BAB 6

Thriller Completed 3992

Berdasarkan pengalaman saya, Jin dan Syaitan memang licik.

Apabila mereka rasa terancam, mereka mungkin akan berpura-pura telah beredar atau berhenti daripada mengancam mangsa. Ini dilakukan untuk mengelak daripada terpaksa 'berhadapan' dengan orang yang tertentu.

Bukanlah kerana orang itu hebat, tetapi mungkin kerana orang-orang yang mereka takuti itu lebih dekat dengan Allah. Oleh itu doa mereka akan mudah dikabulkan oleh Allah dan ini menjadi ancaman besar kepada mereka.

Tapi itu orang lain, macam saya ini, tidaklah sebaik manapun. Kebetulan saja Allah memang hendakkan perkara itu berlaku.

Mungkin bukan disebabkan doa saya. Dan saya memang tidak layak untuk digelarkan orang yang mustajab doa, jauh sekali sebagai seorang yang warak.

Setelah hampir sebulan 'penghuni' itu tidak mengganggu, dia berjumpa saya lagi untuk mendapatkan kepastian, adakah 'penghuni' itu benar-benar telah beredar daripada rumah itu?

Saya pun tidak dapat memberikan jawapannya, cuma saya sekadar boleh mencuba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience