BAB 8 [The time you spend with your true love is a time that’s never wasted]

Romance Series 4318

"Errr, awak nak tanya apa?" tanya Izz Haykal apabila melihat gadis itu masih mendiamkan diri. Mereka berada jauh daripada laluan orang ramai sambil duduk menikmati pandangan malam hari di luar hotel. Tidak jauh dari mereka terdapat sebuah mini garden yang dihiasi dengan bunga hidup yang mekar dan terdapat sebuah kolam ikan. Jika dia ke sana mesti dia dapat melihat betapa banyak jenis ikan peliharaan bermacam-macam rupa.

Cantik.

Salah satu tempat untuk melepak bersebelahan dengan dewan hotel. Tenang dan cantik.

Dari sini Izz Haykal nampak dengan jelas wajah suci milik Erina. Jika sebelum ini dia tidak berani nak pandang lebih-lebih ,setakat jeling- jeling je mampu tapi sekarang dia nak tatap habis-habis. Walaupun degupan jantungnya dapat didengari oleh telinganya sendiri. Bergetar hebat dan rancak. Mungkin kali ni dia ingin mengikut kata hatinya yang ingin memandang Eeina.

Dunia bagai menjadikan mereka berdua sebagai watak utama. Umpama cahaya menerangi Erina Sofea dan Izz Haykal.

Erina dengan dunia sendiri dan Izz Haykal masih leka merenung gadis itu.

Bulu kening yangg teratur cantik, mata bulat berwarna coklat, bulu mata yang panjang melentik dan melebat , hidungnya mancung terletak cantik, dan bibir halus berwarna merah jambu seperti bayi itu sangat comel sekali. Sekali Izz pandang dah hilang segala masalah yang sedang terbeku dalam kepalanya. Ini kali pertama dia melihat betapa sempurnanya seorang wanita.
Aura yang dibawa oleh Erina Sofea ini akan menarik semua perhatian semua orang walaupun gadis itu berasal daripada orang biasa. Layaknya dia seperti seorang puteri diraja yang menjadi pemerintah yang hebat. Sangat cantik dan berkarisma.

Arh! Ini gila.

Adakah dia sudah jatuh cinta disebabkan paras rupa ini? Erina Sofea membuat siang dan malamnya nampak sama sahaja. Jantungnya berdegup mengalunkan nama gadis itu. Matanya tidak jemu memandang. Otaknya tidak berhenti menyeru nama.

Bagaimana pulak kalau dia memang sudah jatuh cinta atas sebab keperibadian Erina yang begitu menarik?Layakkah itu dipanggil cinta?

Arh! pertikaikan semua itu, yang penting aku sudah hanyut dengan perasaan ini. What the reason, it’s doesn’t matter. Izz Haykal berperang dengan perasaan sendiri.

"Saya nak tanya pasal awak dengan Sara?" soalan itu menyentak peperangan Izz Haykal dengan dirinya sendiri. Fokus Izz Haykal kembali kepada Erina. Mata bundar coklat itu memandangnya dengan penuh perhatian.

"Kenapa saya dan Sara?" balas Izz Haykal lagi walaupun sebenarnya dia boleh mengagak maksud disebalik soalan yang diutarakan oleh Erina. Dia tahu semua orang akan mempersoalkan benda yang sama.

"Apa sebenarnya hubungan awak dan Sara??" akhirnya terluah juga soalan itu. Lama dia menyimpan soalan ni dan pada Sara tidak juga dia bertanya. Entah kenapa perasaannya kini kuat ingin tahu. Dia tahu Sara adalah anak angkat. Tapi hubungan Izz Haykal dan Maisara Nazeera tidak seperti adik beradik. Sikap ambil berat Izz Haykal bagaikan seorang kekasih.
Cemburukah dia? Tidak dia hanya mengutarakan soalan. Bisiknya sendiri.

"Sara tak pernah bagi tau awak?” tanya Izz Haykal hairan.
“She tell me everything, but ape yang saya nampak adalah sebaliknya?” jelas Erina selamba.

Sesiapapun mesti akan merasa benda yang sama. Dia orang bukan adik beradik tapi hubungan mereka sangat rapat. Banyak saja kisah seorang abang yang jatuh cinta dengan adik angkat sendiri. Jadi perkara itu tidak mustahil.

Izz Haykal bulat mata mendengar statement random Erina yang baginya agak selamba . Dia nak cakap aku ini ada perasaan pada Sara dan Erina dalam masa yang sama. Ketawa kecil dari Izz Haykal mendapat jelingan maut dari Erina. Izz Haykal terdiam.

Tayang senyuman manis.

“Tak sangka awak layan jugak teori drama-drama melayu.” ujar Izz berbaur usikan.

Erina diam. Kalaulah dia ikut hati memang kepala Izz itu dihadiahkan satu jentikan maut.

“Sara. Saya sangat sayangkan dia. Saya nak jaga dia dengan baik and I want the best for her. Sara is suffering too much. At least I want Sara to be happy for the rest of her life.” Ikhlas dipendengaran Erina.

“Saya sayangkan dia sebab saya anggap dia macam salah satu orang terpenting dalam hidup saya. Dia sama macam saya adik saya Iman. No more kisah cinta tiga segi okay, so you clear about that?” Izz pandang wajah Erina. Erina mengangguk tanda dia sudah faham. Erina cuba untuk memahami.

"Saya dan Sara memang rapat, sejak dari kecil lagi, kami macam adik beradik walaupun dia bukan adik kandung saya, hubungan kami susah sikit orang nak faham, banyak yang akan salah anggap, tapi takpa yang penting saya tau sayanh saya untuk Sara tak lebih dari cinta" tambahnya lagi tenang.

Erina terdiam lagi.

Memang patutlah dia tengok Izz Haykal dan Sara dah macam belangkas kehulur kehilir. Macam susah nak percaya adik beradik. Firash dan Sara pun tidak serapat mereka.

Erina mengangguk lagi. Memang susahlah orang nak faham hubungan diaorang ni complicated pulak. Nak kata adik beradik tak juga. Tapi tak boleh tengok masing-masing terluka. Sangat saling sayang-menyayangi tapi bukan hubungan cinta. Barangkali hubungan kasih sayang sesama manusia tapi takkan sampai begitu sekali.

"It's okay, saya tahu awak keliru, tapi saya lega sebab saya dah jelaskan pada awak semuanya" Izz Haykal lega setelah menjelaskan pada Erina.

"Untungnya Sara, sebab dia ada awak. “ suara Erina setelah lama mendiamkan diri.
Dia tak tahu kenapa malam ni mulut dia ringan bertanyakan soalan dan memberikan jawapan.

"Kenapa awak tanya soalan ni? Mesti awak ingat saya dengan dia apa-apakan???"teka Izz lagi.
Erina diam.

“Don’t worry my love belong to someone” jelas Izz tanpa dipinta. Berdebar jantungnya melafazkannya. Tersilap kata mau maut ditimpa malu.

"Erina....." lembut suara Izz Haykal membuatkan Erina menoleh.

" Saya nak awak hargai Sara, saya tahu awak je yang nak berkawan dengan dia, and I hope you guys can be a friends forever " Izz Haykal ikhlas berkata. Dia boleh nampak Erina bukan macam org lain, Erina baik dan Sara bahagia disisi Erina.
Erina tersenyum pendek dengan ikhlas.

"Siapalah yang tak nak kawan dengan Sara, dahlah baik, comel dan manja pulak tu" Erina tersenyum membayangkan Sara. Pertama kali melihat senyuman Erina itu buat Izz Haykal terpana seketika.

Siapalah boleh benci dengan Sara tu,sekali pandang je dah cair. Tak ada hati langsung nak mencaci orang walaupun cerita disebalik kisah Sarah itu benar. Layakkah dia dihukum sebegitu rupa. Manusia kini hanya tahu menghukum.

"Thank Erina." berbunga-bunga hati Izz Haykal dengan jawapan Erina. Dia boleh harapkan Erina untuk menjaga Sara disekolah.

Tanpa Sara sedar habis setengah jam dia habiskan masa berbual dengan Izz. Selepas itu, baru dia teringat kembali tujuan dia kesini.

Aduh!
Terbabas pulak.

"Errr..dah lah kot, setakat ini je, saya nak jumpa abang saya ni, takut dia cari saya pulak" Erina segera bangun apabila dia teringat dengan Abang Haq and the geng. Dah lah dia tak bagi tau dia ada dekat sini nanti tak pasal susahkan diaorang mencari dirinya.

“Tapi awak dah ok ke ni? Tak sakit dah?” Izz bangun bersama.

“Saya okay dah, sebab awak tadi, see u later, I need to go” Erina sudah membuka langkah meninggalkan Izz.

Izz tersenyum penuh makna.

***
Sara sudah muncung seribu sebaik sahaja sampai dirumah. Muka barai yang kepenatan selepas majlis tadi amat melucukan. Sampai sahaja dirumah jam menunjukkan pukul 1.05 pagi . Dalam keadaan yang kehabisan tenaga sempat lagi dia melancarkan mogok. Dia geram dengan lelaki bernama Izz Haykal. Dilihatnya lelaki bersiul gembira tanpa mempeduli rajuknya.
Terus cubitan kecil dihadiahkan dilengan sasa lelaki tersebut. Izz Haykal terkejut.

"Alah!tak habis lagi ke?" Izz datang memujuk Sara yang sedang merajuk dengannya. Atas alasan kerana dia terjumpa dengan Erina masa events tadi. Bukan dia sengaja pun tak nak Erina dan Sara berjumpa tapi Erina sudah menghilang sebaik sahaja dia mendekati Sara. Keadaan dalam tidak terkawal nasib dia sempat berbual mesra dengan Erina. Itupun sekejap sahaja. Erina sakit jadi dia tak naklah membebankan gadis itu.

"Abang Izz tak bagitau pun Erina ada dekat situ, kalau tak Sara dah lepak je dengan dia, abang Izz tu kedekut sangat tak nak kongsi dengan Sara, Abang Izz memang nak bolot Erina sorang-sorangkan? Ingat Erina tu dia yang punya ke? marah Sara manja.

Dia tahu Abang Izz tak nak bagitau dia yang Erina turut berada disebab sebab nanti takut Sara akan rampas Erina daripada dia.

Nak berdua-duaan konon. Sara boleh baca ape dalam minda Abang Izz. Bentaknya dalam hati.

“Abang ngantok abang nak tidur. Goodnite princess.” Izz melangkah laju meninggal Sara. Sara bengang kerana tidak dapat mengorek lebih banyak rahsia. Takpe esok korek dengan Erina Sofea.

Pergaduhan mereka bersambung pulak dipagi hari Isnin. Sara masih marah dengan Izz yang asyik buat muka selamba. Memang muka nak mintak kaki. Ingin Sara sumbat lubang hidung Izz dengan kuih karipap ayam breakfast mereka pagi ini. Iman selamba dan hanya fokus menikmati mee goreng dihadapannya. Puan Munirah dan Encik Kamarul masih belum turun lagi. Tengah berkemas mungkin.
“Abang Izz jangan nak bolot Erina sorang-sorang, Sara nak jugak Erina” tekak Sara dengan muka cemburut. Entah apa yang merasuk mereka berdua, pasal Erina pun boleh dijadikan isu. Sara nak dapat kasih sayang seorang kawan dari Erina dan Izz Haykal pulak nak menagih cinta.
Cantik. Gaduhlah sampai kiamat pun memang mereka berdua tak nak kalah.

"Mestilah, dah adik dekat sekolah selalu jumpa dia, kasi Abang Izz pulak nak bolot sementara." jawab Izz selamba.

Diaorang ni ingat Sara barang boleh dikongsi-kongsi.

Sara menjeling tajam. Jika boleh nampak kemarahannya dengan laser merah yang keluar dari matanya akan mematikan sesiapa sahaja terutamanya Izz Haykal.

Izz Haykal malas nak melayan Sara. Dia focus dengan makanan. Hari ini dia nak pergi jogging dekat tasik. Sebab itu dia bangun awal. Lama tidak bersenam. Kalau tak da tujuan memang haram dia nak bangun time-time macam ni. Lepas subuh terus dia sambung tidur balik.
Belum sesuai nak dijadikan suami ni. Keimanan masih tunggang terbalik ya kawan-kawan. Tapi ada hati pulak nak mengorat anak dara orang.
Dia memang malas nak share semua benda dengan Sara. Kalau Sara ada dengannya masa dia tengah dating dengan Erina mesti dia akan dipinggirkan. Sara akan menarik perhatian Erina dengan berborak panjang dan dia terpaksa pandai-pandai cari time nak mendapat perhatian dari gadis pujaannya. Sara yang selalu bolot Erina sorang-sorang. Kalau ada Sara memang dia jadi CCTV je.

"Mana boleh, Erina tu Sara punya, kita dah official sahabat baik.” Sara buat muka bangga. Dia menjelir lidah ketika Izz memandangnya.

"Setakat kawan je, aku dengan dia nanti official couple tau, kalau jodoh panjang boleh kahwin lagi, da lah Sara, kau tu tak payah nak cemburu sangat, bukan aku pesaing kau kot, kau suka perempuan ke?" usik Izz membuatkan Sara naik angin.

“Huh! Menyampah.” Sara buat muka masam. Dalam masa yang sama dia pun tidak berkongsi Firash dengan Abang Izz. Lelaki tu tak tahu yang dia dan Firash mempunyai hubungan. Dan kewujudan Firash Naufal belum diketahui oleh ahli keluarganya. Awal-awal lagi dia memberitahu Erina supaya merahsiakannya daripada Izz Haykal. Dia tak nak semua benda lelaki itu nak control. Kalau bersedia nanti baru dia bagi tahu.

"Malas nak layan abang Izz, Sara nak gerak dulu, nak luang masa dengan Erina. Jangan cemburu ya, Erina is mine. Nanti Sara hasut Erina jangan dekat dengan abang” Sara kenyit mata. Dia tersenyum kemenangan meninggalkan meja makan.
Izz yang mendengar tersedak air kopi. Kurang asam punya budak.
“Hoi, Sara jangan nak buat hal” pekikan Izz Haykal tidak dilayan oleh Sara. Malah buat isyarat selamat tinggal.

Sorry author menghilang....masih sibuk dgn duniawi..xsempat nak berfantasi...Insyallah lepas ni author nak lengkap novel ni...

Share this novel

Zai Zai
2024-09-23 20:14:23 

lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience