5 : “ CHANGE “

Romance Series 1758

TIKET bas 'Pahang-Johor' dipandang. Satu keluhan berat dilepaskan. Tubuh disandarkan di kerusi. Sambil menunggu waktu bertolak, pandangan dihala pada orang ramai yang ada di stesen bas.

Batu Pahat, Johor. Apa yang ada di negeri Selatan Malaysia itu? Orang yang dikenali juga tiada. Sedara-mara? Mungkin ada, tetapi tidaklah serapat mana. Berjumpa pun setahun sekali, semasa raya Aidilfitri.

Jadi, kenapa tiket ini boleh ada di tangan? Ini semua kerja si abang bertuah.

F L A S H B A C K : PETANG, SEMALAM.

AMSYAR baru mahu mengunci bengkel tatkala menyedari kelibat si adik, sedang berdiri sambil memandang kosong ke arahnya.

"Nak balik dah ke?" senada suara Luqman bertanya.

Amsyar hela nafas perlahan. Seharian adiknya itu tidak dapat dihubungi. "Tunggu kat kereta,"

Luqman akur tidak membantah. Langkah dihala ke kereta Proton X50 milik Amsyar. Namun tidak memasuki perut kereta, hanya bersandar di bonet hadapan. Memandang langit oren indah ciptaan-NYA.

Amsyar meletakkan beg di tempat duduk belakang. Melihat Luqman yang asyik menikmati permandangan senja, keluhan sekali lagi dilepaskan. Kakinya menapak ke tempat si adik, lalu tubuh disandarkan sambil kedua tangan naik memeluk tubuh.

"Ok ke 'koyak' ni?" si abang memulakan bicara, bertanya walhal yakin si adik pasti 'koyak' habis bila Arshad buat keputusan untuk terima tawaran tersebut.

"Bang, aku rasa nak berhenti main bola tampar," pandangan Luqman masih ditumpu ke hadapan.

"Jadi kau pilih 'mati'?" si abang juga tenang membalas.

Dahi Luqman berkerut. Barulah abangnya dipandang.

"Kau kata bola tampar ni 'hidup' kau. Jadi, kalau kau nak berhenti, maksudnya kau 'mati',"

"It took me years, bro. Bertahun nak dapatkan keserasian macam aku dengan si tak guna Acad tu. Aku tak boleh nak mulakan balik dengan orang lain. Lagi-lagi bila Acad buat aku macam ni,"

Amsyar hela nafas. Luqman dipandang. "Jangan berhenti, tapi berehat,"

"Berehat?"

"Tadi aku jumpa member lama aku. Mei Chin. Kau kenal, kan?"

Agak bersaat Luqman diam, mengingati nama tersebut sebelum keningnya terjongket. "Sebaya kau, kan? Masa kau main bola tampar untuk sekolah dulu, dia pun wakil tapi untuk team perempuan,"

Amsyar angguk.

"Pastu? Apa kena mengena dengan Mei Chin?" wajah tenang Amsyar masih dipandang.

"Mei Chin ada buka kelab bola tampar untuk Under 18. Tapi girls lah. Kebetulan dia tengah cari pembantu jurulatih baru untuk gantikan yang lama sebab orang tu nak berhenti dah,"

"Sementara katanya, sebab dia memang dah ada calon, tapi calonnya tu ada masalah, boleh ke sana after 3 months. So, nak dijadikan cerita, dia sekarang ni perlukan pembantu jurulatih sementara untuk tiga bulan,"

"Then, kau nak aku ke sana? Jadi jurulatih budak-budak?" sinis Luqman membalas.

"Under 18, Man. Bukannya budak-budak kecil pun. Dah besar. Kau jangan pandang rendah, entah-entah diaorang lagi power dari kau," Amsyar cuba menyakinkan si adik.

"Tapi itu kelab PEREMPUAN, bro. Kau agak-agak ah nak aku 'seketul' jantan kat sana,"

Amsyar tertawa kecil. Walaupun rupa si adik seperti bengang, tapi kata-kata tadi kedengaran lucu.

"Ada lagilah pekerja dia lelaki. Mei Chin tu ketua kelab, tapi bawah dia ramai pekerja lelaki dengan perempuan. Cuma dia kurang pembantu jurulatih yang berpengalaman dalam bola tampar je,"

"Ada juga dia tanya pasal kau tadi. Sebab dia tahu kau ada join kelab volleyball kat sekolah dulu and pernah nampak kau main. Cumanya, dia lupa yang kau ni sekarang pemain Pahang." panjang lebar Amsyar menjelaskan.

Luqman diam. Seperti tiada minat pada cerita itu. Hatinya seakan sudah 'tawar' dengan bola tampar.

"Pergi, Man."

"Tak nak,"

"Aku dah belikan tiket bas, bertolak besok pagi,"

"Kepala hotak kau!"

"Lagi satu," Amsyar kini bertukar serius.

"Apa lagi Ya Allah kau ni?!"

"Jangan merokok. Kau kata kau benci, kan?"

E N D - O F - F L A S H B A C K

SENYUMAN sinis muncul. Tak guna punya abang. Siap kata tak payah risau pasal duit lagi. Entah apa yang istimewa sangat kelab itu sampaikan beria segala.

"Paling lama, kau akan digantung tiga bulan. Dalam masa tu, kau fikirlah cara untuk tebus keputusan paling bodoh kau pernah buat ni. Aku tahu, lepas tiga bulan nanti, aku jumpa Luqman yang baru, Luqman yang positif,"

Tiket di tangan dipandang semula. Nafas dihela.

"Mari kita tengok macam mana Batu Pahat boleh ubah aku jadi 'Luqman positif', dalam masa tiga bulan,"

* * * * *

BUNYI tapak kasut sukan yang begitu sebati menarik pandangan Liyana. Kenal dengan bunyi tapak kasut sukan khas untuk sukan bola tampar.

"Why with that 'happy face', huh? Something good happened ke?" tegur Liyana, lalu kembali meneruskan aktiviti digging bola ke dinding.

Mei Chin senyum lebar. "Not happened, but going to be happen,"

Kening Liyana terjongket. Mata dan tangan masih ditumpu pada bola yang berulang melantun dari dinding.

"He's coming here, Yana!"

"He? Siapa?"

Mei Chin menggumam mulut. "Your new Coach!"

Serentak Liyana menangkap bola yang melantun, seraya berhenti dari aktiviti digging. Wajah ceria Mei Chin dipandang. "What?"

"That one yang Madam cakap itulah!"

Dahi Liyana berkerut, "Oh, yang Madam kalau boleh nak adik kepada kawan Madam tu jadi Coach sementara kitaorang?"

Jari dipetik, "Clever girl!"

Liyana senyum kecil. Aktiviti digging diteruskan. "Macam mana dia boleh terima?"

"Itu Madam tak tahu. My friend called me yesterday and he said that his brother berehat panjang. Madam pun malas nak banyak tanya so I accept jelah dengan tangan terbuka. Macam pepatah orang melayu, rezeki jangan ditolak!"

"Let see if he is going to be okay with me," senyuman sinis Liyana muncul.

"Liyana!" Mei Chin sudah bercekak pinggang. Geram dengan perangai anak teman baiknya.

"Chaw, nak pergi siapkan court. Kejap lagi budak-budak sampai," Liyana mula melangkah, selamba.

"Liyana!"

Liyana buat tak dengar.

"Qayyum!"

Langkah Liyana terhenti. Mendengar nama si adik kembar, terus dia menoleh.

Mei Chin hela nafas. Dari bercekak pinggang, kedua tangan jatuh ke sisi.

"I saw Qayyum yesterday's night. Walking alone,"

Liyana telan air liur. "Normal lah tu. Dia kan tak suka campur orang," jawapan sekadar mahu menyedapkan hati sendiri.

"Bukan itu yang Madam kisahkan,"

Liyana mula debar.

"Dia jalan perlahan, Yana. And he KEEPS touching his heart,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience