KELAB BOLA TAMPAR THE UNITED
2021,
SEORANG lelaki, berjersi nombor '3' tanpa lengan, berlari keluar dari gimnasium. Jeritan rakan-rakan yang memanggil namanya tidak diendahkan. Larian dikuatkan tanpa mempeduli pandangan pelik orang sekeliling. Bibir diketap geram.
Tiba di asrama, nafasnya mengah. Langkah masih diteruskan. Tidak memilih lif, namun tangga ke tingkat empat didaki laju bagai tidak ada rasa lelah. Kata-kata yang didengari di gimnasium bermain-main di minda.
"Kau tak tahu lagi ke, Man?"
"Tahu apa?"
"Acad terima tawaran tu. Hari ni last dia kat sini. Kitaorang try contact kau semalam tapi tak dapat. Puas kitaorang tunggu tapi kau tak balik ke asrama pun malam tadi. Dua hari kau hilang, Man! Coach bising kau tahu tak? Call abang kau, dia kata kau tak ada datang sana,"
'Bodoh! Dasar tak guna. Akhirnya kau terima juga tawaran tu?!' menyumpah-nyumpah dia di dalam hati. Sakit memikirkan sahabat sendiri yang egois dan pentingkan diri sendiri.
BAM!
Pintu dibuka dan ditolak kasar.
"Man!" terkejut Arshad dengan kehadiran sahabatnya.
Mata Luqman jatuh pada bagasi di katil. Air liur ditelan. "Pehal dengan beg ni semua?"
Arshad sedikit tunduk. Serba salah datang melanda. Dibiarkan sahaja Luqman datang menghampiri.
"Dua hari Cad aku hilang, surat tu kau terima pun baru tiga hari. Sekarang kau dah ada keputusan? Eh senang si'al hidup kau?! Kau memang pentingkan diri sendiri, kan? Kau nak blah tinggalkan aku lepas apa yang kita semua dah susah payah kat sini?!"
"Man, ini masa depan aku, Man!" dada Luqman ditolak kasar.
Terangkat senget bibir Luqman, sinis dan geram. "Apa? Masa de-"
"Peluang datang sekali je, Man! Kalau kau ada kat tempat aku, kau akan buat benda yang samalah! Rezeki je yang tak memihak pada kita untuk sama-sama ke sana!" jelas Arshad cuba membela diri.
Luqman senyum sinis. Kepala diangguk-anggukkan perlahan. Wajah ditunduk lalu tangan kanan menyentuh belakang leher. Lama diam, cuba mentafsir kata-kata yang sangat mengecewakan hati itu.
"Kau.., kau berjaya sampai ke tahap ni bukan atas usaha kau sorang, Cad." pandangan diangkat menatap Arshad.
Arshad memejamkan mata sesaat. "Man, aku tahu kau kecewa sebab tak dipi-"
"Bukan,"
Arshad kerut dahi.
"Aku tak kisah pun pasal dia tak pilih aku walaupun prestasi kau tu naik sebab setting dari aku sebagai setter. Tapi kita main bukan dua orang, Cad. Kita main satu team, Cad. Satu team tu ada enam orang, tau. Tujuh kalau masuk libero."
Arshad telan air liur.
Luqman genggam tangan, menahan geram. "Lepas kita semua sama-sama sampai tahap ni, kau boleh buat keputusan untuk terima tawaran tu? Apa tadi kau cakap? Aku akan buat benda yang sama? Tak, kau salah,"
Arshad pula yang mengepal tangan, bagai tercabar.
"Aku akan stay. Surat 'bodoh' tu aku terus buang ke tong sampah. Sebab aku tahu, tanpa kawan-kawan aku, TANPA KAU, aku tak akan dapat surat tu! Aku juga yakin yang budak-budak dalam court tu semua akan stay kat sini sampai mereput! Kau tahu sebab apa? Sebab tanpa TEAM, kita cuma nothing! Kosong macam hati kau!"
Arshad diam. Mati kata. Nafas bagai tersekat untuk membalas kata-kata Luqman.
"Kau nak blah sangat, kan? Blah lah bodoh!" beg disepak kasar. Luqman melangkah keluar.
"Man!" dengan mata terpejam, nama sahabatnya dipanggil.
Luqman senyum sinis. Tubuh dipusing, memandang Arshad. Lelaki itu menghela nafas sebelum melangkah ke arahnya. Tiada sebarang kata, tangan kanan Arshad menyeluk kocek seluar sukan Luqman, mengeluarkan sesuatu yang membuatkan Luqman terus kaku.
Arshad hela nafas lagi. Kotak rokok yang diambil dari kocek seluar Luqman dihalakan tepat pada pandangan Luqman. "Bukan kau seorang je yang kecewa, Man."
Bergerak-gerak rahang Luqman. Timbul rasa menyesal dalam diri. Dua hari. Dua hari menghilang dan dia sudah terjebak dengan perkara yang paling dibenci.
Merokok. Benci, benci melihat kotak itu, benci dengan baunya yang menyesakkan nafas dan dada. Tapi, kenapa? Kenapa dia boleh ketagih dengan benda itu dalam dua hari ini?
"Aku kecewa, Man. Banyak lagi benda yang kau boleh buat untuk lepaskan geram kau dekat aku selain benda ni. Kau kata kau tak suka. Kau benci. Kau yang paling gila kalau dengar ada mana-mana member dalam kelab ni yang merokok. Tapi macam mana kau boleh..," tidak terdaya Arshad mahu meneruskan kata.
Luqman setia membisu. Dalam hati sudah berbakul menyumpah diri sendiri. Menyesal dan kecewa kerana boleh terpedaya dan terjerumus dengan benda alah itu. Rekod bersih tidak merokok selama 24 tahun bernafas, hancur. Semuanya hancur dalam masa dua hari sahaja.
"Aku dah lapor pada Coach,"
Pantas Luqman angkat muka.
"Aku buat ni untuk kebaikan kau, Luqman Fakeh. Kalau aku blah dari sini pun, aku takkan biar kau hancurkan diri kau sendiri dengan 'binatang ni,'
Luqman menolak pipi dalam dengan lidah. Tidak tahu kepada siapa perlu dilepaskan rasa amarah. Pada Arshad? Tidak. Pada dirinya sendiri. Bukan Arshad yang paling dibenci, tapi dia. Dia sendiri.
Arshad menyentuh bahu Luqman yang tidak berlengan. "Paling lama, kau akan digantung tiga bulan. Dalam masa tu, kau fikirlah cara untuk tebus keputusan paling bodoh kau pernah buat ni. Aku tahu, lepas tiga bulan nanti, aku jumpa Luqman yang baru, Luqman yang positif,"
********************************************
"OH iya ke? Alhamdullilah kalau macam tu. Baiklah, nanti akak beritahu dia ya. Terima kasih, Akmal. Wa'alaikumussalam," sejurus panggilan dimatikan, telefon milik suami diletakkan semula ke atas meja.
Shahida memandang kereta Myvi bewarna putih yang ada di tengah bengkel. Bayang sang suami sudah tiada. Mana lagi kalau bukan di bawah perut kereta itu.
"Abang," Shahida berpeluk tubuh, bersandar pada meja.
"Iya!" sahut si suami dari bawah perut kereta.
"Akmal call tadi,"
"Hah, macam mana? Balik tak budak tu?"
"Balik,"
Amsyar memejam mata sesaat. Syukurlah. Tuhan sahaja yang tahu macam mana risaunya bila dapat tahu Luqman tak pulang ke asrama. Biasanya, kalau tidak tidur di asrama, rumahnya sendiri yang menjadi 'port' lepak Luqman. Tapi bukan untuk dua hari lepas. Adiknya itu hilang seperti angin. Call, mesej semua tidak angkat dan berbalas.
Kata rakan-rakan Luqman, adiknya itu bagaikan protes dan hilang arah dengan tawaran yang diterima Arshad, sahabat baik Luqman. Juga merangkap Wing Spiker dalam team. Kalau sudah Setter dan Spiker, pastilah hubungan keduanya sangat akrab.
Posisi Setter dan Spiker sangat penting dalam bola tampar. Tanpa persefahaman dan kerjasama yang baik dari keduanya, sebarang umpanan bola dari Setter pasti tidak dapat direjam dengan baik oleh para Spiker.
Berkat umpanan yang sempurna dari Luqman, Arshad sentiasa berjaya merejam bola dengan baik ke pihak lawan. Pukulan kuat dari Arshad menjadi 'lubuk mata' buat The United.
Sesuai dan sempurna gabungan mereka berdua. Ke mana sahaja Arshad berada, baik kiri atau kanan gelanggang, bola yang disanggang oleh libero, pasti akan diumpan dengan baik oleh Luqman kepada Arshad.
Keduanya gandingan sempurna. Sentiasa menjadi tumpuan buat pasukan yang melawan The United. Malangnya, tawaran yang diterima hanya untuk Arshad.
Kelab dari seberang, mahukan khidmat Arshad sebagai salah satu Spiker. Sedangkan mereka berdua cukup tahu bahawa tanpa Luqman, Arshad tiada erti dan tanpa Arshad, Luqman juga tiada erti. Ibarat tulang dan ligamen, tanpa salah satunya, pasti segala fungsi tidak dapat berjalan dengan baik.
Maka apabila hanya Arshad yang menerima tawaran tersebut, timbul kekecewaan buat Luqman. Bukan kecewa tidak diplih. Tapi kecewa kerana dia bakal kehilangan sahabatnya. Kalau Arshad terima tawaran itu, pasti..,
"Yang,"
"Iya,"
"Acad terima ke tawaran tu?"
Shahida diam sejenak, lambat-lambat mengangguk walau tidak dilihat sang suami yang berada di bawah perut kereta.
"Hm,"
Terhenti aktiviti Amsyar bersama spananya di bawah isi perut kereta. Kali ini mata dipejamkan lagi, tetapi bersama keluhan berat.
Shahida memadang Myvi bila tiada respon dari Amsyar. Kaki diatur menapak ke kereta. "Awak rasa adik awak tu akan ok, ke? Saya risaulah, takut dia buat benda-benda tak elok,"
Amsyar diam. Entah kenapa ada rasa kecewa pada Arshad. Fikirnya, Arshad akan menolak. Kalau dia sendiri terasa kecewa seperti ini, apatah lagi si tuan badan sendiri, Luqman yang sudah hampir tujuh tahun bersama Arshad.
Baru Amsyar ingin membuka mulut, sebuah kereta Axia berhenti di hadapan bengkel.
Shahida tanpa disuruh terus melangkah keluar, ingin memberi layanan kepada bakal pelanggan.
"Hello," sapa wanita cina yang keluar dari tempat pemanduan, mesra.
"Hai, ada apa yang boleh kami bantu?" ramah Shahida membalas. Sempat menilik penampilan wanita cina itu. Simple tapi cantik. Murah dengan senyuman pula.
"Boleh tolong check-kan kereta I tak? Lampu tak ada hidup lah," agak terabur tatabahasa si wanita cina, namun nada suara masih ramah dan sopan.
Shahida memandang Amsyar yang masih di bawah perut kereta. Sudah hampir 30 minit suaminya di posisi itu. Berdasarkan pengalaman bertahun melihat sang suami bekerja, dapat diagak bahawa tugas membaiki Myvi itu hampir siap.
Pandangan dihala semula pada wanita cina. "Boleh, tapi tunggu sekejap, ya? Big Boss tengah bikin kereta orang. Dah nak siap dah rasanya,"
"Not a big deal," si wanita cina mengeyit sebelah mata. Keramahannya menimbulkan tawa kecil Shahida. Alangkah seronok kalau dapat pelanggan yang mesra seperti ini setiap hari. Tidaklah serabut kepala mahu melayan!
"You park kereta kat sana dulu lah, then jemput masuk. Saya sediakan minuman," pelawa Shahida.
"Sounds nice!" si wanita cina mengangguk faham. Lantas, keduanya berpecah. Shahida melangkah ke dalam, manakala wanita cina itu pula bersiap untuk memakir kereta di tepi kedai.
"Bang, customer. Lampu tak hidup," sambil melangkah melepasi Myvi, Shahida tenang menghantar pesanan.
"Ok!" laung Amsyar yang mengerti. Pesanan dikunci kemas dalam ingatan.
Si wanita cina selesai memakir kereta. Amsyar juga selesai membaiki Myvi. Si wanita cina melangkah masuk ke bengkel, Amsyar melungsur keluar dari bawah Myvi.
Tingkah yang serentak itu membuatkan mereka berpampasan.
Keduanya terkesima. Juga hampir ternganga.
"Mei Chin?"
"Amsyar?"
-NEXT UPDATE ON : 5 JAN 2021
- FOLLOW ME FOR AN UPDATE
Share this novel