BAB 6 [A flower cannot blossom without sunshine, and a man cannot live without love]

Romance Series 4318

Hari ini Erina dah berjanji dengan abangnya untuk membantu abangnya dikedai. Dia janji nak tolong apa yang patut. Dia dengar abang Haq tak cukup kaki tangan jadi dia tawarkan diri untuk membantu abangnya tambahan dia sedang cuti. Jadi tak salah nak bantu apa yang patut. Weekend dimanfaatnya sebaik mungkin. Selepas lunch dengan Sara tadi terus dia pergi ke kedai abangnya.
Bila dan maksud lunch dengan Sara mestilah ada Izz Haykal sekali. Lama-kelamaan dia sudah biasa dengan kehadiran lelaki muda itu. Dia tahu dan dia tidak buta yang lelaki memang menunjukkan minat terhadapnya. Setiap kali berjumpa ada saja buah tangan yang dia berikan.
Coklat.
Buku.
Bunga.
Macam-macam perlakuan lelaki itu menarik minatnya. Hatinya sekeras-keras batu boleh jadi lembut melihat kesungguhan lelaki itu. Dia tak tahu kenapa Izz sukakan dirinya yang boleh dikira sebagai ice princess. Dia bukan peramah dan reaksi yang selalu diberikan apabila bersama lelaki biasa sahaja. Sama seperti orang lain. Dia mengaku yang dia juga sukakan lelaki itu tapi dia lebih pandai menyembunyikan perasaaan berbanding Izz Haykal.
Cinta?
Tidak mungkin masih terlalu awal. Jadi dia masih buat seperti biasa, anggap tiada apa yang berlaku. Playing in the garden katakan. Slowly but surely.
Bunga ros yang berwarna lavender itu dipandang. Sejambak bunga rose pemberian daripada Izz Haykal kepadanya. Terus sahaja otaknya membayangkan peritiwa tadi.
“Erina, saya ada benda nak bagi dekat awak, harap awak sudi terima.” Termengah-mengah Izz bila muncul di depan Erina. Dia sempat menyuruh Erina menunggu sekejap di depan shopping mall. Sara berpura-pura nak membeli air melihat Izz Haykal yang muncul dengan sejambak bunga rose lavender.
Cantik dan harum.
Peluh yang mengalir disisi wajahnya dilap dengan hujung jari. Erina tahu mesti Izz masuk ke mall untuk mencari kedai bunga yang menjual bunga rose hidup. Dia tahu dekat sini ada satu kedai bunga.
Nak tahu kenapa dia tahu? Sebab dia merupakan peminat bunga rose. Arwah ibu sangat sukakan bunga rose. Setiap kali ayahnya balik mesti membawa sejambak bunga untuk memujuk ibu yang selalu merajuk dengan ayah. Romantikkan. Tapi sayang memori tu hanya sekejap saja.
Erina sambut huluran daripada Izz Haykal dengan senyuman manis. Terharukah dia?
Ya! sedikit hatinya terusik kerana ini kali pertama dia dapat bunga daripada seorang lelaki. Perasaan aneh itu datang lagi.
“Lain kali awak tak perlu beri saya macam ini, saya segan nak terima, nanti orang ingat saya ambil kesempatan” Erina pandang anak mata lelaki. Yang Erina nampak adalah sebuah keikhlasan dan ketenangan.
Debaran didada semakin memuncak apabila anak mata mereka bersatu. Dia mengaku dia telah jatuh cinta dengan gadis. Perasaan sayang itu semakin bercambah setiap hari. Terima kasih kepada Sara sekarang dia sudah mendapat jawapan untuk dirinya. Dia jatuh cinta pada Erina sejak pertama kali berjumpa. Dan setiap pertemuan dengan Erina dia tak mampu mengawal perasaan sendiri. Terasa ingin memiliki gadis sangat kuat.
Adakah ini yang dikatakan cinta? Perasaan untuk memiliki dan dimiliki semakin menguasai dirinya.
Hatinya sentiasa memetik nama Erina Sofea. Dan setiap kali bertemu dialah paling nervous. Rasa lagi malu apabila dia perasan yang Erina dapat mengagak perasaaannya dengan melihat betapa Izz Haykal tidak senang duduk bila berada disampingnya.
Arh! Persetankan semua tu, dia pun manusia dah namapun dia sukakan seseorang sudah mesti dia susah mengawal tingkah lakunya dihadapan orang yang dicintai.
Dan bagaimana pula Erina Sofea? Dia masih belum mampu menebak perasaan gadis itu.
Baginya gadis itu terlalu misteri. Tapi semakin misteri gadis cantik itu semakinlah dia ingin memilikinya. Dia ingin tahu apakah yang ada di dalam hati gadis penuh dingin ini. Ingin dia terokai supaya dia dapat merasainya.
“Takpe saya ikhlas, saya bukan bagi awak yang mahal pun, saya bagi sesuatu yang bermakna untuk awak” Izz tersenyum manis.
“Dan saya nak awak cari sendiri maksud bunga ni, dan apa yang awak temui ini adalah perasaan saya sebenar” sambung Izz Haikal ikhlas extra malu nak mampus. Dia sangat berharap Erina mempunyai perasaan yang sama. Alangkah indahnya dunia jika gadis itu turut sama berkongsi rasa.
Dan apa yang dia dapat belajar daripada semua ni. To know what is love? We need to start loving. Dan dia sudah melalui fasa itu sendiri.
“Terima kasih. I will.” Erina mengenggam kemas jambangan bunga itu. Tanpa pengetahuan Izz Haykal dia sudah pun mengetahui maksud lavender rose pemberiannya itu. Sungguh romantic dan dalam maksudnya. Sebagai pengemar bunga rose sepertinya dia sudah tahu setiap maksud warna bunga rose.
Lavender Rose.
Bermaksud “Cinta pandang pertama”. Bunga itu diberikan kepada seseorang tanda dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan seseorang itu. Dan bunga itu boleh diberikan kepada seseorang yang istimewa dalam hidup. Supaya orang yang diberi merasa dia adalah istimewa berharga dan bernilai untuk seseorang.
Senyuman yang dihiasi dengan lesung pipit sentiasa menganggu hari-hari Erina. Erina tersenyum dalam hati apabila dapat menangkap maksud isi hati lelaki dihadapanya kini.
“Amboi adik, jauh mengelamun sampai abang Haq dah siap deco tengok adik masih mengelamun lagi apa yang dimenungkan tu sayang oiiiii” usik Haq melihat adiknya berada dunianya sendiri. Erina yang tersedar malu sendiri. Dia tarik muka seposen.
"Abang nak Erina tolong apa lagi lepas ni?" tanya Erina untuk menghilangkan rasa malu tadi.
Haq dah menjenggil mata melihat Erina yang sengaja nak melarikan topik tadi. Erina pantas mengemas meja yang sudah comot dengan kain basah tanpa mempedulikan abangnya yang geram dengan dirinya.
“Amboi lari topik nampak, ke adik dah ada kekasih ni, teringat dekat cinta ke tu?” usik Haq mesra. Gaya jatuh cinta lakonan Haq Hakimi menyakitkan hati Erina. Erina baling kain buruk tu ke arah Haq namun Haq sempat mengelak. Terkekeh Haq ketawa. Erina buat muka marah.
“Dah tu bunga rose berwarna lavender tu siapa bagi?” Haq mengungkit cerita tadi. Sebaik adiknya masuk, dia melihat sejambak bunga ditangan Erina Sofea. Baru sahaja dia ingin bertanya pantas Erina mengelak. Dia tersenyum sumbing balik.
“Beli sendiri.” Erina berkata selamba.
“Amboi, ye ke?” Haq dengan muka Jerry yang selalu mencari pasal dengan Tom. Jika dia adalah Jerry and adiknya adalah Tom. Sebab dia selalu menyakat adiknya. Haha.
“Yelah, takkan abang tak tahu adik minat dengan bunga rose” jawab Erina penuh yakin. Mata abangnya ditentang berani. Hello? I’m Erina Sofea. Confident perlu ada.
Haq buat-buat tak percaya. Bukan dia tak tahu, tapi dia malas nak mengorek lebih-lebih kang adiknya itu mengamuk pulak. Angin Erina Sofea bukan boleh dibawa main. Kalau tak terbang periuk belanga kedainya nanti. Faham benar dengan perangai adiknya yang tersimpan DNA Hulk bila marah.
Haha.
****
Baik kak Ita, Abang Zack dan Kak Anis masing sedang gigih menyiapkan tempahan. Rasanya dia patut tolong mereka walaupan Erina Sofea dan kek memang tak boleh ngam. Entah apa yang perlu dilakukan nanti. Jadi rasanya lebih baik jadi kuli batak saja. Dia memang tak pandai nak buat kerja kek-kek ni macam staf Abang Haq buat. Dia memang tak ada bakat langsung.
Hampehh...
"Erina bantu Ita siapkan hiasan tapi kena dengar dahulu arahan Ita baru buat, tolong yang mana boleh jer jangan memandai sendiri" arah Abang Haq yang sibuk ke hulu ke hilir dengan apron yang berwarna biru muda sudah bertukar menjadi pelangi dek kerana kotoran pewarna kek.
Kek 3 tingkat itu dipandang gerun. Warna gold dihiasi dengan manik memang cantik memukau. Erina kurang tahu perisa apa kek tu tapi yang pasti nampak gah dan berkelas sahaja.
Takut pulak dia nak tolong. Kalau tak jadi ni mahu abangnya mengamuk. Mana tau dia terjatuhkan kek tu ke ape? Amboi! seram pulak bila dibayangkan, memang Abang Haq buat sate adiknya sendiri nanti.
Nampak je senang nak membuat kek tapi sebenarnya leceh. Lagi leceh dari jaga budak kecik, itulah abang Haq cakapkan padanya dahulu. Setiap sentuhan akan mendatangkan kesan pada setiap hasil yang dikerjakan. Walaupan sedap mata memandang tapi seksa menyiapkannya lagi banyak. Disebalik kecantikan dan keindahan terselit sebuah usaha yang tidak tergambar.
Tapi apa pun yang dia tahu Abang Haq minat gila dengan benda ni sampai sekarang dia masih menggila dengan minatnya yang satu ini. Sebagai seorang adik dia hanya mampu menyokong minat abangnya dan memberi bantuan apa yang patut.
"Erina tak payah nak hiaskan kek, Erina duduk je sini hulur apa yang Kak Ita nak ..lepas tu Kak ita yang pandai buat sendiri tau, jangan usik apa-apa"kata Kak Ita memberi arahan. Erina redha sahaja menjadi kuli batal abangnya hari ini. Dia akan mendengar sahaja arahan dan menjadi mak cik sanggup untuk segala tugasan yang diberi.
Haha.
Hampir 6 jam baru kek yang sedang diusahakan siap sepenuhnya. Lega mereka berlima disitu apabila hasil yang disiapkan memuaskan. Masing-masing meregangkan otot yang tengah cramp akibat berkerja tanpa henti. Kerja kek ni penat rupanya siapa cakap senang memang spesies rare. Nak letak satu-satu memerlukan masa yang lama untuk nampak hasil yang cantik. Betullah orang cakap kerja macam ini sesuai untuk orang yang mempunyai sifat kesabaran yang tinggi. Dan sesungguhnya Erina bukan manusia yang tergolong dengan sifat sabar tu. Haha.
"Good job guys..." ucap Abang Haq bangga. Kek tiga tingkat yang bertemakan colour gold dengan aura berkelas tersendiri itu mampu disiapkan sebelum menjelang malam nanti. Malam nanti akan ada upacara perasmian kek tersebut di hotel. Selepas siap kek ini mereka perlu berkemas pulak untuk ke majlis atas jemputan selain dari menghantar kek. Tunjuk muka dimajlis dan jalankan tugas mereka seperti biasa. Dan dia nak bawa Erina sekali, tak salah adiknya belajar cara nak bersosial sedikit. Ni tak terperap je dalam bilik. Boleh jugak tolong apa yang patut.
"Bro aku nak balik dululah, aku tak jadi pergi malam ni, banyak hal." kata Zack beralasan. Sebenarnya dia ada temu janji dengan buat hati kesayangannya. Tak sanggup nak cancel lagi sebab beberapa minggu ni berapa kali je cancel.
Nanti meroyan pulak kekasih hatinya. Tak sanggup nak pujuk anak biawak tu nanti.
"Oklah, kalau macam tu...thanks bro, nanti hujung bulan bonus" kata Abang Haq faham. Dia tak kisah janji kerja mereka semua siap. Dia boss yang memahami. Zack jugak punya komitmen tersendiri. Bebeapa hari mereka terpaksa bekerja dalam suasana hectic akibat tempahan begitu dekat sahaja tarikhnya. Tapi alhamdulilah setakat ini semua berjalan dengan lancar.
Jadi terpaksa mereka berempat je yang pergi malam ini untuk touch up yang terakhir dan dalam masa yang sama Datin Kiran menjemput mereka sekali untuk memeriahkan event itu. Peluang itu disambut dengan hati terbuka oleh Abang Haq kerana hati pelanggan perlu dijaga. Dalam masa yang sama nanti dia boleh dapat publisiti secara percuma.
Datin Kiran bukan calang-calang orang tapi adalah tokoh usahawan kosmetik terkenal dekat Malaysia. Dia kenal dengan Datin Kiran secara tidak sengaja sehingga membawa kepercayaan Datin Kiran terhadapnya. Majlis pelancaran produk terbarunya dihotel bukan calang-calang tapi grand gila dengan para tetamu VIP yang dijemput hadir untuk perasmian produk makeup terbaru dari Legacy Kiran. Produk yang berasaskan sumber semula jadi dan mendapat pengiktiarafan antarabangsa.
"Korang boleh balik. Mandi sekejap, kemas-kemas and pukul 6 berkumpul dekat kedai lepas tu kita gerak pergi hotel bersama" arah Haq pada anak buahnya.
"Ok boss" sahut Ita dan Anis serentak manakala Erina mengeluarkan ibu jari membuat tanda good. Haq tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience