Izz Haykal pantas menutup lampu ruang tamu setelah mendengar bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Dia bersembunyi disebalik sebuah sofa besar diruang tamu.Disitu ada dia, Si adiknya, Sara dan pembantu rumah yg lain. Terhendap- hendap mereka layak seorang pencuri.
Sebaik pintu dibuka terdengar dua suara yg asyik berbual tanpa diketahui ada mereka yang ingin melakukan surprise.
"Abang dah kenapa gelap gelita je ni, dah macam tak ada orang dalam rumah ni dah, mana pulak anak-anak ni" suara itu menerjah segenap ruang tamu. Timbul kerisauan dihati nya.
"entahlah, manalah budak-budak ni" ucap lelaki yg berada disebelahnya.
1.2.3.......
"Happy anniversary papa mama" Izz, Iman dan Sara serentak mengucapkannya setelah lampu ruang tamu ditekan butang on oleh Puan Munirah. Puan Munirah lantas memeluk suaminya. Alangkah terkejutnya dia dgn jeritan anaknya tadi. Mau dia pengsan akibat terkejut. Dia mengurut dada perlahan-lahan sebelum menjeling manja mereka yang berada diruang tamu. Terselit kegembiraan dalam marahnya. Izz dan Iman terkekeh ketawa.
"Ya allah, anak papa ni" Encik Kamarul separuh terkejut itu mula bersuara. Namun terkejut kerana surprise sekejap sahaja kalau dibandingkan dengan kelupaan dia dengan ulang tahun perkahwinan mereka pada hari ini. Wajah Munirah yang tersenyum dipandang dengan penuh rasa serba salah.
Ya allah, macam mana dia boleh lupa bahawa hari ini merupakan anniversary pernikahan mereka yg ke 25 tahun. Banyak sangat kerja sampai dia boleh lupa hari ini merupakan hari bahagia dia bersama Munirah.
"Happy aniversary papa,mama, i hope u guys will stay happy forever" ucap Iman Qistina dengan comel sekali. Iman Qistina merupakan anak bongsu kepada Kamrul dan Munirah yang berusia 10 tahun. Wajah yang teramat comel sangat menarik minat sesiapa. Mata bundar dan kulit putih gebu membuatkan dia semakin menarik untuk dipandang.
"Terima kasih anak-anak mama, mama tak sangka korang buat semua ni untuk papa dan mama, mama pun boleh lupa hari ni hari bahagia papa dan mama" ucap Puan Munirah terharu. Air mata yg merembes keluar diseka seketika. Terharu dia dengan usaha anak-anaknya dalam merayakan ulang tahun mereka berdua. Tiada kata mampu diucapkan melain rasa syukur kerana dikurniakan anak yang taat dan memahami.
"Tak ada hal lah mama, jangan sedih ya, kami tahu mesti Mama dan Papa lupa sebab sibuk kan? tu sebab kami buat suprise untuk mama." kata Sara lalu memeluk Munirah erat. Tanpa kata pelukan itu dibalas oleh Puan Munirah. Rambut panjang Sara dibelai lembut. Dua orang pembantu rumah yang menyaksikan tersenyum bahagia. Kak Sai dan Mak Cik Zainab yang sudah bekerja selama 10 tahun sudah dianggap seperti keluarga sendiri.
"Betul tu ma, pa kami bertiga yang rancang seamua ni, kmi nak buat papa dengan mama happy" Izz tersenyum berbicara. Tubuh sasa papa dipeluk olehnya dan begitu juga adiknya Iman.
"Ya allah, terima kasih sebab kurniakan aku anak-anak yg baik" ucap Puan Munirah syukur.
"Ehh ! papa mama cepatlah tiup lilin kek tu, dah nak cair dah" rungut Iman apabila melihat kek Red Velvet. Lilin semakin mencair. Tambahan dia sudah sabar nak makan memandangkan dia merupakan pengemar kepada makanan manis. Kalut Puan Munirah dan Encik Kamarul menghampiri meja yang dipenuhi pelbagai makanan yang telah disediakan oleh dua orang pembantu rumah.
"Masyallah,papa dan mama pergi cepat tiup lilin tu "Giliran Sara pulak yang menggelabah.
****
Haq pantas menyuapkan nasi goreng yang telah dimasak oleh adiknya ke dlm mulut. Nasi goreng cina masakan adik perempuannya memang sedap sehingga dia boleh melantak sebanyak dua pinggan. Erina yg sedang melihat abangnya makan terasa dia pulak yang kekenyangan. Walaupun Haq Hakimi seorang yang kuat makan namun physical boleh dikategori agak fit. Mungkin disebabkan faktor kerja yang tidak teratur membuatkan dia jarang naik berat badan. Haq seorang yang putih dan mempunyai tinggi yang agak sesuai untuk seorang lelaki. Berwajah polos dan mempunyai personality yang introvert namun cukup berbakat.
"abang ni makan mcm lah ada orang nk ambil makanan dia, behave sikit makan kalau makan boleh tak?" kata Erina lalu menuangkan air kepad abangya yg seseorang itu.Satu-satunya keluarga yang dia ada.
"Sedaplah adik masak, sebijik macam arwah ibu masak" kata Abang Haq tanpa sedar dia sedang mengungkit kisah ibu mereka. Erina hanya mampu tersenyum mendengar katanya. Ibu? Erina rindu ibu. Tapi Erina tahu ibu mesti rindukan Erina jugak. Terselit kesedihan disebalik mata yang ralit memandang ibunya.
Abang Haq yg rasa dirinya telah tersilap kata kerana mula mengungkit kisah arwah ibu dan bapa mereka menunjuk rasa serba salah. Wajah adiknya yang tenang itu dipandang redup. Sebelum dia mengubah suasana hiba menjadi lebih natural untuk menghilangkan perasaan yang mengusik jiwa.
"Betul lah adik, abang tak tipu, adik boleh jadi Chef lau macam ni" Seloroh Abang Haq sambil mengusap kepala Erina lembut.
"yelah tu,terima kasih" ucap Erina pendek sambil membuat rolling eyes.
"So how study Erina best tak?" tanya Athia dihujung telefon.
"Sepatutnya aku yag tanya dia New Zealand best ni tak? tak ni dia pulak yang tanya aku dekat Malaysia. Memanglah rasa dia biasa-biase je" kata Erina. Terdengar ketawa halus dihujung telefon.
"oklah so far so good,tapi tak best macam kau lah,jauh dekat sana, mesti tmpt cantik" Erina lagi membayangkan tempat yang cantik di New Zealand. Memang impiannya ingin sampai ke bumi british itu, tapi apakan daya tiada rezeki. Mungkin lain kali.
"Amboi macam tak semangat je, mesti bestkan dekat sana, mesti jumpa ramai kawan, macam aku ni susah nak cari kawan,aku rindu kau......" luah Athia sedih. Yalah, dekat New Zealand berapa kerat sangat orang Malaysia yang dia jumpa. Boleh kira dgn jari lagi kalau nk hitung.
"Aku pun rindu kau....." luah Erina.Dia dan Athia memang rapat sejak dari tingkatan 1 lagi sampailah sekaarng. Sampailah Athia membuat keputusan utk sambung belajar di luar negara .
"Kalau kau ada sekalikan lagi best" luah Athia sedih. Dia ingin sekali bersama dgn bestfriend forevernya tapi Erina tak nak. Kalau disebabkan duit,tak menjadi masalah kerana biasiswakan ada, tapi sahabatnya itu tak nak. Mesti tak nak berjauh dgn abangnya.
"Aku ni tak boleh, aku ok je dekat sini walauupn tak ada kawan yang gila-gila macam kau" Erina tersenyum kelat. Ya lebih kepada berpura pura gembira, dia tak nak Athia sedih.
"Yup, kitakan gila-gila tapi kita top student tau, and aku nak cakap something ni, aku ada kenal seorang mamat ni, handsome gila doh" Athia tersengih seperti kerang busuk. Kalau mereka berjumpa mesti sudah aksi drama-drama. HaHa.
"kau jangan nak buat hal, study baru je nak start kau kat sana ,kalau apa-apa jadi siapa nak tolong kau" ujar Erina berbaur risau. Tau sahaja dengan perangai Athia yang mudah terikut-ikut dan cukup hyper. Memang dari sekolah lagi dia dikenali dengan perwatakan yang sangat positif dan agak gila dalam masa yang sama. Kalau dah suka dengan someone habis semua keluar perangai miang keladinya.
"tak lah Erina,aku pandai jaga diri.... aku just cakap aku baru jumpa dia masa belajar dekat sana, dia baik sangat...dahlah handsome..dia banyak tolong aku masa aku uruskan pendaftaran kos dekat sana, You know what muka dia sebijik mcm pelakon syafiq kyle tu" puji Athia melambung. Erina tersenyum.Boleh tahan imaginasi kawannya ni. Kalau depan mata memang dicubit keras pipi sahabatnya. Merapu jer.
"Ye ke, kau ni cepat sangat jatuh cinta... oklah kalau dia selalu tolong kau, mesti dia baikkan... tapi jangan percaya sangat." sambung Erina lagi.
"Kau macam mana pulak, ada tak jumpa crush yang handsome, setahu aku kau ni macam tak ada perasaan je...semua budak lelaki yang dekat sekolah dulu kau tak layan, padahal kau single je.." Athia mula dah nak berdrama. Erina buat muka toya. Bosan dgn soalan yang tak berapa nak cun dan tak berasas. Bila disoalkan Athia begitu terus kejadian siang tadi terimbas diingatannya.
"Kau ni....aku tak reti lah cinta cintun.. aku tak pandai....ya lah aku ada lah jumpa sorang mamat ni, hansome.." puji Erina apabila dia teringat dgn peristiwa tengah hari tadi. Handsome mamat yang tolong dia tadi. tanpa sedar dia tersenyum. Tapi dia dah ada kekasih. Sara.
"Wow ada improvement dah, mesti dia handsome sebab tu kau pujikan, setahu aku Erina Sofea yang aku kenal mana pernah puji lelaki handsome macam ni " teka Athia kerana dia kenal benar dengan perangai sahabatnya.
"Merepek je kau ni...propa sangat" kata Erina sambil mereka bergelak ketawa. Entah bila Erina tertidur sambil berbual dengan Athia. Macam-macam yang mereka ceritakan sehinggakan Erina tertidur.
Share this novel