MEREKA berdua berhenti di pondok bas Kelab Bola Tampar Sakura. Kedua-duanya berdiri menunggu ketibaan bas. Setelah beberapa ketika masing-masing diam membisu, akhirnya Liyana menoleh.
"Kenapa Coach tak tanya apa-apa pada saya?"
Luqman menoleh. "Coach?"
"Yelah, Coach-lah. Habis, nak panggil apa?" kening Liyana sudah terjongket.
"Umur kau berapa? 16 ke 17?"
"Dah official 17. Coach?"
"24."
Mata Liyana mengecil.
"Pehal?" sedikit bengang melihat riak wajah menjengkelkan Liyana.
"Macam bukan 24 je," cebik Liyana selamba.
"Habis kalau bukan 24, berapa?"
"Macam stok muka 27 ke atas," jawab Liyana, jujur.
"Nak kata aku nampak tua lah ni?" kening Luqman terjongket.
"Bukan tua, tapi matang," pandangan Liyana dihala semula ke hadapan.
Luqman diam. Sedikit terharu dengan 'pujian' itu. Eh, pujian ke tu? Ah, lantaklah.
"Tadi.., apa maksud kau aku tak tanya apa-apa pada kau?"
"Coach nampak saya, termenung sendiri." beritahu Liyana, tenang.
Luqman senyum kecil. Ternyata 'gadis misteri' ini perasan akan kehadirannya tadi.
"Semua orang ada masalah. Kecil ke besar ke, kadang lagi elok dipendam sendiri, lagi elok disimpan sendiri. Tak perlu ditanya, dan tak perlu diluah,"
Liyana menoleh. Tenang sahaja lelaki itu menuturkan kata, dan entah bagaimana, hatinya turut berasa tenang dengan kata-kata yang simple itu.
Belum sempat Liyana membalas, bas yang dinanti tiba. Luqman memulakan langkah, dan Liyana mengikut.
"Eh budak, duduk sana," Luqman memuncungkan mulut ke arah kerusi di sebelah tingkap.
Liyana hembus nafas lagi. Tapi tetap akur. Lagipula bas agak sesak. Bertekak pun tiada guna. Kaki menapak ke bahagian kerusi sebelah tingkap dan punggung dilabuhkan. Luqman pula mengambil tempat di sebelahnya.
"Why suddenly Coach terima tawaran Madam?" Liyana membuka bicara setelah bas mula bergerak.
"Saja, isi masa terluang,"
Senyum sinis Liyana muncul. "Ada sebab kan kenapa Coach berehat panjang?"
Luqman menoleh. "Apa maksud kau ni, budak?"
"Tak payah nak kelentong sayalah, Coach. Saya tak macam budak-budak lain, yang kalau diberitahu 'A', maka 'A' lah diaorang percaya. Saya ni, orang cakap 'A', sampai 'Z' saya cari,"
"Jadi apa yang kau tahu pasal aku?"
Liyana hela nafas perlahan. "Apa yang saya pasti, mesti Coach ada buat salah kan sampai kena berehat panjang macam ni? Sebab Coach ni bukan calang-calang pemain. Tengok dari skill Coach masa sambut bola Jia Lin tadi pun saya dah boleh agak Coach ni bukan 'cap ayam' punya player,"
Luqman tertawa kecil. Makin lama makin menarik budak ini. Jenis selamba sahaja.
"Oh, jadi kau nampaklah tadi masa aku balas spike dari 'musuh' kau, tu?" sengaja menekan perkataan 'musuh' yang merujuk kepada Jia Lin.
Liyana mencebik.
Luqman hela nafas panjang. "Kau anggap jelah aku datang jauh-jauh dari Pahang ke sini, untuk 'cuci-cuci' mata. Mana tahu kot-kot rezeki dapat jodoh orang Johor?"
Spontan Liyana menjauhkan tubuh. Pandangan suspicious dihadiahkan buat Luqman.
"Kau dah kenapa? Takut aku terpikat dengan kau?" geram pula melihat reaksi melebih si budak ini.
"Dahtu? Saya perempuan. Coach lelaki. Ada ke sebab lain saya tak perlu rasa suspicious dengan Coach? Takkanlah Coach Gay, kot?"
"Yah!" membulat terus mata Luqman. Sempat memandang sekeliling. Nasib sahaja tiada yang dengar.
Liyana buat muka tak bersalah. "Anyway, sebelum apa-apa, saya beritahu awal-awal ya pada Coach. Saya ni langsung tak tertarik dengan Coach walaupun semua budak-budak kat court tu kata Coach handsome or what so ever. So, please. Don't ever try to make any move, okay?"
"Hah!" Luqman ketawa sinis. Terkejut dengan keyakinan melampau Liyana.
"Oi budak, tak payah nak perasanlah. Aku tak ada taste pun pada budak-budak bawah umur macam kau," Luqman menggeleng. Masih tidak percaya Liyana boleh berfikir sejauh itu.
"Oh eh? So, taste macam mana pula yang kena dengan hati Coach, ni? Minat yang sebaya ke?"
"Aku minat yang lebih tua dari aku,"
Kening Liyana bertaut. "What?"
"You heard me cleary, budak."
"Tapi, kenapa?"
Luqman diam sejenak. Senyuman kecilnya muncul. "Sebab perempuan yang berusia ni lebih matang. Aku tak suka perempuan yang perangai macam budak-budak. Sakit kepala nak handle. Lagi-lagi yang jenis kuat merajuk atau manja. Ish, memang tak kenalah dengan selera aku,"
Liyana mencebik lagi. "Demand-nya. Yakin ek diri tu cukup elok?"
Luqman senyum lagi. Tak terasa dengan perlian tersebut. "Sebab aku tak oklah aku kena demand. Aku teruk bila aku down. That is why aku perlukan someone yang boleh aku harapkan. Independent, matang, positif dan tak cepat melatah. Mostly ciri macam tu ada pada wanita yang berusia,"
Liyana buang pandang ke luar tingkap. Kepala digeleng. "The way you talk.., same just like my mother,"
Dahi Luqman berkerut. "Hah?"
Liyana keluh perlahan. Kepala ditoleh kembali. "What I mean is, Coach sangat sesuai dengan ibu saya!"
Makin berkerut-kerut dahi Luqman. Dah kenapa pula nak disesuaikan dengan mak sendiri ni? Silap betullah cerita pasal hal orang besar-besar ni pada budak bawah umur!
Lantas dengan selamba dahi Liyana dijentik perlahan.
"Auch!"
"Hei, kau jangan jadi gila ya nak menjodohkan aku dengan ibu kau pula! Kang tak memasal ayah kau kejar aku dengan parang!" bengang terus Luqman. Masakan nanti tak pasal-pasal orang fikir dia pengganggu rumah tangga orang.
"Sakitlah! Apa ni main jentik-jentik?" adu Liyana geram.
"Tak, kau yang kena dengar cakap aku sekarang ni. Aku memang minat perempuan yang berusia. Tapi BUKAN ISTERI ORANG! Apatah lagi yang dah ada anak besar panjang macam kau ni!"
"Ayah saya takkan marahlah!" balas Liyana tanpa sedar.
"Hah?" makin terpinga Luqman jadinya.
Liyana menjeling ke langit. Ah, sudah! Seketika kemudian, dia mengeluh. Akhirnya kepala kembali dihala ke ke luar tingkap. Kata-kata Luqman bermain-main di fikiran.
'Betul juga, bukan senang orang nak terima wanita yang memegang status seorang ibu,' keluh Liyana dalam hati.
Jari dipetik, "Oi, apa maksud kau tadi? Aku tak faham,"
Liyana mengeluh. "Abaikan jelah,"
Luqman buat muka pelik. Seperti ada sesuatu yang disorok Liyana. Nampaknya memang betul-betul misteri gadis ini.
"Ni, sorry sebab aku sentuh kau tadi. Even berlapik, it still manners,"
Liyana menoleh. Pandangan tajam. "Sentuh apa?"
"Yang kat bilik Madam tadilah! Masa kau bergaduh tak ingat dunia tu. Kau fikir apa, ni?" kening Luqman sudah terjongket. Suka betul fikir jauh si Liyana ni.
"Oh, okay. Berlapik. Tak apa, forgiven," jawab Liyana, tenang.
Bas akhirnya berhenti di perkarangan Kafe Ilmu. Ada beberapa juga penumpang yang turun. Luqman bangun, lalu membiarkan Liyana melangkah keluar terlebih dahulu.
Namun disebabkan ada penumpang warga tua di hadapan mereka, maka langkah keduanya terhenti buat seketika.
"Haish, there she come.., with that umbrella again!" decit Liyana bersama pandangan menjeling ke langit.
Dahi Luqman berkerut. Mata mengikut pandangan Liyana yang tadi dihala ke luar tingkap. Ada seorang wanita sedang memegang payung bewarna biru pastel. Wajah dan tubuh tidak dapat dilihat dengan jelas, memandangkan keadaan mereka yang berada di dalam bas. Maka, sudah pasti hanya dapat melihat payung sahaja dengan jelas.
"Siapa tu?" Luqman bertanya tenang.
"My mom," jawab Liyana acuh tak acuh. Sempat juga mengigit bawah bibir apabila terasa wanita tua di hadapannya bergerak begitu lambat.
"Nice-nya ibu kau, siap bawakan payung lagi,"
"Dia sorang je yang buang tebiat buka payung masa cuaca terang-benderang macam ni, ergh!" sudah berapa kali diingatkan, namun tetap payung itu dibawanya!
Luqman ketawa kecil, "Tu tandanya dia sayang kau, budak. Tak nak kulit kau yang putih tu rentung, sunburn ke apa,"
Liyana memutar bola mata. Memang boleh genglah mamat ni dengan Ibunya!
Setelah hampir dua minit, akhirnya langkah mereka bergerak. Liyana melangkah turun terlebih dahulu manakala Luqman masih tersekat dengan penumpang lain.
Sedang Luqman tiba tangga terakhir bas, telinganya menangkap suara seorang wanita yang sama didengari di telefon Liyana. Sudah pasti, suara lembut itu sedang membebel. Pada siapa? Tak usah dikata.
"You did it again, Liyana! Sampai bila Yana nak buat halje ni?! Tak kesian ke dekat Madam, dekat kawan kawan yang terkesan dengan perangai Yana ni?!"
Luqman turun di kaki lima. Mata tepat ke arah wanita yang sedang sedikit membongkok di hadapan Liyana. Kali ini tubuh si wanita dapat dilihat. Kurus dan tinggi yang ideal. Barangkali 165cm?
Namun wajah wanita itu masih tidak dapat dilihat dek kerana payung dan tudung yang berkibaran diitup angin petang.
Liyana mengerling Luqman. Agak segan apabila menyedari ada kehadiran orang lain.
"Dahlah tu, Kak D! Ada oranglah," bisik Liyana perlahan.
Luqman mula menghampiri.
"Siapa? Tak payah nak menukar topik dengan Kak D, eh!"
Dahi Luqman berkerut. Kak D? Bukankah di dalam bas tadi Liyana beritahu..,
"Siapa tu?"
"My mom,"
Luqman menghentikan langkah apabila sudah hampir dengan keduanya. Saat itu juga, angin yang tadinya agak kuat, kini menjadi semakin kuat, sehingga terlepas payung yang berada di tangan Dhia.
"Ah!"
BAK. Tangan kanan Luqman pantas menahan payung yang tadi terlepas dari pegangan si wanita.
"Ah.., terima kasih," ucap Dhia.
Pandangan Luqman yang tadi tertekap pada payung, kini dihala semula ke hadapan, memandang si empunya suara dan payung yang ada di tangan.
Saat itu juga, Luqman kaku.
- Sila ke saya jika ingin mengetahui ksambungan, di saya aktif menulis, Adios ! saya search “ snrsf_ “ untuk baca kisah ini !
Share this novel