7 : “ VOICE “

Romance Series 1758

DENGAN kaki bersilang, mata memerhatikan kedua gadis yang sedang duduk membelakanginya. Tangan kanan yang tadi memeluk tubuh, naik menyentuh dahi.

Berat ni. Memang betul-betul berat. Tak pernah Luqman nampak dengan mata kepala sendiri, perempuan bergaduh dengan perempuan.

Lagi menarik, rupanya perempuan melayu di sebelah Jia Lin adalah 'gadis misteri' yang dilihatnya tadi!

Mei Chin meraup wajah. Kedua gadis di hadapannya dipandang bersilih ganti. Liyana dan Jia Lin. Sudah hampir lima bulan mereka digandingkan sebagai Setter dan Spiker, tapi satu habuk pun tak ada untuk wujudkan keserasian antara mereka! Asyik bergaduh, bergaduh dan bergaduh saja!

Kini, perkara yang paling ditakuti berlaku lagi. Aksi tarik rambut, tarik tudung dan pukulan ganas antara keduanya membuatkan Mei Chin hampir sahaja menghembuskan nafas terakhir.

Sempat dikerling Luqman yang duduk di belakang Liyana dan Jia Lin. Bawah bibir digigit. Jatuh sudah saham kelab sendiri! Apalah nasib hari pertama lelaki itu, sehingga perlu menghadap pergaduhan dasyat ini?

"Liyana, Jia Lin. Apa masalah kamu berdua sebenarnya? Both of you already 17 years old but yet you all still perangai macam budak-budak tak matang! Kamu berdua tak malu ke dengan adik-adik junior kamu yang umur 16 tahun semuanya? Tak malu tunjukkan contoh macam ni? Tak malu buat perangai depan Coach baru kat belakang kamu itu?"

Liyana menunduk. Riak wajah masih tidak menunjukkan sebarang penyesalan.

"Madam, I am so sorry madam, but I really cannot go with her playing position as my Setter. Semua set dari dia tak kena dengan timing dan tempo saya!" bersungguh Jia Lin meluahkan pendapat.

Liyana senyum sinis, "Apa kau cakap, moi? Tak kena dengan tempo kau? Eh, kau tahu apa dengan tempo dan timing? Kau tu selalu spike bola sekuat hati kau je. Kau cuma pentingkan kepantasan dan spike yang kuat! Kau tak fikir pun pasal taktik dan ruang kosong pihak lawan yang boleh jadi chance untuk team. Pada kau, as long as bola masuk court lawan, kerja kau settle! Betul tak?"

"So awak nak cakap yang saya ni cuma spike ikut suka saya tanpa berfikir ke?" bengang mula terasa di hati.

"Baguslah kalau dah sedar," sinis Liyana menjawab.

"Saya sedar? What about you, Liyana? All this time awak selalu fikir awak sahaja yang betul dan orang lain salah! Awak jadi 'ratu gelanggang' dengan posisi awak sebagai Setter team! Just now, awak cakap yang saya selalu spike bola kuat, kan? Then what? Awak nak saya perlahankan tempo saya supaya kena dengan timing dan set dari awak? So, bila saya buat macam tu, team akan dapat mata dan menang? Itu ke yang awak fikir?"

"Aku fikir cara untuk menang, salah ke?"

"Ya, memang salah. Sebab apa yang awak fikir hanyalah kemenangan untuk diri sendiri, bukan untuk team,"

Senyum senget Liyana muncul. Hati mula panas, "Apa yang kau cuba nak cakap sekarang ni?"

Luqman menggumam bibir, Mei Chin pula sudah memandang kedua dengan tahap kepala mahu meletup. Sudah berapa minit dia dan Luqman menjadi penonton 'drama' tersebut.

"Ego. Awak terlalu ego dan selfish," tajam pandangan Jia Lin.

Hujung bibir digigit, tangan dikepal. "Aku ego?"

"Yes, dan team tak perlukan Setter yang ego macam awak,"

Mei chin hela nafas perlahan. Ok, time out! Masa untuk hentikan drama. "Girls-"

"AHHH!"

Membulat mata Mei Chin dan Luqman apabila Liyana dengan selamba menarik kasar rambut Jia Lin. Gadis yang terjerit kesakitan itu juga tidak mahu mengalah! Ditariknya pula tudung sarung hitam Liyana. Sudahnya, berlaku episod pergaduhan kedua!

"Kau fikir kau bagus sangat ke, hah?!"

"Awak fikir semua orang suka awak ke?! Ramailah yang kutuk awak!"

"Oh gitu? Jadi ketuanya mesti kaulah kan?!"

"Ahh! Lepaslah!"

"Kaulah lepas tudung aku!"

"Ahh!"

"This girls!" Mei Chin terus bangun dari kerusi dan mendapatkan mereka berdua. Sedaya upaya cuba dileraikan pergaduhan dua anak buahnya.

Luqman awal-awal sudah berdiri. Cumanya tidak tahu harus bereaksi apa. Sudah tentu yang bergaduh itu perempuan. Mahu meleraikan, pasti perlu ditarik tubuh salah seorang dari mereka. Tidak sopan pula rasanya jika menyentuh kaum hawa.

Namun, melihat Mei Chin yang berkerut, akhirnya Luqman datang hulur bantuan. Dengan kudrat lelakinya, kedua lengan Liyana yang berlapik terus ditarik lalu dikunci di belakang tubuh gadis itu, ibarat tingkah mahu menggari seorang banduan.

"Kau memang tak puas hati dengan aku kan?!" walau kedua tangan sudah dikunci Luqman, Liyana masih tidak menghentikan 'perang mulutnya'.

"Buat apa saya nak puas hati dengan orang yang pentingkan diri sendiri?! Semua nak diri sendiri je betul! Baik awak main sorang-sorang!" Jia Lin juga tidak mahu mengalah walau rambut sudah serabai.

"Liyana! Jia Lin! Stop it-lah both of you!" Mei Chin tidak putus asa menghentikan keduanya. Jikalau tingkah Liyana dikawal oleh Luqman, dia pula sedang mengawal tingkah Jia Lin.

Mei Chin memandang Luqman, memberi isyarat mata supaya membawa Liyana keluar.

"Eh budak, kita keluar," Luqman cuba mendorong tubuh Liyana.

"Tak naklah!" Liyana cuba melepaskan diri namun kudratnya tidak mampu melawan tenaga seorang lelaki.

"Liyana! Madam dah called your mom!"

Spontan kaku terus tubuh Liyana. Bawah bibir digigit, nafas dihela. "Madam, kan Yana dah beritahu apa-apa jadi kat sini, jangan call-"

"Dan rasanya Madam pun dah beritahu jangan bergaduh lagi, kan?" tajam dan serius pandangan Mei Chin pada Liyana. Luqman hanya diam memerhati.

Liyana diam.

"Now, off you go,"

Liyana mendengus geram. Ditarik kasar tangannya yang dikunci Luqman. Sengaja pintu dihempas kuat tatkala melangkah keluar.

Luqman terkebil. Jia Lin pula menggeleng. Sudah masak dengan perangai Liyana.

"Luqman, Madam minta tolong tengokkan Liyana sampai her mom datang jemput, ya? Im worry about her," pinta Mei Chin. Walau marah, dia sentiasa risaukan keadaan Liyana. Apatah lagi dengan perangainya itu.

Luqman angguk dengan senyuman kecil. Segera langkah diatur keluar.

Mei Chin melepaskan keluhan perlahan. Serba salah sebenarnya dengan Luqman. Di hari pertama, terjadi pula kes sebegini. Riak wajah Luqman juga jelas agak terkejut dan terpinga dengan apa yang berlaku.

Jia Lin pandang Mei Chin takut-takut.

"Why you looking me like that? Jangan ingat boleh lepas, ya. If for Liyana, I called her mom, you pula I sudah called your brother!"

"Madam!"

* * * * *

PANDANGAN meliar mencari kelibat Liyana. Tidak sampai dua minit keluar dari bilik Mei Chin dan kini kelibat Liyana hilang tanpa jejak. Rambut diramas.

"Aduhai budak ni, mana pulak dia menghilang? Takkan terbang?"

Bunyi telefon menarik perhatian Luqman. Segera pandangan dihala ke arah bunyi telefon tersebut. Tiba di sebalik dinding, nafas lega dihela. Kelibat gadis yang dicari rupanya ada di situ. Dan telefon yang berbunyi tadi adalah telefonnya.

"No, you no need to come! Kita bincang kat Kafe je. Yana nak balik terus dah ni,"

Luqman menghampiri. Liyana yang berdiri membelakanginya, membuatkan kehadirannya tidak disedari. Sempat juga kepala analisis setiap perkataan yang keluar dari mulut Liyana. Antaranya, kafe. Jadi keluarga Liyana ini ada kafe sendiri?

"Yes, yes, Yana tahu, nanti Yana ceritalah semuanya. Ya, Yana terus balik. Tak payah ri-"

Tiba-tiba, telefon Liyana diambil Luqman. Tersentak gadis itu. Ditoleh. Belum sempat mulut mahu 'memaki', Luqman terlebih dahulu membuat isyarat supaya senyap.

Telefon Liyana didekatkan di telinga. "Hello, puan?"

"Hello? Siapa awak? Kenapa suara lelaki pula ni? Awak buat apa dengan anak saya?"

Dahu Luqman berkerut. Kalut sungguh suaranya. Mungkin inilah gaya seorang ibu. Risau tak bertempat. Sempat Luqman memandang Liyana. Gadis itu hanya mengangkat bahu.

"Puan, puan jangan risau. Saya Coach baru Liyana. Pasal Liyana ni, nanti saya hantar dia balik ke kafe Puan. Saya juga akan jelaskan apa yang telah jadi, kat kafe nanti. Apa-apa puan boleh rujuk pada Madam Mei Chin."

"Ah, baiklah kalau macam tu. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak ya hantarkan anak saya. Minta maaf sebab susahkan,"

Senyum kecil Luqman muncul. Entah kenapa suara ibu kepada Liyana ini tidak kedengaran seperti suara seorang wanita, sebaliknya lebih kepada suara seorang gadis. Sekali lagi wajah Liyana dikerling. Adakah ibu Liyana ini masih muda?

Liyana pula sudah terjongket kening. Dah kenapa senyum-senyum? Stok mamat miang ke apa dia ni?

"Sama-sama, puan. Saya minta izin temankan anak puan pulang, ya,"

Liyana mencebik. Berlagak nak minta izin pula!

"Baiklah, lagi sekali, terima kasih. Assalammualaikum,"

"Wa'alaikumussalam," panggilan dimatikan.

"Dah dengar, kan? Dah, jom, chaw." telefon dihulur kembali kepada Liyana.

Liyana hela nafas. Malas mahu bertekak, telefon terus disambut kasar. Langkah diatur membututi Luqman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience