Saya memintanya menunggu dan kemudian mengambil wuduk. Sesudah itu, saya menulis Ayat Qursi pada sekeping kertas dan meminta dia melekatkannya dimana-mana dinding dalam rumahnya.
Keesokan adalah hari cuti (Jumaat), oleh itu saya tidak tahu perkembangan yang berlaku.
Tetapi pada pagi Sabtu (cuti Sabtu pertama dalam sebulan pada waktu itu), saya singgah di pejabat untuk mengambil barang, saya kehairanan kerana melihat anak dan isterinya turut berada di Pondok Pengawal juga.
Saya fikir, mungkin mereka ingin balik kampung atau ke mana-mana agaknya.
Setelah dia menceritakan keadaan yang sebenar, barulah saya tahu yang anak dan isterinya juga turut bermalam di Pondok Pengawal bersamanya kerana takut untuk tinggal di rumah.
Rupanya, selepas dia melekatkan Ayat Qursi yang saya berikan, 'penghuni' itu kembali menggangu dengan lebih 'keras' lagi. Ini memaksa dia membawa keluarganya bermalam bersamanya dan telah dua malam anak isterinya tidur di Pondok Pengawal itu.
Itulah kali pertama saya melihat anak dan isterinya. Apabila terlihat anak perempuannya yang baru berumur tiga tahun pada waktu itu, hati saya mula tersentuh.
Saya mula terfikir bagaimana keadannya jika 'penghuni' itu sering manggangu budak kecil ini atau selalu menampakkan rupa yang menakutkan pada budak itu ?
Share this novel