Part 8 - Pilihan Yang Salah?

Romance Series 5646

Saat-saat yang dinantikan Qiem pun tiba.

"Yeah! Sampai pun masanya. Sabar Qiem! Kejap je lagi Qiem!" Kata Qiem bersorak-sorak dalam hati.

"Hah, hati-hati balik tu. Cakap dekat Noah, jangan bawak laju-laju. Ada apa-apa bagitahu papa." Kata Tuan Badri sambil bersalam tangan dengan satu-satunya anak mereka itu.

"Iya.... Berapa kali dah papa cakap benda ni tau?" Ucap Lydia dengan ketawa dihujung ayatnya.

"Haish, papa risau lah tu. Sebab tu ulang-ulang je ayat sama." Puan Marina mencelah. "Ni mama nak cakap, ingat pesan mama tu, jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri pula."

"Hehehe, eiy mama pun sama je dengan papa. Ulang-ulang."

"Haish... Budak ni orang nasihat dia, main-main pula."

"Eh, mana ada main-main. Iya..... Lydia dengar. Lydia ikut. Lydia janji takkan jadi isteri derhaka mama." Kata Lydia dengan senyuman lebar.

"Hah! Keluar tu bagitahu suami dulu."

"Iya, mama.... Lydia tahu."

"Hm. Dah pegilah balik tu."

"Eh, mama halau?"

"Iya, mama halau. Tak nak mama tengok muka Lydia lagi dah. Hahaha!!" Kata Puan Marina sengaja bergurau.

"Hehehe. Okaylah. Kitaorang gerak dulu. Nanti Lydia balik kalau ada masa free."

"Hm, okay. Semoga lepasni hidup Lydia makin bahagia ye sayang? Doa mama dan papa selalu mengiringi Lydia tau?"

"Aamiin, thankyou mama."

"Okey ma, pa. Noah balik dulu ye?"

"Hah okey. Hati-hati."

"Byebye mama. Byebye papa."

Puan Marina dan Tuan Badri pun melambaikan tangan.

••••••

Lydia rasa gembira sangat-sangat. Rasa teruja pun ada nak balik rumah mereka. 

Dia melihat ke arah sebelahnya, Qiem dari tadi senyum lebar.

"Kenapa ni?"

"Hah? Kenapa apa?"

"You dari tadi senyum-senyum. Nampak happy semacam je?"

"Mestilah happy, sayang. Tak sangka, I dah mendirikan rumahtangga. Bila ingat-ingat balik. Memang best jalan cerita I kahwin dengan you ni." Senyuman di bibir Qiem tak menghilang langsung. Padahal dia gembira sebab lepasni tak perlu lagi dia pura-pura baik depan Lydia. Dah penat dah berlakon selama tiga bulan ni.

"Hm, tulah. I pun tak sangka I dah jadi wife orang. Artis popular pulak tu. I nak ucap thankyou so much sebab you sudi je nak kahwin dengan I, Noah."

"Hm eleh, kalau bukan aku kau tak mungkin lah nak terima kan? Kau fikir aku nak sangat dengan kau? Heh! Mati hidup balik pun aku taknak lah dengan kau perempuan. Eiy! Menyusahkan hidup aku!"

••••••

"Ahamdulillah, sampai dah." Qiem memilih untuk pindah ke rumah keduanya. Iaitu ruamh banglo bertingkat dua. Sebab, rumah pertama hanya apartment. Lagipun rumah tu hanya untuk dia lepak dengan kawan-kawannya.

"Hek eleh, sedap tidur eh perempuan ni?! Aku yang penat drive! Kau fikir kau tuan puteri?! Puih lah!" Qiem pun membuka tali pinggang keledar dan bergegas ke pintu sebelah untuk mengejutkan Lydia.

"Oi! Bangun!" Qiem menggerak-gerakkan badan Lydia. "Ish! Bangun lah! Kita dah sampai ni."

Lydia pun tersedar.

"Eh, you. Kita dah sampai?" Kata Lydia dengan suara baru bangun. Dia menggosok-gosokkan mata lalu keluar dari kereta.

"Wah..... Cantiknya rumah you." Ucap Lydia ternganga. Rasa kagum melihat rumah Qiem.

"Dah puas tidur?!"

Lydia tersentak dan menelan air liur. Dah kenapa pula Qiem tiba-tiba nak marah?

"You... You ke.. Kenapa? You marah I ke?" Ucap Lydia tergagap sebab takut.

Qiem hanya memutarkan bola mata.

"I minta maaf kalau you marah sebab I tertidur. Lagipun kenapa you.." "Kau angkat semua barang-barang, aku nak naik atas! Jangan lupa kemas rumah. Sebab rumah ni aku jarang datang. So maybe ada berselerak or ada habuk banyak." Arah Qiem panjang lebar.

Lydia mula rasa takut. Hairan kenapa Qiem tiba-tiba bersikap dingin padanya. "Apa salah aku? Apa aku dah buat?"

"Kau dengar tak oi?! Mengelamun pulak!"

Lamunan Lydia terhenti. "Ba... Baik you."

"Kau tak payah nak beryou-you bagai. Kau ingat pesan aku tadi! Kalau aku still nampak rumah masih bersepah lagi, siap kau eh!" Kata Qiem dengan menunjukkan jari telunjuk di muka Lydia.

Rasa sebak di dada Lydia. Adakah ini kebahagiaan yang mama katakan? Kenapa? Kenapa Qiem buat dia macam tu? Lydia salah apa? Nak menangis rasanya. Tapi apa gunanya? Bukan dapat apa pun? Nak menyesal sekarang pun dah tak berguna.

"No.... Noah, kenapa you tiba-tiba berubah ni? You... You tak suka ke kahwin dengan I?" Soal Lydia dengan suara lemah. Matanya rasa mula panas. Nak menangis.

"Ha.. Ha.. Ha.." Gelak Qiem memerli.

"Weh perempuan! Kau fikir aku suka ke kahwin dengan kau? Heh! Dalam mimpi jelah!" Kata Qiem dengan lagaknya.

"Lagi-lagi kahwin paksa! Kau fikir aku suka? Dengan tak tahu lagi kau siapa. Eh! Sebab wujudnya kau, plan aku selama ni gagal! Kau tahu tak benda tu?!" Kata Qiem, suaranya makin tinggi.

Mata Lydia mula berkaca. Ayat-ayat Qiem tadi membuatkan Lydia sedar selama ni Qiem hanya berlakon.

"Arh! Dah lah! Malas aku nak hadap muka kau!" Ucap Qiem sambil membuka langkahnya.

"Tapi, kenapa you tak tolak je bila mummy daddy nak kahwin kan you dengan I?"

Langkah Qiem terhenti. Dia memusingkan kembali badannya ke arah Lydia. "Kau apahal nak tahu pulak? Kau tak payah lah sibuk-sibuk nak tahu pasal aku bagai. Kau tu, kau fikir aku tak tahu?" Soal Qiem.

Lydia berkerut dahi. Dah kenapa pula dengan Lydia?

"Kau nak kahwin dengan aku hanya sebab aku artis kan? Lepastu sebab kau tahu aku anak orang kaya. Macam tu kan? Kau fikir aku bodoh? Hahaha!" Kata Qiem dengan gelak dipaksa.

"Astaghfirullahalazim, Noah! Apa you merepek? Eh jangan nak mengarutlah! Tuduh-tuduh I macam tu, seolah-olah I ni mata duitan!" Betullah tu. Kalau memang Lydia kahwin sebab harta, dia pun ada harta. Dia pun anak orang kaya juga.

"Dah tu?! Apa? Eh dah lah perempuan! Aku penat nak hadap kau!" Lagi sekali Qiem membuka langkah tapi terhenti lagi.

"Noah...." Panggil Lydia lemah. "You kenapa ni? I ada buat you terasa ke? Kenapa you tiba-tiba je macam ni? Habis selama ni? You layan I baik je."

Qiem tergelak mendengarkan ayat Lydia. "Bongok ke apa kau ni? Itu semua berlakon je! Kalau kau nak tahu sangat! Selama ni aku berlakon je, aku tak suka, aku tak sayang and aku tak cinta langsung! Pun dekat kau!" Qiem pun terus masuk ke dalam rumah.

Kata-kata Qiem tadi terngiang-ngiang di telinga Lydia. Dada Lydia sebak rasa macam dipanah petir. Sekarang Lydia betul-betul rasa kecewa. Dia rasanya nak je maki-maki Qiem sekarang. Tapi dia tahu, apa gunanya? Tambah dosa je dia nanti. Lydia rasa sedih. Padahal dia baru je nak bahagia mulakan hidup baru sebagai seorang isteri. Isteri solehah. Tak habis-habis Lydia fikir. Adakah dia membuat pilihan yang salah? Tapi, jika ini adalah takdir, Lydia redha.

"Ya Allah, aku redha dengan semuanya. Tak apa, nanti lama-lama Noah pasti terbuka hati nak terima aku. In Shaa Allah. Aku mohon Engkau tabahkanlah aku Ya Allah." Doa Lydia dalam hati.

"Sekurang-kurangnya dia jujur tentang perasaan dia." Kata Lydia seorang diri. Dia mengesat airmata lalu mengangkat barang-barang masuk ke dalam rumah.

••••••

LEBIH BAIK DISAKITI OLEH KEJUJURAN DARIPADA BAHAGIA DENGAN KEBOHONGAN

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience