BAB 1

Thriller Completed 3992

Kes ini terpaksa saya terima kerana telah melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat saya ketika itu dan juga merupakan seorang kawan.

Itupun setelah beberapa kali perkara ini diadukan olehnya dan telah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya.

Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada saya bahawa rumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur utamanya.

Apabila tiba waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari dengan jelas seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam rumah dan lain-lain.

Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempat tanpa diusik oleh sesiapa.

Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak perempuannya yang berumur 4-5 tahun. Dah lupa sebab hanya berjumpa mereka sekali sahaja.

Mereka juga menjadi mangsa gangguan misteri di rumah tersebut.

Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua yang tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam. Ini kerana dia bimbangkan keselamatan anak isterinya jika dia tiada di rumah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience