Saya menegaskan kepadanya beberapa kali supaya dia sentiasa beringat bahawa kertas dan tulisan itu tidak mempunyai apa-apa 'kuasa', tetapi ianya hanya sebagai 'syarat' untuk memohon pertolongan daripada Allah.
Hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Keesokkan paginya, dia menunggu saya lagi. Tapi kali ini wajahnya kelihatan berseri-seri, tidak mencuka seperti kelmarin.
Pagi ini dia membawa berita gembira, yang 'penghuni' di rumah sewanya tidak mengganggu pada malam semalam.
Saya mengucapkan Alhamdulillah dan mengingatkannya supaya banyak bersyukur kepada Allah kerana segala kebaikan adalah di atas kehendak Allah semata-mata.
Dia bertanya berapakah bayaran yang perlu diberikan kepada saya di atas pertolongan saya itu.
Saya tertawa dan bertanya kembali, adakah saya pernah menyebut tentang bayaran sebelum ini ?
Namun, dia tetap berkeras untuk memberi bayaran sebagai tanda terima kasihnya kepada saya.
Saya memberi kata putus, jika hendak membayar juga, sedekahkanlah kepada mana-mana masjid. InsyaAllah, semoga dia dan saya akan mendapat kebaikan bersama-sama.
Dan saya juga menyatakan supaya dia tidak terlalu gembira. Dia sekeluarga perlu berhati-hati kerana dikhuatiri perkara ini belum tentu sudah selesai sepenuhnya.
Share this novel