BAB 7 [Fate is like a strange, unpopular restaurant filled with odd little waiters who bring you things you never asked for and don't always like]

Romance Series 4318

Puan Munirah sudah bersedia dihadapan pintu rumah menunggu suami dan anaknya turun. Hari ini ada majlis perasmian produk baru kawan baiknya dihotel suaminya sendiri Aurora Hotel. Jadi dia dan family dah bersiap sedia untuk pergi bagi memeriahkan suasana. Dalam masa yang sama dia tak sabar nak lihat seberapa hebat mana majlis kawannya itu nanti. Katanya nak jadi yang Events of the Year.
"Abang! Izz! Sara! Iman! cepat sikit, ya allah diaorang ni kita dah lambat tau tak, majlis tu start pukul 8 tau bukan pukul 9." Puan Munirah dah membebel tak tentu pasal. Dalam masa dia membebel sempat dia membetulkan shawl di cermin pintu rumahnya. Kang tak pasal-pasal dia lambat nak ke majlis.
"Kejap mama Sara turun.." Sara yang sudah siap dengan gaun merah jambu dengan style shawl yang melilit cantik tu menghampiri Puan munirah. Baju yang ditempah khas oleh Puan Munirah dengan Rizman Ruzaini.
Rizman Ruzaini yang merupakan fashion terkemuka di Malaysia ya kawan-kawan. Faham sendirilah berapa harga untuk setiap pasang baju ahli keluarganya. Puan Munirah turut mengenakan baju ala-ala kurung moden namun indah bersalut batu Swarovski ysng berwarna cream. Mamanya nampak sopan dan mewah malam ini.
Sara berjalan menuruni tangga dengan penuh berhati-hati takut tersadung dekat tangga. Takkan aniaya dia, dah siap cantik macam ni pastu jatuh pulak dek kelabuhan bajunya.
Iman dan Izz Haykal keluar serentak dari bilik dengan busana yang nampak mewah sekali. Tersenyum bangga Puan Munirah melihat Izz Haykal yang nampak kacak.
Persis macam hero malaya. Walaupun umur Izz masih muda 21 tahun namun dengan gaya begini mesti banyak sahaja yang memuji penampilan Izz yang matang. Bentuk tubuh sasa Izz diwarisi daripada suaminya. Baka keluarga sebelah suami memang bertubuh sasa dan tinggi.
Tidak kurang juga Iman Qistina yang nampak comel je mengenakan baju gaun putih dengan rambut ditocang dua. Nampak seperti little princess. Bangga Puan Munirah melihat semua anak-anaknya nampak mewah. Memang seharusnya itu yang dia mahukan. Dia nak semua orang memandang gah mereka.
Belum jadi Datin dah diva pulak Puan Munirah ni. Tahulah nanti suaminya bakal diberi gelaran Datuk.
"Adoh abang ni...cepatlah sikit, kita dah lambat ni" bebel Puan Munirah apabila terlihat suaminya yang turun dari tangga tapi masih sibuk mengikat tali leher. Itulah org suruh bersiap awal tak nak, cakap nak kasi perempuan dulu siap sebab perempuan leceh dan lambat tapi yang lambat itu siapa sekarang ini.
Sabar saja Puan Munirah.
Ketawa mereka bertiga beranak apabila melihat wajah papanya Encik Kamarul yang terkulat-kulat apabila dimarahi Puan Munirah. Tak ada unsur-unsur nak melawan hanya tersenyum sahaja. Dia akui memang salahnya. Perempuankan memang selalu menang.
****

Dalam tandas Erina sibuk mengatur baju dress yang berwarna ungu gelap yang tersarung cantik dibadannya. Rambutnya yang ikal mayang itu diatur sehingga nampak kemas. Bibirnya dicalit sedikit gincu berwarna nude pink. Tersenyum sendiri Erina apabila dia nampak cantik di dalam cermin. Nasib abangnya mahu sponsor baju untuk malam mini. Sebelum balik tadi sempat mereka singgah dibutik untuk membeli baju. Abangnya beli sut berwarna hitam dan dia memilih dress labuh yang agak sopan. Tapi baju dia pakai ini bukanlah mahal sampai beribu, sesuai dengan harga. Nak mahal dress, insyallah dengan duit sendiri nanti. Tambahan dia perlu banyak menabung, nanti dia nak belajar dekat luar negara.

"Dahlah tenung diri sendiri tu Erina, dah cantik dah, ni ha bagi Kak Ita pulak tengok cermin, kak Ita nak jugak cantik macam kamu, mana tau jumpa anak raja takpun anak dato nanti, taklah Kak Ita mendara sampai ke tua, " seloroh Kak Ita lalu mengambil alih posisi Erina tadi.
Siapa yang tak teringin nak bercinta dia pun nak walaupun appearance tak seberapa . Normallah lumrah manusia, ingin rasa memcintai dan dicintai.
"Kak Ita,tak payahlah nak makeup sangat dah cantik dah tu,nanti mesti ada putera-putera yang terpikat" usik Anis. Erina yang memerhati hanya tersenyum kecil mengganguk.
"Macam-macam ah kamu ni, perangai kau dengan Haq sama saja, kuat mengusik" Kak Ita menjeling tajam ke arah Anis. Anis buat muka selamba. Taulah bab putera-putera ni jangan sebut. Pantang.
Nampak sahaja Kak Ita kecil orangnya tapi kalau bagi sebijik penumbuk memang koma seminggu.
Anis hanya buat muka selamba. Dia suka mengusik Kak Ita yang dua tahun lebih tua darinya. Kalau Kak Ita 25, maka dia 23 tahun dan Zack 22 tahun. Erina pulak paling bongsu 18 tahun dan paling cantik antara mereka. Tengoklah Haq Hakimi pun handsome, Erina Sofea mestilah ikut baka yang sama cantik melecun.
"Okey, dahlah tu, jomlah kita masuk dewan" kata Erina menggelabah apabila melihat jam sudah mencecah pukul 8. Jam menunjuk 7.58 malam. Nasib tandas tingkat bawah hotel ini tidak jauh dari dewan lokasi majlis hari ini. Takut juga dia terkena sebijik dengan Haq yang awal-awal lagi berpesan jangan lewat masuk ke dewan.
"Apasal lambat" marah Haq pada Ita yang baru sampai. Muka Ita selamba badak sahaja melabuhkan punggung dikerusi. Haq pun tiada ura-ura nak naik mood gaduh terus malas nak melayan perangai tak semenggah Ita.
Erina hanya membuntuti sahaja dan duduk disebelah Haq. Haq tersenyum memandang adiknya sebelum fokus ke arah pengacara majlis yg ralit berbicara dihadapan.
Semua bertepuk kuat apabila Datin Kiran dan suaminya beringin berjaaln dihadapan pentas. Nampak sepadan sahaja mereka berdua. Datin Kiran tak kurang cantik walaupun umur semakin menua. Hanya suaminya Datuk Hashim yang sudah licin rambut. Halus gitu.
Sempat pulak si Erina ni melawak tapi hanya didengari oleh dirinya sahaja.
Selepas selesai ucapan maka bermula acara yang ditunggu oleh semua org iaitu upacara perasmian produk kecantikan yang diberi nama
“NATURAL KEIVE”yang dilancarkan oleh Datin Kiran.
Orang kaya biasalah, boleh buat apa sahaja yang dia orang nak tak macam orang lain perlu berfikir banyak kali untuk buat event sehebat ini. Erina memandang sekeliling dewan yang rata-rata dipenuhi dengan tetamu orang kaya-kaya dan berpangkat. Ada seorang dua Erina tahu kerana pernah nampak ditelevision. Bila memandang mereka terasa kerdil pulak diri ini. Tak setaraf mereka. Mahu kah mereka berkawan dengan orang biasa seperti dirinya. Orang seperti mereka pasti mengganggap insan biasa seperti mereka berkawan atas dasar untuk mengambil kesempatan. Sebab itulah Erina malas untuk ambil pusing dunia orang kaya, mereka terlalu mementingkan darjat.
Haq Hakimi terlihat bangga apabila kek hasil tangannya sudah siap dipotong sebagai tanda produk terbaru Datin Kiran sudah siap dilancarkan. Semua orang bertepuk merayakan hari bahagian Datin Kiran itu.
Semua tetamu menjamu selera sambil menikmati nyanyian daripada penyanyi terkenal Haqiem Rusli. Mereka yang berada ditepi dewan menjamu selera tanpa mempedulikan nyanyian tersebut.
****
Erina memuntahkan semua makanan yang dimakannya tadi ke dalam singki. Dia menekan-nekan perutnya yang asyik mengulas. Dia terasa mual setelah menelan beberapa makanan barat yang dia tidak pernah makan. Mungkin sebab dia tak biasa makanan western jadi perutnya mungkin tidak boleh hadam. Memang jarang sekali dia makan makanan western jika dirumah. Selalu dia akan makan makanan biasa. Nasi.
Kata nak study dekat overseas tapi makanan macam ni pun tak boleh makan. Kutuk dirinya sendiri.
Nasib Abang Haq dan yang lain tidak menyedari masalah yang di alami. Dia terus meminta diri untuk ke tandas apabila dia merasa tekak nya terasa mual. Makanan dalam perut berlonjak-lonjak untuk keluar bagai ada yang memaksa.
Habis sahaja memuntahkan, mulut yang comot itu dibersihkan. Hancur sudah moodnnya untuk bersuka ria apabila rasa tekak yang tidak berapa sedap sekarang. Bahagian bawah dress diangkat menggunakan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang perut yangg sakit keluar dari tandas. Dia berkira-kira unutk pergi dari situ sebelum Abang Haq menyedari kehilangannya sebentar lagi.
Semasa ingin lalu disatu blok dia hampir terjatuh kerana baju yg menyapu lantai itu bergelut dgn kakinya.
"Argh!"jerit Erina perlahan apabila kakinya hampir terpelecok.
Dah lah perut dia sakit lagi ni. Ada-ada sahaja masalah. Tak sempat pulak nak geram dalam keadaan macam ni.
Erina terduduk lemah disisi dinding. Sudah habis tenaganya berperang dengan diri sendiri. Dia mengeluh. Orang yang lalu langsung tidak dihiraukan sehinggakan ada seseorang yang datang kepadanya. Dia mendengar dirinya dihampiri.
Erina yang masih dalam posisi menunduk tidak memandang siapa gerangan. Dia tidak peduli dia bangun kembali tapi sayangnya dia tidak dapat mengimbangi posisi badannya dek kerana kekalutan dia hampir sahaja terjatuh namun manusia tadi pantas mendapatkanya. Tubuhnya pantas dipeluk rapat supaya Erina tak jatuh tersemban. Erina sudah tercium bau perfume yang cukup kuat apabila hidungnya memang tepat berada didada lelaki itu.
Layak mereka macam seorang kekasih. Erina dapat rasa tubuh sasa lelaki itu dengan tangannya cantik memeluk belakang tubuh tuan badan. Lambat dia angkat muka sebelum memandang mata tuan badan. Jantungnya berdegup pantas dek aksi mereka yang agak keterlaluan tapi bukan dia yang nak cuma tersengaja. Erina dapat rasakan degupan jantung lelaki tadi sama sepertinya.
Mata mereka bersambung sebaik sahaja lelaki tadi menoleh kebawah memandang Erina. Namun mulut mereka seakan terkunci apabila terpandang diri masing-masing.
Pertama kali berada dalam keadaan yang dekat dengan perempuan membuatkan perasaan si lelaki terbuai. Ini kali pertama dia memeluk seorang gadis ygang belum diketahui identitinya. Melonjak naik adrenalin yang berada diparas normal. Sebagai seorang lelaki hampir sahaja dia terbabas dengan bisikan jahat yang muncul secara tiba-tiba dihatinya.
Erina Sofea dan Izz Haykal memandang sesame sendiri. Pandangan yang susah ditafsirkan. Erina tidak menyangka wajah itu akan menghiasi pandangannya kini. Kelu lidah sehingga sukar untuk berkata-kata. Dalam masa yang sama darah mula menyerbu muka sebaik sahaja segaris senyuman terukir dibibir lelaki itu.
Automatic Izz Haykal tersenyum melihat Erina yang berada dalam pelukannya kini. Bagai ada rasa memanggil.
“Erina?" kata Izz Haykal terkejut tapi dalm masa yang sama dia gembira. Gembira bertemu buah hati yang sedang dirindui. Baru tengah hari tadi mereka berjumpa. Erina dek terkejut terus menolak tubuh sasa lelaki itu jauh darinya. Nasib Izz sempat mengimbangi badan sebelum dia jatuh tergolek dek tolakan Erina yang kuat. Mungkin dia terkejut barang kali.
Baru sedar dengan keadaan sebaik Izz menyebut namanya. Tak tahu betapa terkejut dia sekarang ini. Berpelukan tanpa sengaja dengan Izz Haykal.
Kau rasa? Mahu pengsan jugak dia sekarang.
"Haah! awak buat apa pulak kat sini?" spontan sahaja soalan itu keluar dri mulut Erina tanpa sedar. Dia buat tak tahu sahaja setelah dia menolak lelaki itu kasar. Alah, dia nak coverline lah rasa gugupnya sekarang. Macam-macam yang dia rasa sekarang ini malu, gembira , sedih, tertekan semua ada. Siap combo lagi.
Aduh wahai takdir kau memang suka mempermainkan aku. Bisik Erina sendiri. Rasa sakit perut tadi sudah tenggelam dengan perasaan lain.
"Ini hotel papa saya dalam masa yang sama saya jugak tetamu untuk events ini, and saya rasa awak pun sama kan?" Izz bertanya ingin tahu sambil menatap sepasang mata yang menjadi pujaannya. Sempat lagi dia scan Erina atas bawah.
Pergghh.
Cantiknya dia, hampir sahaja dia ingin memeluk kembali gadis ini dek kerana terlampau gembira. Tak sangka dia ditakdirkan untuk berjumpa malam tadi. Nasib dia setuju last minute tadi dengan mamanya untuk hadir. Rupanya ada buah hati jugak disini. Kalau dia tak ikut tadi, pasti dia takkan jumpa Erina.
Arh! Takdir terima kasih kerasa selalu berpihak disebelahnya.
Ada sesiapa boleh tolong ubatkan tak penyakit miang Si Izz Haykal. Nampaknya semakin melebih-lebih degree pun tak lepas lagi ada hati nak mengurat anak dara orang. Ada suara hati yang berbisik ditelinga Izz Haykal sendiri.
"Oh i see, saya pun tetamy jugak" Erina jawab bersahaja. Entah, dia tak tahu nak cakap apa. Dah kejadian tadi asyik ulang tayang sahaja di kotak fikirannya.
Argh! Bencinya.
Bagaimana dia boleh lupa bahawa Sara jugak merupakan orang ternama. Jadi tidak hairan Izz Haykal jugak turut berada dalam events ini. Tambahan hotel ini bapak dia punya.
Tiba-tiba terasa insecure dengan diri sendiri. Mesti Izz Haykal datang sebagai tetamu vvip dan dia datang sebagai seorang staff. Terasa perbezaan taraf yang nampak jauh. Kalau difikirkan lama-lama boleh murung ya kawan-kawan.
"Awak okay tak? nampak macam tak sihat je tadi sebab tu lah nak jatuh tadi ye" Izz Haykal risau setelah menyedari wajah Erina nampak macam pucat dan tak bermaya. Niatnya tadi ingin membantu gadis yang sedang tersandar lemah ditepi dinding dan dia tidak menyangka orang itu adalah Erina Sofea.
"Sebenarnya saya mual dan muntah, sebab tu kepala saya pening"adu Erina perlahan. Tanpa sedar dia sudah membuka cerita. Kepalanya yang pening tadi semakin terasa. Dia menyandarkan badannya sebelah badannya didinding putih hotel itu.
"Ye ke? Mungkin awak salah mkan kot, kejap saya bawa air mineral dan ubat"kata Izz Haykal lalu membawa Erina berdekatan dengan kerusi. Erina tidak membantah kerana kepalanya semakin pusing. Perlahan-lahan dia menuruti langkah lelaki tadi.
Izz terus hilang macam pelesit masuk ke dalam dewan mencari apa yg dia kehendaki setelah memastikan Erina duduk dikerusi berhampiran. Tidak sampai beberapa minit, muncul Firash denga sebotol air kosong dan ubat ditangannya. Laju pulak si Izz Haykal ni buat kerja.
"Thanks" ucap Erina setelah mengambil ubat ditangan sebelum ditelannya serentak dengan air mineral. Izz hanya memerhati sahaja tingkah laku Erina. Ini lah peluang untuk dia meneroka setiap sudut wajah gadis itu yang menjadi igauanya.
"Macam mana awak ada semua ubat ini" tanya Erina musykil dengan kepala bersandar pada dinding. Sebab jarang sekali orang bawa benda macam ni dekat event. Sebab orang akan aspects mereka enjoy the events bukan jatuh sakit macam dirinya.
"Ada je saya bawa kemana-mana,sebab Sara selaalu kena macam ni "jelas Izz bersahaja. Nampak sisi prihatin dalam diam. Dalam masa yang sama Erina rasa macam terharu sangat dengan keprihatinan dan kepekaan Izz Haykal.
"Kalau saya nak tanya awak sesuatu boleh?" tanya Erina teragak-agak. Tak tahulah kenapa dia tiba-tiba nak jadi busy body. Mungkin selsel otak tidak dapat bersambung dengan perangai firaunnya.

Hai assalamualaikum reader, apa macam sekarang ni? Haha. Terima kasih kerana masih sudi membaca. Kalau anda perasan ada benda yang salah abaikan saja sebab saya memang typo person. Huhu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience