Kali ini, bukan setakat isteri dan anaknya sahaja yang diganggu, Ibu Mertuanya yang menemankan keluarganya juga turut diganggu.
Malah Ibu Mertuanya mengalami gangguan yang paling dahsyat berbanding dia, isteri dan anaknya.
Selain daripada gangguan-gangguan yang pernah mereka alamai, leher Ibu Mertuanya dicekik oleh 'penghuni' itu sehingga sesak nafasnya.
Setelah Ibu Mertuanya membaca Ayat Qursi dalam hatinya kerana mulutnya tidak dapat bersuara, barulah 'penghuni' itu melepaskannya.
Pada satu pagi, dia sengaja meninggalkan Pondok Pengawal lebih lewat kerana ingin menunggu saya. Dia mengadu masalahnya semula kepada saya dan meminta kalau-kalau saya dapat membantu.
Dia juga menceritakan kejadian terbaru yang menimpa Ibu Mertuanya semalam.
Setelah memintanya menunggu sebentar, saya bergegas ke pejabat dan mendapatkan sekeping kertas dan pen.
Kebetulan, saya masih ada wuduk ketika itu dan terus menulis 'BismillahirRahmanirRahim' (dalam tulisan jawi) pada tiga keping kertas kecil dan berikan padanya.
Dua daripada kertas itu saya minta dia lekatkan di atas pintu hadapan dan pintu belakang rumahnya.
Manakala kertas yang terakhir saya minta dia letakkan di atas pintu bilik tidur utamanya kerana menurut ceritanya, kebanyakan gangguan berlaku di bilik itu.
Share this novel