“Hai Erina..." tegur seorang gadis yg masuk ke dalam kelas tingkatan 6 A1. Wajah ceria dia hadiahkan pada kawan yang baru seminggu dia kenal itu. Sejak Erina menjadi kenalan kepada Maisara Nazeera, memang hari hari gadis periang itu bersamanya selalu.
"Hai, Sara" sahut Erina sebaik sahaja memandang wajah manis milik Maisara. Manis sahaja wajahnya macam perempuan melayu terakhir dengan tudung shawl yang tersarung kemas dikepala. Nampak jelas putih gebu wajahnya itu. Siapa sahaja yang memandang mesti jatuh hati.
Mula-mula agak kurang senang Erina dengan sikap Sara yang melebih-lebih baginya namun dia pelik dia masih mampu berteman dengan Sara. Baginya Sara seorang yang sangat ikhlas dan jujur dengan dirinya. Kalau orang lain memang dia akan akhiri hubungan kawan sebab rimas. Tak ngam dengan jiwa kalau begini caranya. Tapi Sara lain.
"Awak buat apa tu?" tanya Sara apabila melihat Erina yang asyik merenung buku di atas meja.
“Ermm, tengah fikirkan tajuk apa nak buat nanti untuk kerja kursus Pengajian Perniagaan " balas Erina mesra. Semester 1 kali ni mereka perlu menyiapkan kerja kursus secara individu. Madam Abby awal-awal lagi sudah memberatkan kepala pelajarnya dengan kerja kursus. Jadi mereke semua perlu menyelesaikan awal supaya mereka tidak sibuk dihujung sem. Hujung sem hanya difokuskan dengan final exam.
"Kau pergi mana ha? apasal lambat masuk kelas." marah Sara sebaik sahaja lelaki itu melabuhkan punggung dikerusi sebelah gadis itu. Wajah Sara acah-acah merajuk itu dipandangnya. Amboi bukan main lagi Sara.
"Adalah.....hal lelaki...awak mana boleh masuk campur" sahut Firash lembut. Dia mengambil tempat disebelah Sara dengan tertib tanpa mempedulikan Sara yang sudah muncung mulut mengalahkan itik tengah bertelur. Haha.
Terlihat Sara mencebik bibir tanda tidak puas hati. Hal ini kerana dia ditinggalkan oleh Firash tadi semasa on the way ke kelas. Boleh pulak mamat ni tinggal dia seorang dan pergi melepak sekejap dengan budak kelas sebelah.
" Banyaklah kau..kalau hal aku boleh pulak kau sibuk... kalau hal kau....aku tak boleh ambik tahu, kurang asam punya lelaki" marah Sara manja. Dalam dia marah bukan dia marah betul-betul pun. Sekadar marah yang menunjuk dia merajuk.
"Tu sebab saya sayang awak jadi saya caringlah pasal awak" kata Firash lalu mengusap lembut kepala Sara yang berlapik dengan tudung.
Okay!
Sebelum korang nak judge apa-apa untuk pengetahuan semua Firash Arshad ni merupakan boyfriend kepada Maisara Nazeera. Dia orang bercinta sejak dari tingkatan 4 lagi. Memang wajarlah mereka dilihat agak mesra. Sara seorang gadis lurus jatuh cinta kepada Firash yang sangat baik dan mengambil berat tentangnya. Untuk pengetahuan semua lagi Si Sara ni sanggup sambung belajar ditingkatan 6 semata-mata kerana Firash. Bukan nak judgemental tapi tingkatan 6 ramai dari kalangan orang yang kurang berkemampuan and then kurang bijak untuk sambung direct ke univerisiti. Dan Erina pun dapat tahu bahawa Sara merupakan anak orang kaya. Bapanya merupakan pemilik hotel terkemuka di Malaysia dan ibunya merupakan seorang dentist. Betapa bertuahnya Maisara Nazeera memiliki sebuah keluarga yang kaya. Ramai yang cemburu dengannya. Barang yang dikenakannya selalu mewah walaupun Sara jarang sekali membangkitkannya. Bukan Erina tidak Nampak jam tangan Sara yang mencecah ribuan ringgit. Tu pun belum lagi dengan kasut, beg dan lain-lain. Mau pengsan kalau dikira.
Pertama kali dia dengar perkara itu dari mulut student lain dia terkejut, kalau aku dilahirkan dalam keluarga macam tu tak ingin ku nak study kat sini baik ikut Athia study kat New Zealand. Huh. Bukan apa dah kita mampu. HAHAHA. Study sini nak tengok ape je, lainlah lau diluar Negara vibes dia tak sama. Nampak tak korang betapa si Erina tak tahu bersyukur. Haha.
Berlawanan pula dengan Sara yang nak sambung disekolah kerajaan dan masuk ditingkatan 6. Setelah dia rapat dengan Sara jadi dia mengetahui kenapa Sara memilih untuk menyambung disini. Disebabkan kekasih hati Firash. Sara kata dia tak kisah dimana pun nak belajar, sebab kegembiraan yang dia pentingkan. Kalau Firash ada dia semangat nak belajar dan gembira selalu.
Dan aku pun dalam hati nak jer melaungkan kalimah “ Hoi kau ingat cinta monyet kau tu sampai jinjang pelamin ke? sadar dong” di telinga Sara agar dia tu sedar sikit.
Huh! Bagi Erina langsung tidak matang. Tapi dia taka da hak mempersoalkannya. Dia bukan sesiapa hanya kawan. Cukuplah berkata di dalam hati.
******
Kak Sai yang sedang khyusuk memotong bawang terhenti terpandang wajah anak majikannya yang baru bangun tidur. Sudah terang lagi bersuluh dengan dengan rambut yang tak tertentu arah, bwlum lagi muka seposen ditayang sebelum membawa diri menuju ke peti sejuk berhampiran.
“Baru bangun ke Izz? Nak Kak Sai masak apa-apa ke?” Tanya Kak Sai manis. Maklum masih pagi mesti lapar? Muka Izz yang sememeh itu hanya mengeleng sahaja. Dia mengambil tempat di depan Kai Sai sambil membawa segelas susu segar.
“Mama dan papa dah pergi kerja ke?” Tanya Izz sambil mencari- cari manusia lain di setiap sudut.
“Haah Izz, papa awal-awal pagi dah keluar, mama baru jer tadi” Kak Sai tenang menjawab sambil tangan lincah mengupas bawah merah. Nampak sudah biasa dan tidak janggal. Maklum dari kecil dah biasa dengan kerja macam tu.
“ Ehh, sebelum Kai Sai lupa, papa pesan suruh Izz ambil Sara balik sekolah nanti, sebab Pak Cik Karim kene jadi driver sepenuh masa sebab papa Izz busy mesyuarat ke beberapa buah tempat” Kak Sai tersengih malu kerana dia hampir sahaja terlupa memberitahu anak majikannya.
Izz mengangguk sahaja. Nampak masih mamai lagi, entah- entah dia ni mengigau lagi kot. Maklum lah sejak mula cuti semester ni dia dah jadi burung hantu. Sampai pukul 4 pagi baru dia tidur kerana leka bermain PS5. Setakat ni belum ada hobi lain untuk dia lakukan sepanjang tempoh 3 bulan cuti sem. Lama lagi nak balik UK. Sementara dia takde kerja baik dia melayan keinginan diri bermain game sehingga semua stress dia hilang.
Ini dah masuk tahun ke-3 dia belajar University of Cambridge. Jadi setiap kali cuti sem dia akan balik ke Malaysia dan menghabiskan masa ditanah air sendiri. Dia bosan disana kerana tak ada keluarga dan kawan-kawan dia pun busy sebab ada yang memilih untuk berkerja. Nak cari duit lebih study kat sana. Disini dia ada family, bolehlah lepas rindu nak tengok papa mama Sara dan Iman. Boleh dia luangkan masa untuk orang yang tersayang. Kalau ada kekasih kat sini lagi dia selalu balik. Haha. Amboi Izz.
Tapi sayangnya dia masih belum memilIki kekasih. Masih belum ada gadis yang mampu buat dia jatuh cinta. Izz Haikal ni masih menunggu puteri yang datang kepadanya. Hahaha.
****
“Hello abang, japp ehhh adik baru je nak sampai depan gate.” jawab Erina termengah-mengah. Tidak teratur langkah sebaik sahaja dia menjawab panggilan abangnya. Dia tahu abangnya ni semua nak cepat. Dahlah dari pagar sekolah ke kelasnya memang agak jauh. Bergelut lagi dengan makhluk-makhluk lain yang semestinya rushing seperti dirinya. Tak sabar nak balik. Dia bagaikan lupa kewujudan Sara yang berjalan seiring dengannya. Sara tersenyum sambil menarik bahu Erina supaya stable.
“Sebenarnya, abang busy sikit hari ni, ehhh bukan sikit tapi banyak, jadi abang suruh Taufik ambil adik kat sekolah” Haq bersuara dihujung talian. Erina dah buat muka. Masam gila. Sara yang melihat Erina berubah air muka sabar menunggu reaksi sahabatnya. Mungkin ada masalah.
“No! Tak nak” bentak Erina keras. Sara terjongket bahu melihat Erina yang sebal dan marah. Sambil dia mencari kereta Pak Cik Karim sambil itu dia memerhati Erina.
“Adik, abang busy ni, boleh tak jangan buat hal, Abang Taufik je pun, dia datang kedai tadi, so abang suruhlah dia tolongkan ambil adik memandang dia tak busy” jelas Haq beria-ria. Namun sifat kedegilan adiknya bukan boleh dibuat main. Kalau hitam, hitamlah yang dia nak. Haq pun sudah cukup hadam dengan perangai adiknya. Tapi dia sekadar mencuba nasib, sebab dia betul-betul sibuk dengan tempahan yang perlu disiapkan secepat mungkin
“Kalau abang tak boleh, adik boleh balik sendiri tak susah pun, tapi jangan nak suruh abang Taufik, adik tak suka” Erina bersuara tegas. Memang dia pantang dengar nama Taufik. Huh. Dia tak ngam dengan makhluk tu, sebab dia tak suka sengan sikap Taufik yang seolah-olah menganggapnya sebagai kekasih walaupun dia merupakan cousin sebelah ibunya dari Kelantan yang berkerja di KL. Tetap jugak dia tak suka. Naik menyampah.
“Abang call abang Taufik tak payah nak susahkan diri, Erina dah besar boleh jaga diri, takkan nak balik rumah pun tak tahu.” Sambung Erina.
“Okaylah kalau macam tu, nanti abang bagi tau dia yang adik balik sendiri, tapi jaga diri tau, lau nak makan kat luar boleh jer tapi terus balik” Haq terpaksa beralah dengan adiknya. Dia tahu semakin dia memaksa Erina semakin tu dia akan memberontak. Bukan dia tak kenal kedegilan adiknya ni dah termasuk dalam kamus hidupnya. Erina pun dan besar jadi dia boleh jer jaga diri sendiri, cuma dia masih risau memandangkan Erina je satu-satu adiknya.
“Okay kalau macam tu, nanti adik bagi tau kalau dah sampai rumah, abang jangan risau” pantas Erina mematikan talian dan memandang Sara yang sudah penuh rasa tanda tanya.
“Dah kenapa tu?” Sara membuka bicara walaupun dia sudah mendengar segalanya. Mereka berdua betul-betul sedang berada di depan pagar sekolah tanpa mempedulikan student lain yang sedang lalu lalang. Tak perasan pulak betul-betul depan pintu pagar sekolah.
“Oh small matter, saya kene balik sendiri nanti sebab abang saya busy sikit. Driver awak dah sampai ke?” tanya Erina sambil mencari kereta yang selalu menghantar dan mengambil Sara dari pulang sekolah. Sara pun membuat bendaa yang sama. Terpusing-pusing kepala cari kereta drivernya.
“Kalau macam tu awak balik dengan saya lah, nanti saya mintak Pak Cik Karim tolong hantarkan.” ajak Sara. Mata bundarnya bersinar-sinar bagai menanti jawapan ya dari Erina. Mesti seronok lau ada Erina, tak lah dia bosan.
“Ehh, tak nak susahkan sesiapakan, saya boleh je balik sendiri” Erina menolak ikhlas.
“Hurmm…. Awak ni mana ada susah, hantar awak balik jer pun, tapi sebelum tu kita keluar makan sekejap nak tak?” Sara spontan dengan idea bernasnya. Tambahan perut sudah lapar. Jam sudah menunjuk pukul 2 petang jadi memang sah lah dia sedang kelaparan. Sara membuat muka comel sambil menarik baju Erina lembut.
“Tapikan….” Erina serba salah. Di telam mati mak diluah mati bapak. Dia tak selesa tapi dia tak sanggup menolak ajakan Sara yang penuh mengharap. Dan selalunya Erina bukan hati tisu begini mudah kesian.
“Awak anggap saya ajak awak lunch pastu saya hantar awak balik, ni kan first time kita keluar sama.” Pujuk Sara manja.
“Oklah, tapi sebelum Maghrib saya kene balik tau” Erina beri kata putus. Tidak salah dia mengeratkan lagi persahabatan mereke, at least dia ada sahabat disini selepas Athia. Bisik hati kecilnya.
Bunyi hon dari sebuah kereta Range Rover berwarna merah itu memberhentikan tidak tanduk mereka berdua yang sedang leka berbual. Erina dengan muka penuh tanda tanya.
“Mungkin Pak Cik Karim ubah selera kot guna kereta ni or papa dan guna kereta lagi satu” jelas Sara tanpa dipinta. Sara pantas menarik tangan Erina lalu menuju ke kereta tersebut. Sara membuka pintu kereta lalu masuk di tempat duduk belakang sebelum Erina ditarik masuk. Sara nampak ceria sahaja.
“Pak cik nanti………….” Sara bicara sebelum dia terhenti kerana perasan gaya Pak Cik Karim dah berubah. Tak macam driver dengan jaket leather hitam, topi dan berkaca mata. Penuh bergaya pulak tu. Awat Pak Cik Karim ni dah buang tabiat ni. Tak puas muda ke?
“Amboi, tua sangat ke aku Sara sampai kene panggil pak cik” pemilik suara yang berada di depan mereka berbicara. Garau suara. Suara jantan muda. HAHA.
“Lah abang Izz ke? Ingatkan Pak Cik Karim tadi, kenapa abang pulak yang datang ni” Sara musykil and dalam masa yang sama teruja.
Korang nak tau apa reaksi Erina?
SPEECHLESS.
AWKWARD.
Erina bungkam sebaik sahaja mendengar suara itu. Suara lelaki asing dan tidak semena-mena melalui cermin atas depan dia telah melakukan eye contact dengan lelaki yang menolongnya minggu lepas. Tersekat air liur di esofagus apabila lelaki tersenyum manis ke arahnya.
Sumpah kalau dia tahu ada lelaki itu, sumpah dia akan menolak ajakan Sara tadi. Tak tahu atas alas an apa, tapi dia memang tak nak. Pelik. Ke sebab dia malu? Tapi memang dia tak suka berhadapan dengan stranger. Dia automatic jadi bunian and then dingin. Hurmm.
“Abang tolong jer, sebab papa busy hari ni, dia memerlukan khidmat Pak Cik Karim” tutur Izz lembut. Dia pun sebenarnya malu jugak dengan kawan Sara. Tak tahu kenapa?
“Ye ke?” Sara teruja. Sekejap sahaja dia menghilang disebelah Erina dan masuk dipintu kereta depan bersebelahan dengan Izz. Matanya sudah tergambar kegembiraan.
Erina mati kutu. Dia berharaplah dapat hilang dari kereta ini dengan segera. Tak nak dia tumpang mereka untuk hantar dia balik. Segan kot. Ingin sahaja dia berambus dari situ tapi otaknya kata jangan. Wahai bumi kau telah aku, aku tak sanggup duduk dalam kereta ni, Erina with stranger. Memang pelik sangat. Dengan Sara ni pun dia masih awkward apatah dengan abang Sara. Dan Erina harap plan tadi terkubur sendiri dengan ketiadaan Pak Cik Karim. Mata naik menjeling Sara yang tersengih di depan.
“Abang kami sebenarnya plan nak keluar makan sebab Sara dah lapar pastu kita hantar Erina balik boleh?” Sara bersuara manja. Sara ini memang boleh dikategori gadis manja versi anak orang kaya. Naik meremang jugak kalau didengar betul-betul namun itu tidak menarik perhatian Erina apabila Sara membongkar semua plan tadi. Rasa nak pengsan dah.
“Ye ke? Boleh je. Jom” laju Izz Haikal menjawab. Sempat dijeling melalui cermin wajah dingin sahabat Sara itu. Dingin pun cantik. Desis hatinya.
No. Tidak. Ingin sahaja Erina menjerit namun mulutnya terkunci rapat. Redha. Yang hadir adalah muka kosong dan dingin yang selalu ditayangkan oleh dirinya.
“Yeay” Sara bersorak happy. Erina sandar pada kerusi empok dan diam. Mata tepat pandang depan.
*****
Haq sibuk menyusun cake yang baru siap dibuatkan ke dalam peti sejuk hadapan untuk dijadikan tatapan ramai. Haq menyusun rapi kek yg sudah cantik tersadai disitu. Kek customer sudah siap dibungkus dan diletakkan di peti sejuk bahagian cashier.
Haq memulakan bisnis bakery sejak lepas tamat diploma lagi. Dia memang minat bidang bakery sehingga dia mengambil kursus dalam bidang kulinari bahagian bakery. Selepas dia tamat belajar dia mengumpul duit dan membuka kedai bakery kek sendiri dengan hasil titik peluhnya.Walaupan kedai ni tak seberapa mewah tapi pendapatan setiap bulan agak lumayan. Sebab hasil kerjanya berjaya menarik pelanggan. Alhamdulilah. Syukur.
"Abang Haq, ni ha ada orang nak cakap nak abang Haq" gadis kecil molek yang sedang duduk diruang kaunter memanggil lelaki itu.
"Siapa pulak ni Ita?" tanya Haq lalu menutup peti ais kek tadi. Apron dibuka.
"Ni ha Datin Kiran nk order kek untuk perasmian produk baru di hotel bulan depan, so dia nak cakap dgn abang Haq lah" kata Ita nyaring. Walauupn badan Ita tu kecil sahaja tapi suaranya boleh kalah Ziana Zain. Bukan main lantang bersuara. Tak tahulah Haq walaupun badan Ita itu kecil tapi umurnya dah mencecah 25 tahun. Makan apa pun tak besar.
"Ok kejap, jangan besar sangat suara tu Ita nanti tak ada lelaki yang nak dekat Ita nanti" sempat lagi Haq mengusik pekerjanya walaupun Datin Kiran berada dihujung telefon. Ita menjegil mata memandang bossnya yg sedang bertelefon. Siap jeling marah pulak.
"baik Datin insyallah datin nanti kami siapkan dalam tempoh yang diberikan sebab kami ada tempahan lain yang nak disiapkan dengan cepat, ini pun nasib Datin tempah awal and saya nak ucapkan thank you dekat datin sebab percaya kami" sempat Haq mengucapkan terima kasih selepas menamatkan panggilan. Tanpa menunggu panggilan telefon itu ditamatkan, haq terus letak. Adoi! bertambah lagi satu tugas mereka. Dalam minggu ini berapa byk tempahan dia perlu siapkan. Dahinya dipicit.
Bingung.
"Hai boss, duit masyuk pun mengeluh" tegur Zack yang sedang mengelap meja yang kotor. Haq menjeling ke arah pekerjanya. Zack tayang gigi taring yang cantik tersusun. Saja nak mengusik bossnya.
"Tu lah, duit nk masuk pun merungut jugak, tak faham aku....," marah Ita yang kiranya sebaya sahaja dengan Haq. Kiranya dia masih marah dengan Haq sbb sebut pasal jodoh tadi. Dia kalau isu tentang lelaki memang sensitif sikit.
"Aku bukn apa, takut tak sempat je" kata Haq berbaur risau. Dia risau pelanggannya tak akan dapat hasil yang memuaskan. Dia mahu memberi yang terbaik kepada setiap pelanggannya. Kalau banyak sangat tempahan susah dia nak beri komitmen.
"Tak apa, insyallah boleh"jawab Zack bangga. Anis yg baru muncul tu pun mengangguk mengiakan. Anis dan Zack merupakan pembantu kpd Haq. Kiranya assistant chef utk Haq lah. Setiap sendiri ada peranan tersendiri.
"Ye lah tu, mampu ke kerja overtime? " sindir Haq. Zack tersenyum kelat.
Adoi! Rungut Zack. Dia garu kepalanya yang tidak gatal.
Tahu sahaja Haq yang Zack tu perangai macam mana. Manakala Anis dan Ita senyum sahaja. Kalau nak menolong Haq apa salahnya korbankan sikit masanya. Lagipun Haq boss yang baik nanti hujung bulan ada bonus lebih.
Hai assalamualaikum semua. BOLEH FOLLOW IG theroses828. Ini merupakan ig untuk update novel ini. Jom kita interaksi dkt sana. Tgk macam mana rupa watak-watak dalam citer dan untuk penuhi segala imaginasi kalian dengan novel ini. And sebagai upah korang kene rajin comment sbb tu pembakar semangat hamba. Love u.
Share this novel