BAB 8

Thriller Completed 3992

Kebetulan saya ada kelapangan pada waktu itu dan tanpa melengahkan masa, saya mengajak mereka menunjukkan rumah yang mereka sewa itu kepada saya.

Mereka bertiga pulang dengan motosikal Honda EX5 dan saya mengikuti mereka dengan motosikal saya. Rakan saya itu mungkin belum mampu untuk memiliki sebuah kereta kerana pendapatannya yang tidak seberapa.

Timbul lagi rasa kasihan terhadap mereka, sudahlah susah, dianiayai oleh tuan rumah itu pula. Hendak mencari rumah baru dan berpindah pun bukannya mudah. Deposit sewa, deposit bekalan letrik dan air juga perlu diambil kira.

Setibanya saya di rumah itu, saya mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan Ayat Qursi sebelum turun daripada motosikal.

Kemudian saya melihat-lihat disekeliling rumah tersebut serta bahagian belukar di tepinya. Saya tidak merasakan sebarang perasaan luar biasa seperti seram sejuk atau bulu roma yang meremang.

Mungkin 'penghuni' itu telah beredar lebih awal apabila 'mencium' kehadiran saya.

Saya meminta izin kepada rakan saya untuk mendirikan solat dan meminta satu jag air bersih.

Setelah sejadah, tempat solat dan air disediakan, saya mendirikan dua rakaat Solat Sunat Hajat dan membacakan Surah Fatihah dan Ayat Qursi dengan kiraan tertentu pada air tersebut.

Setelah itu, saya memohon doa agar Allah kasihankan keluarga ini dan sudi membantu mereka.

Air itu saya berikan kepada mereka untuk minum dan mandi setelah saya ambil segelas daripadanya.

Segelas air itu saya renjiskan keliling rumah itu sambil membaca Surah Fatihah dan Ayat Qursi serta berdoa agar Allah memberikan perlindungan kepada mereka.

Alhamdulillah, selepas itu, mereka tidak lagi diganggu oleh 'penghuni' rumah itu lagi. Segala-galanya adalah dengan kehendak Allah, Dia Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience