Saya meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah yang baru disewanya samada mereka tahu sesuatu.
Sebelum ini dia tidak berani bertanya kerana dia sekeluarga bukanlah ramah benar dengan orang sekeliling. Kesibukan kerja dan sikap suka mengasingkan diri menjadi penghalang niatnya untuk meminta tolong jiran-jiran.
Namun saya memaksanya untuk mencari jawapan yang hanya masyarakat sekeliling yang boleh menolongnya. Akhirnya dia aur dan mula bertanyakan hal itu kepada jiran-jiran dan Jemaah surau.
Setelah ditanya kepada beberapa penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap disitu, terbongkar cerita bahawa rumah tersebut lama 'berpenghuni' dan memang telah jadi kebiasaan bahawa mereka yang menyewanya tidak akan tinggal lama di situ.
Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama dan ada yang hanya bertahan selama satu malam sahaja.
Pelbagai kejadian aneh yang juga dialami oleh keluarga penyewa-penyewa sebelum ini dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya, namun sia-sia sahaja.
Penduduk setempat juga menceritakan yang sepohon pokok di sebelah rumah itu, sering dijadikan tempat pemujaan 'sesuatu' sebelum taman itu dibina.
Tidak pasti apa yang dipuja oleh pengamal-pengamal khurafat itu, kerana senario tersebut telah lama berlaku dan penduduk-penduduk ada zaman itu telah ramai yang tiada.
Lagipun, belukar itu jauh pada penempatan manusia sebelum taman itu dibina.
Share this novel