BAB 3

Thriller Completed 3992

Sudah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga sering terlihat seakan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok itu.

Rumah yang disewa itu adalah lot tepi dan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari pokok tersebut.

Saya bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan dan membenarkan mereka memasukinya.

Dia menyatakan yang tiada apa yang dimaklumkan malah pemilik rumah itu bersikap 'lepas tangan' dan hanya menyuruhnya mencari bomoh sahaja.

Saya juga menyarankan agar dia dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan yang handal dan terkenal.

Malah dia juga sudah mengadakan majlis tahlil serta bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasuki rumah tersebut.

Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil. Malah gangguan yang dihadapi semakin 'keras'.
'Penghuni' rumah itu seolah-olah ingin menghalau mereka keluar dengan segera daripada rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience