Bab 1 [ If you cannot do great things, do small things in a great way]

Romance Series 4318

Erina melangkah masuk ke dalam kelas dengan langkah yang teratur. Langkah malas dibawa menyusuri lorong menuju ke tingkatan 6 1 bawah tanpa menghiraukan pandangan-pandangan yang sedang memandangnya. Erina merungut melihat manusia yang sedang memerhati dari bawah hingga atas. Mereka pun sama sepertinya merupakan seorang pelajar baru. Dia tidak langsung berminat untuk menyambung pelajaran di tingkatan6. Namun,apakan daya disebabkan dia sayangkan abangnya terpaksa jua dia turutkan. Kesian abangnya bertungkus lumus berkerja untak menyara dia ke sekolah. Kata abangnya kewangan mereka belum mencukupi untuk menghantar dia ke univerisiti terkemuka. Dia akan menyambung pelajaran apabila dia selesai menghabiskan STPM. STPM tidak kurang hebatnya kerana ia merupakan ujian tersusah di Malaysia. Huh, abangnya memang ada saja untuk memujuknya. Dengan bukan sepenuh kerelaan hati dia bersetuju.
Tanpa membuang masa, beg sekolah diletakkan dia kerusi dan dia melabuhkan punggungnya disitu. Tempat duduk berhampiran dgn tingkap dipilih menjadi pilihan. Dia harap keputusan untuk dia sambung belajar ke sini adalah pilihan yang tepat. Dia tak nak menyesal kemudian hari nanti. Walau apapun yg terjadi dia ingin membuatkan abangnya bahagia dgn kejayaannya nanti. Wajah selamba dan dingin ditayangkan kepada rakan sekelasnya yang baru itu. Erina yang sememangnya bukan mesra alam hanya memandang sepi senyuman mereka. Langsung tidak berminat untuk membalas.
Sekali lagi Erina memandang gelagat pelajar yang riuh masuk ke dalam kelas yang sama dengannya dengan pandangan bersahaja. Mereka nampak gembira bersama kawan-kawan disisi. Erina berasa cemburu dengan keakraban mereka sedangkan dia hanya berseorang diri. Dia ada kawan baik akan tetapi tidak menyambung pelajaran bersama dengannya. Athia mendapat tawaran belajar di New Zealand. Dan semestinya peluang keemasan itu tidak akan dilepaskan tambahan keluarga Athia mampu menyara kos pembelajran disana. Hati Erina diselebungi kesedihan, dia pun ingin juga nak menyambung pelajaran diluar negara tapi apakan daya dia bukan mampu macam Athia. Dia perlu berjimat cermat kerana hanya ada abangnya . Tambahan perniagaan abangnya baru sahaja memasuki pasaran jadi dia tak nak menbebankan abangnya yang serba serbi telah terbeban. Dia terpaksa kuburkan impian itu teruskan pelajaran di tingkatan 6 sahaja. Lebih murah dan tidak akan menyusahkan abangnya.

Dia cuma ada abangnya sahaja, Abang Haq. Abang Haq yang menyarakan kehidupannya selepas ibu dan ayah meninggal 5 tahun yang lalu disebabkan kemalangan jln raya. Betapa susah payahnya mereka berdua hidup sendiri tanpa ibu bapa di sisi. Walau bagaimanapun, alhamdulilah mereka berdua mampu sehingga ke tahap ini berkat kecekalan dan ketabahan Abang Haq. Dia cukup kagum dengan abangnya.
Athia kau mesti seronokkan belajar dekat sana, aku rindu kau, aku tak ada kawan dkt sini. Rintih Erina dlm hati.
Begitu susah dia nak mencari sahabat dengan sikapnya yang agak dingin dengan orang. Mesti orang lain mengganggap dia seorang yang sombong.
Sesi pembelajaran bermula setelah guru pengajian am memulakan mukadimah. Erina cuba untuk fokus namun dua makhluk yang berada dihadapannya amat menganggu tumpuannya. Mereka berdua asyik berbual sesama sendiri dan kadang-kadang itu boleh tergelak kecil. Ingin sekali Erina melihat siapa lelaki dan perempuan yang berada dihadapannya. Kiranya mereka agak rapat sehinggakan mereka boleh duduk berdua.
Pasangan kekasih kot. bisik Erina sendiri.
Sejurus habis tamat pelajaran. Erina terus mengemas dan melangkah balik ke rumah. Kaki dihayun dengan pantas kerana tidak mahu nanti abangnya Haqnya menunggu lama. Siapa yang tidak gembira nak balik kerumah selepas sesi sekolah. Ia bagaikan heaven duniawi. Namun dalam keadaan yang kekalutan tidak semena mena kakinya tersepak batu dan dia hampir tersungkur.
Erina pejam mata apabila dia terasa tubuhnya sudah melayang.
Ehhh!
Kenapa aku tak jatuh ni, kalau jatuh sakitkan, kan tempat ni batu sahaja.

Erina tersedar apabila ada satu suara asing yg berbisik ditelinganya. Dan baru dia perasan ada tangan yang melingkari pinggangnya. Pantas akal menangkap apa yang berlaku.
"cik adik bila nak bangun ni, naik lenguh tangan saya "ucapnya lembut. Suara lelaki.
Gemas sekali.
Pergh.
Erina lantas membuka mata dan melihat sebentuk wajah asing yang sedang memandangnya.Kacak sekali. Dgn renungan mata yang redup dan wajah yang manis membuat Erina leka seketika.
"Cik adik okay tak ni?" tanya lelaki itu lagi apabila gadis dihadapannya hanya berkelip kelip mata sahaja. Entah apa yang difikir gadis itupun dia kurang pasti. Hanya mata bundarnya sahaja yang bergerak.
"saya okay, terima kasih." kalut Erina bangun dan melepaskan diri dari pelukan lelaki asing yang baru sahaja menjamah pemandangan matanya. Tanpa melengah masa Erina pantas memohon maaf. Tertunduk sekejap dia untuk menghilangkan debaran dihati
"Sorry susahkan awak, saya tak nampak batu tu." ucap Erina pada lelaki yg sedang ralit memandangnya dihadapan.
"It's okay, lain kali jalan tengok bawah jugak ya, nanti tak pasal jatuh pulak." nasihatnya ikhlas. Senyuman menghiasi bibirnya.
"Thank sangat, saya nak balik ni, saya nak.." kata Erina sambil memandang wajah kacak dihadapannya. Baru dia perasan lelaki itu menggunakan tshirt putih dan berseluar jeans lusuh. Berkasut converse hitam dan bertopi. Rasanya dia bukan student disini kalau dilihat dari segi gayanya. Tapi macam mana pulak boleh tersesat masuk ke dalam sekolah. Erina pantas menepis setiap soalan kerana bukan prinsipnya untuk menyibuk. Ignorance is the best to do if you want the silent world. Erina berura-ura melangkah pergi tanpa menunggu respon dari lelaki tersebut.
"Wei, kau buat apa dekat sini, puas aku tunggu kau dekat depan pagar sekolah, cakap pergi tandas sekejap je." muncul seorang gadis tiba-tiba mencelah mereka berdua.
"Sorry lah, aku ada hal sikit tadi." kata lelaki itu mesra. Nampak keakraban mereka berdua disitu. Gadis itu memukul lembut badan lelaki itu sebelum dia memandang ke arah Erina.
Erina pandang kosong. Muka standard bila berhadapan dengan orang.
"Ehh, hai, kita bukan satu kelas ke?" tanyanya lagi. Ya, dia ingat gadis ini yang duduk dibelakangnya semasa dalam kelas tdi. Dia boleh cam gadis itu duduk dibelakangnya. Namun gadis itu, sangat kedekut dengan senyuman sehinggakan dia asyik tertoleh berkali-berkali dia tidak perasan. Dia ingin menegur tapi gadis itu hanya buat hal sendiri.
"Ye ke, tak perasan lah pulak." jawab Erina tersengih palsu, berpura-pura ramah. Serius dia memang tak perasan siapa yg menjadi classmatenya sebab dia tidak ambil kisah pun. Dan tambahan dia jenis susah nak ingat orang. Itulah serba sedikit kelemahan yang dimilikinya. Orang yang dia tak ambil kisah sangat memang susah nak ada dalam kamus otaknya.
"Lah satu kelas ke dengan dia." celah lelaki itu. Dia bertanya mesra.
Erina hanya senyum hambar. Senyum paksa yang sememangnya tidak ikhlas.
"Ok hai, saya Maisara Nazeera, boleh panggil Sara je." salam perkenalan dihulurkan gadis cantik manis itu kepada Erina.
"Oh hai, saya Erina Sofea, boleh panggil Erina je" balas Erina sedikit ramah. Takkanlah dia nak tunjuk perangai firaun i don't care dia pulak tu. Rasanya ada eloknya dia berpura tak mati pun.
Sara pantas mencuit lengan lelaki disebelahnya yang nampak sedang berkhayal. Ehh mamat ni nampak perempuan terus berangan.Dasar lelaki pantang nampak yang cantik.
"Ehh, hai saya, Izz Haykal atau panggil Izz jer " ucapnya dalam nada yang boleh diketegorikan sangat lembut dan terdengar sedap dianak telinga. Nampak manis senyuman Izz Haykal hadiahkan pada Erina kerana setiap senyumannya akan dilengkapkan dengan lesung pipit yang menghiasi dipipi kiri dan kanannya. Kelihatan sangat indah dimata sesiapa sahaja yang memandang.
Erina tersenyum tanpa sedar. Wajah Sara dan Izz Haikal dipandang silih berganti. Ada kegembiraan yang terselit disitu kerana melihat mereka berdua.
"Sorrylah Erina, kami nak balik ni, ada hal sekejap, nanti esok jumpa dalam kelas, semoga kita dapat jadi kawan baik nanti." kata Sara meminta diri apabila terpandang jam di dinding yang berhampiran dengan mereka. Izz Haykal yang baru teringat akan sesuatu terus menepuk dahi.
"Ya allah, kita dah lambat ni Sara, bye Erina, harap boleh berjumpa lagi " katanya pantas menarik lengan Sara yang berlapik. Macam mana dia boleh lupa dia orang ada hal yang lebih penting.
"Ok, bye" Erina memerhati gelagat mereka yang berlaku. Cemburu Erina melihat keakraban mereka berdua. Muncul juga soalan-soalan difikiran tentang mereka berdua yang macam pasangan kekasih namun pantas diusir kerana dia sebenarnya juga lambat.
Pantas dia berlari. Nasihat lelaki tadi langsung dilupakan. Jangan pandang atas jer bila berjalan, tapi dia bukanlah jenis mendengar nasihat. Makin dilanggar adalah. Baru kau tahu Erina ni kurang makan nasihat. Haha.
Adoh….Erina pantas mempercepatkan langkah menuju ke pintu pagar sekolah. Dia pantas menuju ke kereta Myvi putih milik abang Haq.
"Sorry abang lambat sikit" kata Erina setelah masok melangkah ke dlm kereta tersebut.
"It's okay, jomlah abang nk kerja lepas ni" arah Haq sblm menghidupkn enjin kereta miliknya.Langsung tak meyempat kereta itu meluncur laju. Kan dan cakap abangnya meman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience