jika dia turutkan rasa hati memang dah arwah si Zihan tu. Dasar mulut puaka. Malas dia nak denagr segala fitnah yang dilemparkan. Manusia sekarang dah kejam sesama sendiri.
"Kau ingat tu Erina, aku bagi amaran dekat kau, kalau kau tak dengar suka hati kaulah" Zihan bisik ditelinga Sara lalu laju memintas jalan mereka. Erina berdecit. Sakit hati.
*****
Sara termenung jauh sepanjang dalam kelas. Tiada satu pun yang diajar Cikgu Abby dari tadi melekat dikepala otaknya. Kenapalah dia dilahirkan untuk dicaci maki dan dihina. Hina sangat kah dirinya. Tanpa sedar masa berlalu pantas bunyi loceng kelas yang menandakan masuk waktu rehat menyedarkannya masa telah banyak berlalu. Firash sudah pergi ke kantin untuk membeli makanan tanpa mempedulikannya. Firash faham kalau dia sedang dalam mood berdukacita dia tidak mahu dikacau. Kepala direbah diatas meja. Fikirannya kusut dan dalam masa yang dia sedih dengan hidupnya.
Tok. Tok. Tok.
Bunyi ketukan mejanya membuatnya bangkit memandang tuan badan. Muncul wajah cantik Erina yang tersenyum manis kearahnya. Sara tersenyum pendek.
Masih maukah Erina bersahabat dengannya apabila mendengar semua kisah buruk yang diperkatakan oleh Zihan? Terus senyuman tadi mati. Murung.
“Sara okay? Kenapa sedih je ni? Sebab tadi ke?” Erina nampak bimbang. Sejak dia berkawan dengan Sara dia nampak gadis itu sangat baik dan jujur orangnya. Sebab itu dia mudah sahaja rapat dengan Sara kerana Sara sentiasa membuatkan dirinya nampak seperti dirinya sendiri.
“Entahlah Erina, saya sedih kenapa semua benda ni jadi dengan saya, saya tak mintak pun lahir dekat dunia ni, saya tau saya tak sama macam orang lain, saya merupakan benih hasil daripada seorang perogol, dan saya selalu sahaja membawa nasib yang tidak baik orang lain sebab tu orang selalu membenci saya” luah Sara berkaca-kaca.
Ya. Dia anak seorang perogol. Siapa bapanya dia tidak tahu? Dia anak yatim piatu. Tiada bapa dan ibunya meninggal saat umurnya masih 5 tahun. Mama Munirah dan papa Kamarul yang menjaganya selepas perninggalan arwah ibunya. Ibunya merupakan seorang pembantu rumah dikediaman papa dan mama. Sebab itu dia tinggal disitu hingga sekarang ini dan dianggap anak angkat oleh mereka. Dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka termasuk Izz Haikal. Iman Qistina pun turut menerima kehadirannya sebagai kakak. Alangkah gembiranya sebelum dia mengetahui hakikat sebenar sewaktu umur 10 tahun.
Ibu Zihan sendiri yang merupakan kawan baik mama Munirah memberitahu sendiri kebenarannya. Saat itu mama Munirah sangat marah dengan ibu Zihan iaitu Puan Zalikha. Terus sahaja persahabatan mamanya yang terjalin sejak sekolah menengah terputus begitu sahaja kerana mama membela dirinya. Tak sanggup memperlihat nasib dia diperkotak katikkan oleh orang.
Apabila semuanya terbongkar sudah tentu dia tidak menerima, namun Izz Haikal yang selalu memujuk dan sentiasa berada teguh disampingnya. Izz Haikal sangat sayang akan dirinya kerana ada satu kisah dulu yang membuatnya sentiasa ingin melindungi gadis itu. Dia tahu akan hakikat itu. Tidak dinafikan sebenarnya dia gembira namun dia tidak dapat menutup rasa sedih apabila ramai orang yang tahu kisah hitamnya. Dia tahu pandangan sinis orang lain dengan dirinya. Dia berbohong terhadap mama, papa dan abang Izz yang dia gembira dengan hidupnya kini tiada lagi orang yang memperkotak-katikkan nasibnya tapi hakikatnya hanya dia saja yang yang menanggung. Dia tak nak terlalu bergantung kepada mereka. Dia tak nak dianggap mengambil kesempatan. Sebab itu dia simpan kemas kesedihan disudut hati. Mereka terlalu baik terhadapnya.
“Sara, ini bukan salah awak, tak ada siapa yang dilahirkan minta nasib sebegini, itu takdir Sara. Saya nak awak ingat, apapun pandangan orang tentang awak, awak patut tahu diri awak sebenar, awak bukan sebegitu, for me you are cute, lovely and kind. Mereka cakap macam tu sebab cemburu dengan apa yang awak ada, mereka rasa mereka lebih baik padahal kita sama saja. Don’t worry about that, just focus dengan orang yang sayangkan awak, walaupun ramai yang membenci awak, awak kene ingat ada beberapa insan yang sentiasa teguh mempertahankan awak” tutur Erna ikhlas. Tangan Sara digenggam kemas seolah-olah memberi kekuatan kepada Erina untuk terus bangkit. Bangkit dari kesedihan.
Sara yang mendengar tutur kata ikhals dari sudah menangis kecil.
Terharu.
Jika sebelum ini, yang berkawan dengannya mesti lari setelah mendengar kisahnya namun tidak Erina. Gadis itu sama seperti ahli keluarganya yang sentiasa disisinya. Walaupun Erina tahu tentang cerita itu, tidak sekalipun Erina membangkitkan isu tersebut, malah dia sentiasa ikhlas berkawan dengannya. Dia tidak seperti orang lain yang sentiasa mengambil kesempatan diatas sifat naifnya. Sebelum ini hanya Firash yang mahu berkawan dengan dirinya. Sebab itu dia takut nak pergi study kemana-mana tanpa Firash dia takut dia tidak akan jumpa orang yang seperti Firash yang melayannya dengan baik.
“Betul awak tak kisah, bukan itu sahaja kisah hidup saya Erina, masa sekolah dekat sini dulu..dengan Zihan saya…..” tuturnya sebak.
“ishhhhh, awak ni, tak payahlah awak nak cerita, saya tahu awak tak sengaja and saya tahu banyak benda yang tak betul, saya tak percaya awak buat macam tu, tengok betapa innocentnya awak sekarang, kepercayaan tu datang bukan dari kata-kata tapi apa yang kita rasa, saya percayakan awak Sara sebab awak orang yang baik” Erina ikhlas.
Dia tersenyum ikhlas memandang Sara yang terkebil-kebil seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.
Kisah Zihan dan Sara yang sentiasa hangat diperkatakan oleh pelajar-pelajar sekolah ini. Dimana kononnya waktu dulu Zihan hampir sahaja dibuang sekolah kerana Sara memfitnah Zihan. Zihan ditangkap membawa dadah ke sekolah. Zihan berang dan langsung menuduh Sara yang meletak benda haram itu di dalam beg sekolah Ziha.
Zihan dan Sara dulu merupakan kawan baik dan sentiasa bersama. Jadi Zihan terus syak kerana Sara yang membawa beg sekolahnya sewaktu sukan tahunan masa itu. Zihan meminta tolong Sara untuk menjaga beg sepanjang dia mengambil bahagian pada hari sukan sewaktu ditingkatan 3. Namun, nasib Sara terus terbela dek kerana pengaruh keluarga Sara yang gah. Zihan terpaksa merayu untuk tidak dibuang sekolah, ibu bapa Zihan turut melutut dihadapan pengetua supaya anaknya tidak dibuang.
Oleh itu, dengan belas kasihan dan pujukan dari Encik Kamarul dia diberi peluang kedua oleh pengetua. Dengan hakikat itu semakin menyakitkan hati Zihan kerana dia seolah-olah seperti pelaku sebenar. Tidak cukup lagi Zihan turut menyimpan perasaan terhadap Firash. Firash dan dan Zihan dulu merupakan kawan rapat sehingga hubungan mereke renggang kerana Sara. Firash membela Sara yang difitnah dan Zihan pula dianggap seperti persalah yang dihukum.
Betapa tragis kisah mereka. Erina yang mendengar sudah dapat membayangkan betapa complicated suasana ketika itu. Belum lagi ditambah dengan Izz Haikal yang mengamuk dengan Zihan kerana dianggap menganiaya nasib Sara. Hampir sahaja tercetus pergaduhan antara mereka. Ngeri pulak bila didengar. Dan disebab itulah, dia boleh faham betapa bencinya Zihan dengan Sara walaupun semua itu bukan salah Sara. Sepatutnya Zihan lebih tahu membeza antara kawan dengan lawan. Sara memang baik, dan tak mungkin ada yang sebaik Sara.
“Awak baik Erina, saya bersyukur kerana awak masih nak berkawan dengan saya walaupun awak dah dengar macam-macam pasal saya, saya bukan orang yang baik, saya hanya orang yang bernasib malang. Dan sekarang saya faham kenapa abang Izz suka dekat awak, sebab awak bukan sahaja cantik tapi dia rasa awak seorang yang baik” bermula dari nada sedih Sara terus bertukar nada mengusik. Mudah saja mood dia bertukar dari sedih kepada gembira.
Erina diam.
Muka sudah tidak memberi sebarang reaksi sebaik sahaja mendengar nama itu. Tapi jika seorang dapat mengambil alih tempatnya kini akan tahu betapa jantung sudah berdegup laju. Terus sahaja terbayang beberapa pertemuan mereka yang sengaja kerana Sara membenihkan rasa suka Erina terhadap lelaki itu.
Sara yang melihat reaksi Erina terus tersenyum mengusik. Berubah terus moodnya.
“Mesti Erina tahukan, perasaan abang Izz terhadap Erina. Dia suka Erina tau. Sebab tu dia selalu sahaja muncul dihadapan Erina sebab dia nak tengok Erina” luah Sara tanpa malu. Biarlah dia buka rahsia Izz Haykal. Baginya Izz slow sangat nak meluahkan rasa hati, baik dia yang bertanggujawab bagi pihak abang Izz. Hahaha. Nak tunggu Izz, harap-harap dapat malah dikebas orang lain pulak.
“Mana ada, awak ni.” nafi Erina. Erina tahu, tapi berpura-pura lebih baikkan. Nanti tak nampak terlalu awkward sangat. Huhu.
“Yelah tu..tapi takpe, nanti saya suruh abang Izz lebih kerja keras lagi untuk ambik hati awak” Sara kenyit mata dengan Erina. Hampir malu Erina dengan jawapan daripada gadis cantik itu. Dia akui kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak mengusik hatinya. Dia seorang yang baik, kacak dan bertanggujawab. Tengok sahaja layanan lembut Izz terhadap Sara membuatkan dia nampak Izz seorang lelaki yang soft, romantic dan manis. Memang nampak ciri-ciri lelaki idaman.
Ok reader sekalian. Dah terbongkarkan siapa Sara sebenarnya. Dia bukan adik Izz Haikal. Sekarang sikit-sikit rahsia telah terbongkar. Nanti akan ada banyak lagi benda yang akan terbongkar. Hehe. Jika anda baca karya pertama saya, anda mesti boleh agak jalan cerita ni nanti, maklumlah saya seorang yang suka membuat reader saya menangis. Haha. Love you. Hara panda setia sehingga ke bab terakhir.
Share this novel