DHIA menilik jam di tangan. Bibir bawah digigit. Masak! Sekarang dah pukul 4.40 petang. Mesti Kafe sedang 'diserbu'. Pantas stereng dipusing, memasuki jalan kecil belakang Kafe Ilmu. Kereta Honda Jazz dipakir di bangsal yang dibina khas bagi melindung keretanya.
Segala barang di tempat duduk belakang dikeluarkan. Ada lima plastik kesemuanya. Mujurlah barang bersaiz kecil-kecil sahaja. Kalau besar seperti beras, angkat pakai kaki lah ceritanya!
"Moccha please!"
"Caramel Macchiato and two slices of lemon cake!"
"White and black coffee! Take Away!"
"Cappucino! Tapau!"
Terbeliak mata melihat keadaan di Kafe. Sempat menjengah di bahagian kaunter, kalut habis Victor, Jin Thong dan dua orang pekerja part-time uruskan para pelanggan. Lebih-lebih lagi yang berada di luar kafe.
Tapi di dalam kafe juga lebih kurang sama saja! Semua meja sudah dipenuhi pelanggan yang datang melepak. Inilah yang berlaku jika sebuah mini library disatukan bersama sebuah kafe. Memang akan jadi port lepak semua generasi!
Kafe Ilmu, bukan saja-saja dinamakan seperti itu. Disebabkan owner memang ulat buku sejak lahir, maka tercetuslah idea untuk membuka kafe di mana ada mini library di dalamnya.
Semua pelanggan yang hadir boleh duduk 'mengopi' sambil membaca buku, novel serta surat khabar yang disediakan. Sangat sesuai untuk rejama yang ingin melakukan study group! Bukan itu sahaja, dua buah TV turut disediakan. Biasanya ia menjadi 'sasaran' bagi golongan kanan-kanak kecil untuk menonton kartun.
Baru cerita tingkat satu. Belum tingkat tiga ya!
Tingkat tiga, atau rooftop adalah bahagian yang paling digemari oleh pengunjung Kafe Ilmu. Di situ ada disediakan tempat 'OOTD' yang cantik. Ada sebuah taman mini yang dipenuhi dengan pelbagai tamanan bunga.
Selain dijadikan 'pusat OOTD', ia merupakan tumpuan para remaja untuk melepak kerana kedamaian angin di petang hari, dan cahaya lampu yang cantik pada malam hari.
Kreatif? Memang kreatif. Berkat idea kreatif inilah yang menjadikan Kafe Ilmu cukup terkenal di Batu Pahat.
Tingkat dua? Oh, tingkat dua itu rumah Dhia. Tangga yang dibina di dalam Kafe Santai akan terus membawa pelanggan ke tingkat tiga manakala tangga ke tingkat dua pula tersorok di bahagian belakang kafe.
Barang yang dipunggah diletak di tepi. Segera Dhia menyarung apron dan sarung tangan hitam. Sempat betulkan awning tudung bawal sebelum kaki didaki laju ke tingkat tiga.
Sekali lagi mata terbeliak melihat suasana di rooftop. Mata menangkap pula kelibat si Qayyum yang tenang membru kopi para pelanggan. Senyuman muncul di bibir. Qayyum memang boleh diharap!
"Petang, Kak D." sapa Faris, salah seorang part-time yang bertugas sebagai barista di rooftop.
Qayyum menoleh sekilas tanpa riak. Tumpuan dialihkan semula kepada Espresso Machine.
"Hey my boy! Busy nampak?" tegur Dhia dengan senyuman. Mata kemudian melihat tab yang ada di kaunter, memeriksa pesanan seterusnya.
Itulah Lidhia. Mulut bergerak, tangan pun perlu bergerak. Lincah tangan kanan mencapai balang kopi, ingin menyediakan pesanan seterusnya, iaitu Moccha.
Senyuman kecil menghias bibir Qayyum. Tangan masih lincah meneruskan menyediakan Espresso.
"Got my cheese?"
"Em, unfortunely not. Sold out again," Bukan habis, tapi sebenarnya Dhia mengalah pada isteri Baddrol. Tidak sampai hati pula melihat wajah wanita yang sepeti mengharap itu.
"Alah, Kak D!" baik tadi sedang fokus, kini terus pandangan dialih pada Dhia. Punah harapan mahu melakukan 'projek' di dapur malam ini!
Dhia tertawa kecil. Mata masih pada tingkahnya dalam menyediakan Moccha. "Kidding je lah! Sanggup tau Kak D pergi pusing kedai lain semata untuk awak punya cheese tu?"
Barulah senyuman si tampan Qayyum muncul semula.
"Homework banyak tak? Kalau banyak, malam ni tak payah nak 'berprojek-projek'. Siapkan homework tu dulu. Esok lusa boleh 'perang' balik kat dapur,"
"Dah siapkanlah tadi kat sekolah. Tunggu Yana tak keluar kelas lagi tu yang terus siapkan. Lagipun, esok kan cuti," tenang Qayyum menjawab. Tangan menekan butang di mesin Espresso setelah selesai proses tamping, dan air mula mengalir keluar dari corong mesin.
"Bagus betul my son, ni. Esok cuti pun homework dah siap dulu," puji Dhia, tersenyum.
Qayyum diam tidak membalas. Kopi yang telah siap dibru diletak di atas meja kaunter. Loceng ditekan, "26. Espresso!"
Muncul seorang wanita di kaunter. Cebisan kadbod kecil yang tertulis angka '26' dihulur pada Qayyum, lalu Espresso yang dipesan diambil setelah mengucap terima kasih.
"D," Qayyum mengeluarkan sesuatu dari bakul yang ada di sisi.
"Yes?" tenang Dhia menoleh.
Sebuah coklat Cadbury besar dihulur Qayyum.
Dhia menghela nafas, "Again?"
"Your fav."
"Bila beli ni?"
"Masa balik sekolah,"
Lambat-lambat Dhia menyambut huluran coklat Qayyum. "Why you keep giving me this chocolate, Qayyum?"
"Sebab Qayyum masih percaya pada cerita Kak D tentang peminat rahsia 'NF' yang selalu bagi Kak D coklat ni masa sekolah dulu,"
"Tapi kenapa dan untuk apa? Itu semua cerita lama, Qayyum. I don't even know who 'NF' is .., and cerita tu macam kisah monyet! Kak D tak faham kenapa Qayyum 'obses' sangat dengan 'NF' tu," lama Dhia memandang Qayyum. Lelaki berusia 17 tahun itu masih tenang tanpa senyuman atau sebarang riak di wajah.
"He could be your man, Kak D. Qayyum percaya one day Kak D akan jumpa dengan dia. Boleh jadi esok, boleh jadi lusa. Kita tak akan pernah tahu,"
"Qay-" Dhia hela nafas apabila Qayyum terus berlalu sebelum sempat dia membalas. Cadbury yang ada di tangan dipandang.
'NF'. Siapa kau sebenarnya?
F L A S H B A C K : 11 TAHUN LALU
HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN,
TAMAT MENJAWAB KERTAS TERAKHIR SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM),
2010.
"THERE you go, Dhia. Chocolate from secret admirer on our last day of schooling!" Tasha mengusik.
Dhia hela nafas berat. Coklat di kocek beg diambil dan dipandang lama.
"Coklat yang ke berapa dah tu?" Tasha mengambil beg. Kaki menapak mendekati sahabatnya.
"Dua belas lah kot," Dhia mengangkat bahu. Selama tiga bulan, ada sahaja coklat yang diletakkan di kocek beg, sama seperti tadi. Setiap minggu pasti ada satu. Coklat Cadbury kesukaannya. Saiz paling besar.
"Kau masih tak boleh syak ke siapa yang bagi kau coklat ni? Tak seram ke kalau dah sampai tiga bulan dapat coklat berterusan?" Tasha meggaru pipi.
Kadang hairan juga. Setahunya, selama lima tahun berkawan dengan Dhia, minah ini jenis introvert. Banyak habiskan masa dengan buku dan terperuk dalam perpustakaan. Berbual, bercampur dengan orang lain, memang jarang sekali.
Dhia ini budak kelas pandai dan pendiam. Siapa sahaja yang berani nak mulakan langkah menegur? Tapi, tidak mustahil juga jika Dhia ada peminat. Sebabnya, walaupun tubuh Dhia berisi, hakikatnya, Dhia cantik.
Tambahan lagi apabila bentuk wajahnya yang tidak 'bulat' seperti tubuhnya. Memiliki bentuk wajah lonjong atau panjang, menjadi kelebihan buat Dhia.
Berkulit putih kemerahan, kening hitam agak tebal, mata besar dan bulu mata melentik. Hidung sahaja tidak mancung, tapi tidak juga terlalu kembang. Comel seperti hidung jelitawan korea.
Paling win, lesung pipit di pipi kanan paling dalam punya lekuk! Tapi itulah, Dhia ni RABUN! Terlindung sudah segala anugerah itu dengan cermin mata petak!
"Jenuh aku fikir. Tapi, aku memang tak ada kawan yang nama mula dari 'N' atau 'F'. Semua coklat yang dia bagi, mesti ada tulis 'NF' kat belakang, Macam ni lah," lama Dhia memandang huruf 'NF' yang ditulis dengan marker hitam bermata halus.
Tasha mengeluh perlahan, badan disandarkan di dinding, "Peliknya, dia masih tak tunjukkan diri dia walaupun hari ni hari terakhir kau sekolah? Itu yang buat aku fikir apa motif dia bagi coklat ni kalau dia tak nak jumpa kau? Kira macam 'sedekah jariah' tiap minggu ke apa?"
"Entahlah, aku malas lah nak fikir. Tengah badmood ni soalan Ekonomi tadi ajak 'gurau'," balas Dhia acuh tak acuh. Coklat itu dikoyakkan balutannya.
"Hah, kau tu! Acah jual mahal, tapi masuk mulut juga! Macam mana nak kurus?" menggeleng Tasha memerhatikan tingkah Dhia yang ingin menikmati 'coklat misteri' tersebut.
"Aku memang tak oleh go kalau coklat tengah cair macam ni. Kau pun tahu aku tak suka coklat keras, tak nikmat rasanya macam masa dia cair,"
Tasha menggeleng lagi. Aduhai sahabat! Muka sahaja cantik. Tapi tak pernah fikir nak cantikkan badan sendiri. Kaalau dijaga dari sekarang, payah nanti orang nak buat bini!
"Kau tak payah nak mengumpat aku dalam hatilah, Ca. Nanti aku kuruslah. Tak esok, lusa. Tak lusa, tulat," selamba Dhia membuat janji yang tak boleh pakai.
"Hah! Dah lima tahun aku dengar ayat yang sama!"
E N D - O F - F L A S H B A C K
Sebuah keluhan berat dilepaskan. Sebelas tahun lepas punya cerita, masih mentah lagi. Entah apa yang Qayyum harap sangat pada cerita itu langsung Dha tidak mengerti. Terkadang ada juga rasa menyesal ceritakan kisah itu pada Qayyum dan Liyana.
Tapi siapa yang dapat menolak takdir? Siapa dapat menjangka apa yang bakal berlaku? Siapa juga sangka yang akhirnya Si Kembar itu..,
Dhia memandang Qayyum. Budak itu sedang tenang mengelap meja yang kosong. Helaan berat keluar lagi dari mulut.
"Qayyum masih rasa serba salah pada Kak D ke? Berapa ribu kali Kak D cakap Kak D happy dengan life Kak D sekarang pun, Qayyum masih tetap tak percaya, kan? Sebab tu Qayyum masih bagi Kak D coklat ni,"
Seketika kemudian, Dhia terkaku, melihat Qayyum yang tiba-tiba berhenti mengelap. Tangan kiri Qayyum menyentuh bahagian dada. Dahinya juga berkerut.
Qayyum mengangkat wajah. Saat melihat Dhia, terus sahaja dia berpaling lalu beredar. Jelas mahu mengelak dari Dhia.
"Qayyum..," Dhia mengeluh perlahan. Wajah diraup.
Share this novel