"HAAA.,, finally, bernafas." Victor mendepakan kedua tangan setelah duduk di kerusi kayu.
Jin Thong tersenyum. Sempat mengerling Victor, rakan sekerjanya yang berbangsa india. "Baru pukul dua petang kau sudah 'pancit' ke? Come on, bro! pukul 4 nanti kita lagi 'terbakar' tau!"
Victor menoleh pada Jin Thong. Ada sebuah tingkap comel yang memisahkan bahagian dalam dengan bahagian luar kafe. Tingkap itu biasa menjadi tumpuan bagi orang yang 'rushing'. Contoh, orang yang sudah lewat ke office tetapi masih ingin sesuatu untuk memanaskan tekak. Maka, pilihan mereka adalah Coffee!
"Aku iya lah terbakar dengan kulit gelap macam ni, kau mana ada! Muka hari-hari macam celup 'kapur'! Putih je!"
Jin Thong ketawa lucu. Kedengaran seperti merajuk, tapi dia tahu Victor hanya bergurau. Lelaki berbangsa india itu sudah menjadi temannya selama bekerja sebagai barista di Kafe Ilmu ini. Usia mereka sebaya, sama-sama dua puluh tahun.
Victor sudah menjadi barista di Kafe Ilmu selama dua tahun bekerja, manakala Jin Thong baru setahun. Itupun tidak sepenuhnya satu tahun kerana hanya pada cuti semester sahaja dia akan menyumbangkan khidmat sebagai pembantu kepada Victor.
"Oi, Tong," dengar seperti sedikit biadap, tapi Victor suka memanggil Jin Thong seperti itu. Peliknya, Jin Thong juga seperti sudah sebati dan akhirnya, ikut 'tenggelam' dengan panggilan 'tong' tersebut.
"Iya," sahut Jin Thong. Tangan masih lincah mencuci cawan kopi di sinki.
"Kau rasa kan, Tong, Kak D dah jumpa pengganti kau belum? Sebab 'masak-lah' aku kalau kau blah lepas sebulan ni,"
Jin Thong angkat bahu, "Itulah, aku pun ada fikir juga. Mungkin calon ada, tapi yang mahu jadi barista itu tak banyaklah. Aku ni nak belajar dari kau pun ambil masa dua minggu baru ok. Ingat senang ke nak jadi Barista?"
Victor angguk setuju. "Tahu tak apa. Kau pun kadang 'ting-tong' jugak! Lagi 'KO' dari anak kembar Kak D."
Jin Thong ketawa kecil, "Eh, si kembar itu kau tak payahlah nak banding-bandingkan dengan aku. Mereka lagi pro ok dari kau! Anak lady boss kot!"
Victor ketawa sinis. "Memanglah anak lady boss, tapi masalahnya budak-budak tu baru 17 tahun, Tong! Aku rasa hina tau, bila budak-budak tu tegur silap aku masa buat kopi,"
Kali ini Jin Thong gelak kuat. Rasa terhibur bila teringat masa mula-mula dia bekerja dulu. Punya berlagak Victor ajarnya itu dan ini, sekali ada yang silap! Santai sahaja si kembar, merangkap anak Lady Boss mereka menegur kesilapan Victor. Mesti Victor rasa sangat hina masa tu!
Victor mencebik. Suka betul gelakkan orang si apek ini! Tapi apa boleh buat, dah nama pun anak bos, mestilah kena paling 'pro' dari yang lain.
Menyampah-menyampah pun, tidaklah Victor benci si kembar itu. Walaupun mereka annoying, tapi hati baik dan rajn. Tidak pernah bersikap seperti anak raja. Bila pelanggan ramai, si kembar dan lady boss sama-sama turun padang.
Lady boss juga sangat baik. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Malah, cantik rupawan!
Tin! Tin!
Serentak Victor dan Jin Thong menoleh. Melihat kereta yang cukup dikenali, senyuman keduanya muncul. Victor bangun dari kerusi.
"Apa ni relax sangat kat luar? Curi tulang ke?" usik si pemilik kereta, sambil kunci kereta dimasukkan ke dalam purse.
"There is she come, our pretty Madam Mei Chin just got back from Pahang!" Jin Thong mengeluarkan kepada dari tingkap comel.
Victor tertawa kecil memandang Mei Chin yang menghampiri. "Jauh perjalanan Madam dari Pahang ke Johor. 'Taste' masih Cappuccino ke tak ni?" tebak si barista.
"Hei, lima tahun saya sudah tinggal sini tau, tekak masih setia dengan Johor, ok? You, my barista, you know I won't change my taste," balas si Mei Chin bersama kenyitan mata.
Victor ketawa lagi. Dia lantas masuk ke dalam kafe, mengambil tempat di sebelah Jin Thong. Mei Chin pula melabuhkan punggung di tempat Victor duduk tadi.
"How's your dad?" tegur Jin Thong, memandang Mei Chin yang sedang enak mengambil angin di luar kafe. Untungnya cuaca sedikit redup pada jam dua petang hari ini.
"Ehem! no Manglish ok? We're Malaysian, guna lah bahasa kebangsaan kita!" Victor menyelit dengan semangat patriotiknya. Pantang jika dua manusia berbangsa cina itu berbual dalam bahasa Mandarin. Boleh memang boleh, tapi bukan depan dia! Tak sukalah. Tak faham!
Mei Chin dan Jin Thong menjeling ke langit. Baru mahu 'syok' bercakap bahasa ibunda mereka. Kacau sahaja si Victor ini! Tapi dituruti juga. Malah rasanya lebih seronok menggunakan bahasa kebangsaan itu kerana ia seperti melatih minda mereka untuk bekerja keras walaupun tatabahasa terabur.
"It's all good. My dad sudah keluar dari hospital and now he is doing fine," Mei Chin membalas dengan senyuman.
Jin Thong mengangguk. "Baguslah macam tu. So, macam mana dengan your volleyball club? Sudah jumpa pengganti untuk your pelatih?"
"That one.., nope." wajah Mei Chin bertukar hampa.
Victor senyum kecil. Simpati pula pada rakan baik lady boss mereka itu. Sudah seminggu Mei Chin cuba cari orang yang sesuai untuk gantikan pekerjanya untuk jawatan pelatih. Tidak seperti kerja lain, mencari jurulatih yang sesuai adalah dua kali ganda lebih sukar.
"Anyway, tadi I jumpa kawan lama I. Dia dengan adik dia 'kaki volleyball'. Entah macam mana I boleh tanya about his brother sebab I ingat I sudah dapat 'lubuk emas' bila jumpa dia," cerita Mei Chin, mengimbas pertemuan dengan Amsyar yang langsung tidak disangka.
Amsyar, bekas pemain bola tampar sekolah sekarang jadi mekanik? Celah mana mamat melayu itu pandai dalam bidang mekanik?!
Victor muncul bersama Cappuccino yang dipesan. "Apa maksud Madam dengan 'lubuk emas' tu?'
Cawan yang dihulur, disambut Mei Chin. "As I said, adik dia main volleyball juga. So I ingat bolehlah guna khidmat adik dia dalam kelab I but I lupa yang adik dia sekarang pemain volleyball Pahang Under 25."
"Pemain peringkat negeri? Wow! Means kalau Pahang.., adik dia one of pemain kelab The United lah?" Victor melopong. Tidak disangka Mei Chin ada teman yang mempunyai latar belakang sebegitu. Adik kawan sendiri pemain bola tampar Negeri Pahang, power!
Mei Chin angguk, mengiyakan. "Anyway, abang dia pun was a good player sebenarnya, but I don't know why akhirnya dia jadi mechanic. Tapi masih 'wow' juga life dia sebab ada bengkel sendiri. Not so big but nice!"
"Well, we don't know what's gonna happen in future, right? As long as kawan madam itu happy dengan apa yang dia buat sekarang, sudah ok lah! Mechanic with own car workshop is a cool thing, you know? Sendiri kerja, sendiri jadi bos!" Jin Thong tersenyum memikirkan situasi kawan Mei Chin itu.
Victor dan Mei Chin angguk bersama senyuman. Apa pun yang dipilih, asalkan ia mendatangkan senyuman, itu sudah lebih dari cukup.
"Anyway, kenapa macam senyap sangat? Where is the twins? Still at school, ke? Your lady boss pun? Langsung tak tunjuk muka sampai sekarang. Suara pun tak dengar," Mei Chin menjengah melalui tingkap comel. Senyap. Hanya ada Jin Tong yang bertenggek di tingkap itu.
"Lady Boss pergi jumpa pembekal kopi dekat Kota Tinggi. Kereta dia kalau Madam tengok kat belakang Kafe pun tak ada. The twins.., entah leh. Kelas habis lambat, kot? Sepatutnya dah balik dah masa macam ini," Jin Thong mengerling jam di dinding, 2.35 petang.
Mei Chin mengangguk, senyumannya muncul. "Workholic betul your lady boss itu, masih sama macam lima tahun lepas,"
"Jangan dilupa, seorang dari si kembar tu, pun pemain 'paling rajin' dalam kelab Madam, kan?" seloroh Victor.
Mei Chin menjeling ke langit. "That one tak payah mention-lah! Ini, sekejap lagi lepas balik sekolah, dia terus muncul di court!"
Victor dan Jin Thong tertawa lucu.
TELEFON yang tiba-tiba berbunyi, dipandang sekilas. Bunyi itu menandakan ada mesej masuk. Pandangan ditumpukan semula pada stereng kereta dan cermin sisi. Selesai memakir, brek tangan ditarik. Telefon yang dipandang tadi dicapai. Laju tangan membuka aplikasi 'Whatsapp'.
Liyana Sayang;
-Baru balik ni, keluar kelas lambat tadi. Then, solat saing dengan Qayyum kat surau.
-Ada singgah pasaraya tak? Nak kirim Kit Kat, macam biasa. Big packet.
-Oh! Dan cheese juga! Untuk Qayyum! Dia kata nak berperang kat dapur lagi nanti!
Melebar senyuman bila baca mesej dari anak tersayang. Bukan main demand puteri seorang ini. Mahu yang big packet katanya!
Si Qayyum pula, entah apa pula projeknya di dapur malam ini! Haih lah anak-anak. Lantas tangan laju menyentuh papan kekunci.
You;
-Ok2, nanti semua tu ada ya dalam troli wahai Cik Puteri Liyana! Dah, nanti makan dulu before gerak ke court!
Telefon disimpan dalam beg. Kunci kereta ditarik lalu keluar dari perut kereta. Langkah diatur tenang memasuki Pasaraya Nirwana. Ada beberapa barang yang hendak dibeli.
Hampir lima belas minit menjelajahi pasaraya. Barang yang diambil sudah penuh paras separuh troli. Senarai barang yang ditaip di notes telefon dibaca teliti. Mulut digumam. Rasanya sudah tidak ada apa yang tinggal.
Pandangan diangkat. Saat matanya menangkap Cheese yang tersusun kemas di rak, baru dia teringat pesanan Liyana tadi.
Cheese untuk Qayyum! Laju langkah menapak ke bahagian rak itu. Membulat mata melihat cheese jenama kesukaan Qayyum hanya berbaki satu! Sudah diagak, Cheese jenama Taratura ini pasti cepat licin!
"Ah," spontan tangan ditarik apabila cheese yang berbaki satu itu turut disentuh oleh tangan wanita lain. Sudahnya, kedua-dua terkebil. Berbelah-bahagi siapa yang hendak mengalah.
"Tak apalah, awak ambil," wanita itu mengalah. Namun senyumannya memimbulkan perasaan serba salah di hati.
Mahu ambil, tapi wanita itu macam mahukan cheese ini juga. Habis, Qayyum macam mana? Mahu singgah ke kedai lain? Malas! Sebab niat lepas selesai di sini, mahu terus bertolak balik ke Batu Pahat terus. Risaukan kafe yang bakal diserbu jam 4 petang nanti!
"Dhia?"
Wajah diangkat. Membulat terus mata. "Baddrol?"
Wanita itu pula memandang pelik kedua insan di hadapannya. "Abang kenal ke dia?"
Kening Dhia bertaut. Abang? Jadi, wanita yang baru sahaja 'merebut' cheese dengan Dhia tadi adalah isteri Baddrol?
"Kenal.., kot," Baddrol mengecilkan mata. Sempat memandang Dhia dari atas hingga bawah. Apa ini? Kenapa macam bukan Dhia yang dia kenal sebelas tahun lepas?
Dhia menggaru belakang leher. Faham sangat dengan reaksi itu. Kenapalah dalam ramai-ramai orang, Baddrol juga yang perlu Dhia jumpa dalam pasaraya ini? Sejak bila pulak mamat ini boleh muncul di Kota Tinggi? Pindah sini ke?
"Dhia.., Kau Dhia, kan? Lidhia. Kelas 5 Amanda dulu?" Baddrol masih memandang Dhia. Susah untuk percaya bahawa gadis di hadapannya ialah Lidhia!
Dhia senyum tawar. "Ya, Baddrol. Ini aku, LIDHIA. 'Si Gemuk' yang kau kenal sebelas tahun dulu,"
Terkebil isteri Baddrol mendengar perkataan 'gemuk'. Macam tipu sahaja. Depan mata ni, bukan main 'sekeping' lagi! Masakan orang seramping ini boleh gemuk dahulu?
"Tapi.., macam mana.., sumpah Dhia, kau lain gila dulu! Mana si ulat buku yang aku kenal sebelas tahun lepas ni?" walaupun dalam tawa, namun masih kedengaran seperti satu ejekan di telinga Dhia.
Si Gemuk. Si Cermin mata petak. Si Ulat Buku.
Tiga gelaran itu tidak pernah Dhia lupa. Bukan berdendam, cuma ia bagai sebati di jiwa. Jujur, lansgung tidak ambil hati pun dengan perlian Baddrol tadi. Rasa lama juga tidak mendengar gelaran itu.
Baddrol memeluk tubuh. Tangannya bermain di dagu, "Tapi.., bila jumpa kau ni kan, teringat pula 'kenangan pahit' kau dengan aku dulu. Pasal kes 'Si Nyamuk' tu,"
Dahi Dhia berkerut. Si Nyamuk? Lama Dhia memandang senyuman Baddrol, sehinggalah teringat peristiwa yang dimaksudkan Baddrol.
"Kau dah ingat, kan?" lebar senyuman Baddrol apabila melihat Dhia yang seakan mula tersenyum.
"Si Nyamuk, eh?" Dhia menggeleng, terasa kelakar bila diingat balik.
Semua itu berlaku sebelas tahun lepas, di perpustakaan sekolah.
- NEXT UPDATE : 9 JAN 2021-
Share this novel