Part 2 - Mimpi Atau Realiti?

Romance Series 5646

Tiba lah hari Rabu.

"Alhamdulillah, sampai dah kita." Ucap Tuan Badri sementara meletakkan kereta di depan rumah agam Tuan Hashim.

"OMG! Besarnya rumah dia ni. Eiy seriouslah aku tunang dengan anak orang kaya? Tapi siapa eh? Gambar pun aku tak pernah tengok. Haish!" Ucap Lydia dalam hati.

••••••

Siulan Qiem membuat Puan Fauziah memanggilnya. "Eh Qiem!"

"Ye mummy?"

"Nak ke mana pulak?"

"Nak keluar sekejap. Jumpa kawan. Hehehe."

"Laa.."

"Aik kenapa mummy?"

"Tak boleh! Kita ada dinner dengan family tunang Qiem."

"Hah? Mummy tak cakap pun? Err lain kali tak boleh ke mummy?"

"Tak boleh Qiem, mummy ngan daddy buat ni pun supaya Qiem dengan tunang Qiem tu boleh kenal-kenal."

"Aduh! Bengang betullah dengan perempuan tu! Eiy kenapa lah kau wujud! Tengok? Sebab kau lah! Aku kena cancel plan nak happy-happy malam ni. Eiy lah! Menyusahkan betul!" Rungut Qiem dalam hati.

"Okey mummy Qiem cancel."

"Ting! Tong!" Bunyi loceng rumah membuat Puan Fauziah tahu siapa yang ada di depan rumah.

"Hah dah sampai dah diorang. Qiem pergi duduk kat meja makan dulu."

"Ish! Menyusahkan!" Bisik hatinya. "Okey mummy."

••••••

Lydia jalan hanya menunduk. Berdebar pun ada rasanya. Takut untuk berjumpa dengan tunang nya itu.

"Assalamualaikum." Kata Puan Marina.

"Waalaikumussalam. Hah sampai pun. Macam mana tadi? Perjalanan? Okey?"

"Uish bolehlah. Tapi jam!"

"Hahaha! Tak apalah janji sampai. Dah jom-jom Qiem pun dah ada dah. Abang turun cepat mereka dah sampai ni abang."

"Alamak takutnya aku!" Ucap Lydia dalam hati. Kecut perut dia mendengar nama tunangnya itu. Tahu nama je, tapi belum pernah tengok muka dia.

"Aik mana Qiem, Ziah?" Soal Tuan Hashim.

"Fuh nasib baik dia tak ada." Bisik Lydia lagi dalam hati.

"Dah, jemput duduk Kak Marina, Abang Badri. Lydia duduklah. Jangan malu-malu."

"Hehehe okey mummy."

"Hah! Kalau panggil mummy means Lydia kena panggil daddy jugaklah."

"Hehehe baik daddy."

"Bik, mana Qiem?"

"Qiem katanya pergi toilet tadi Tuan."

"Oh hah tak apalah."

••••••

Tengah rancak berborak, tiba-tiba.

"Hai semua. Maaflah Qiem lambat."

Lydia memandang ke arah suara itu. Terbeliak kedua biji matanya bila nampak lelaki yang berbadan sasa dan berwajah kacak tu betul-betul depan matanya. Orang yang selama ni dia temgok di kaca tv sekaramg betul-betul ada di depannya!

"Eh hah ada pun. Sini mummy nak kenalkan ni lah bakal ayah mertua dan mak mertua Qiem."

"Uncle, aunty." Ucap Qiem menghulurkan tangan kepada Tuan Badri lalu menundukkan sedikit kepala menandakan hormat kepada Puan Marina.

"Dan inilah dia orangnya." Ucap Tuam Hashim pula.

Qiem berkerut dahi. Dia sudah tahu apa yang dimaksudkan oleh daddy nya itu.

"Oh! Not bad lah, lawa jugak. Tapi! Eiy sama je sebab wujudnya kau aku terpaksa kahwin awal!" Bengang Qiem dalam hati.

"Hai." Sapa Qiem kepada Lydia. Fuh! Sungguh talam dua muka eh Qiem!

Jantung Lydia berdegup sekencang-kencangnya! Dia rasa nak pengsan pun ada. "Hai." Dia pun membalas sapaan Qiem.

"Nama I Noah Haqiemi."

"Tahu."

"Tahu?"

"Err.. erm I mean, siapa jelah tak kenal you kan?"

"Hah! Tahu pun! Suka lah tu dapat jadi tunang aku! Eleh!" Bisik hati Qiem lagi.

"Eiy kenapa lah mama dengan papa tak pernah bagi tahu yang aku tunang dengan artis terkenal? Kalau tak, takde nya mama dengan papa susah payah pujuk aku. Eiy ya Allah mimpi ke apa ni?" Kata Lydia dalam hati. Rasa macam mimpi je. Mana taknya, artis yang paling dia minat bakal jadi suami dia. OMG!

"And you?"

"Erm.. I Lydia, Lydia Aurora."

"Wuu, nice name."

"Hehehe."

"Macam tuan dia."

Amboi! Pujian tu membuatkan Lydia blushing. Seorang artis popular memujinya!

"Eh! Dah sini Qiem duduk. Makan sama-sama."

"Okey mummy.

••••••

"Eiy handsomenya dia. Handsomenya bakal suami aku ni. Hehehe tak sangka betul eh aku dah nak jadi isteri orang." Bisik Hati Lydia. Lamunannya membuatkan dia tak sedar yang dia pun tengah dipandang oleh Qiem.

"Eish! Pandang-pandang pulak! Aku tahulah aku handsome! Eiy!" Bengang Qiem dalam hati.

"Eh you makanlah. Jangan termenung je hehehe."

"Eh! Hehehe okey." Muka Lydia merah padam. Ah! Malunya!

Gembira betul Lydia dapat makan bersama-sama dengan artis yang selama ni dia minat.

"Erm papa, kenapa tak pernah cerita pun kat Lydia pasal mummy and daddy?"

Tersengih Tuan Badri mendengar soalan anaknya itu.

"Mereka ni baru saja pindah, Lydia. Dulu duduk kat UK. Memang papa tak cerita lah."

"Oh, hehehe patutlah."

"Selama ni family mummy duduk UK tu, daddy ada kerja dekat sana. Balek Malaysia pun adalah dalam beberapa kali je. Itu pun atas urusan kerja jugak." Jelas Puan Fauziah.

"Oh hehehe sekarang baru Lydia faham."

Lydia tak habis-habis memandang ke arah tunangnya itu. Kacak sungguh!

"Lawa jugak eh dia bila senyum." Ucap Qiem dalam hati. Lalu dia mengemyitkan sebelah mata kepada Lydia.

"Uhhuk!" Tersedak Lydia melihat kelakuan Qiem tadi.

"Eh eh, kenapa tu Lydia?" Tanya Puan Fauziah.

"Hehehe tak ada apa mummy."

"Eleh! Happylah tu. Baru kenyit mata." Kata Qiem lagi dalam hati.

••••••

"Terima kasih lah sebab sudi datang hari ni."

"Sama-sama."

"Lydia. Macam mana? Qiem okey tak?" Soal Tuan Hashim kepada bakal menantunya itu.

"Hehehe oo.. okey jelah daddy."

"Hehehe tak apalah lama-lama nanti biasalah tu."

"Hehehe baik daddy."

"Hati-hati gerak tu."

"Ye, in shaa Allah."

"Bye, Lydia." Qiem melambaikan tangan padanya.

Tuan Hashim, Encik Badri, Puan Marina dan Puan Fauziah saling berpandangan. Bersyukur kerana Lydia dan Qiem nampak gembira. Mereka berasa memang tak salah dengan keputusan yang mereka buat.

••••••

"Weh! Aku ada benda nak cerita babe!"

"Apa dia lah kau ni tetiba semangat je."

"Aku! Dah tahu siapa tunang aku!"

"Hah? Siapa weh siapa?!" Soal Hana dengan tak sabarnya.

"Ehem!" Sengaja Lydia buat-buat batuk. Konon nak bagi suspen.

"Eiy cakap jelah!"

"Noah Haqiemi!"

"Oh Noah Haqiemi." Hana mengangguk-angguk perlahan. "Hah?! Noah Haqiemi?!!" Baru dia tersedar rupanya. "Kau biar betul?! Berangan lah tu!"

"Eish! Berangan apanya Hana oi? Tadi aku sendiri pergi rumah dia! Ya Allah memang gempak lah!"

"Hah? Seriouslah?!!" Soal Hana lagi seakan tak percaya. "Arh!! Jealousnya!! Artis yang kita berdua minat! Last-last jadi milik kau! Eiy! Mana aci babe!!"

"Nak buat macam mana? Takdir menyebelahi aku Hana." Ucap Lydia menunjukkan reaksi muka berlagak.

"Hm yelah tak apalah babe, asalkan kau happy. Aku pun dah happy dah."

"Alololo bunyi macam sedih je."

"Sikitlah."

"Hahaha! Janganlah sedih! Aku tunggu turn kau pulak okey?"

"Hm, okeylah."

"Hehehe. Dah pergi tidur. Aku nak pergi tidur jugak ni. Nak hadam kisah hari ini. Hahaha!"

"Eleh!"

••••••

YA ALLAH JIKA INI SEBUAH MIMPI, MAKA JANGANLAH ENGKAU KEJUTKAN KU DARI TIDUR KU YA ALLAH.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience