Part 10 - Tunggu

Romance Series 5646

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Qiem memulas tombol pintu dan berjalan ke arah anak tangga untuk naik ke bilik.

Langkah Qiem terhenti kerana terlihat sesuatu. Dahi lelaki itu berkerut. "Banyaknya makanan. Dia masak banyak-banyak ni dia fikir aku kuat makan ke apa? Heh! Nak ambik hati aku lah tu." Qiem memutarkan bola mata.

Tiba-tiba anak matanya tepat melihat Lydia yang sudah tidur di sofa. "Aik? Perempuan ni buang tabiat ke apa? Acah tertidur kat ruang tamu lah tu, konon supaya aku dukung naik atas tidur dalam bilik? Dia fikir ni dalam drama ke apa? Eiy!" Bengang Qiem sendirian. Dia mengeluh lalu berjalan ke arah Lydia yang tidur memeluk lututnya kerana sejuk aircond.

"Oi! Bangun!" Qiem menggerakkan badan Lydia. Dia berdesis. Mana taknya, lebih tiga kali juga dia kejut tapi tetap tak bangun si Lydia ni. "Eiy kang aku tuang air atas muka kau ni kang!" Gumam Qiem.

"Lydia Aurora!!" Jerit Qiem dengan tegas. Suaranya memenuhi ruang tamu.

Lydia terkejut lantas matanya terbuka luas dan terus duduk. "Ke.. Kenapa you?" Dia mengesat matanya. Pandangannya kabur akibat baru bangun. "Eh, you dah balik?" Senyuman manis diberi buat Mr. Husband.

Tapi dia langsung tak menghiraukan senyuman itu.

"Kau apahal tidur sini? Hah? Buang tabiat?!" Marah Qiem dengan bercekak pinggang.

Lydia tertunduk. "Ma.. Maaf you. I tertidur tadi. I ingat nak tunggu you. Nak makan sama-sama." Dia pun mendongak melihat Qiem. Tapi renungan tajam dari Qiem membuat Lydia tertunduk kembali. Terdetik juga rasa bersalah dalam diri Qiem. Tapi, tetap juga dia tak boleh kalahkan ego dia. "Ah! Padanlah muka, siapa suruh tunggu!" Bisik hati Qiem.

Qiem menarik nafas dalam-dalam. "Lain kali, kau tak payah lah nak tunggu aku bagai kalau aku dah lepak kat luar. Dah sah-sah lah aku dah makan kat luar kalau macam tu! Nak tunggu aku buat apa? Kau makan jelah sorang-sorang!" Jelas Qiem panjang berjela.

"Kau tak payah nak acah baik nak tunggu aku bagai! Daripada kau mati kelaparan sorang-sorang baik kau makan je! Heh! Konon nak tunggu aku lah tu? Eh! Kau dengan sini eh, kau fikir aku hadap sangat ke nak makan ngan kau? Ingat aku ada selera nak makan bila dengan kau? Puih! Jangan mimpi!"

Deg!

Sesuatu terasa didada Lydia. Sebak? Sedih? Menyesal? Geram? Marah? Entah lah, dia pun tak tahu. Bercampur-aduk dah semuanya. Matanya rasa panas. Arh! Nak menangis rasanya. Namun, dia cuba untuk kuatkan dirinya. "Tak apa lah. Yang penting aku dah buat apa yang patut sebagai seorang isteri." Ucap Lydia dalam hati.

"Alhamdulillah kalau you dah makan." Kali ini senyuman kecil Lydia berikan. "I bukan apa. I cuma nak jalankan tanggungjawab I sebagai isteri you. I kan dah janji dengan ma.." "Kau makan sekarang!" Tak sempat Lydia habiskan ayat, Qiem membentaknya. Lydia terkejut.

"Woi kau pekak ke apa?!" Jerit Qiem lagi sekali.

Lydia baru nak melangkah ke meja makan.

Tiba-tiba. "Ish! Lembap!" Qiem menarik lengan Lydia ke meja makan. Membulat besar mata Lydia, terkejut dengan tindakan Qiem.

Kerusi di tarik lalu meminta Lydia duduk. Qiem pun menghidangkan makanan untuk Lydia.

"Dah basuh muka ke belum?" Kata Qiem dingin.

Lydia hanya menggeleng.

"Dah tu tunggu apa lagi?!" Marah Qiem. Terperanjat Lydia. Agak blur juga dia sekejap. Kemudian dia bangun menuju ke tandas di dapur dan membasuh muka.

Lydia tersenyum. "Walau kau layan aku macam ni, caring jugak kau dekat aku kan?" Dia menarik nafas dalam-dalam. "Haih. Tak apa lah, sabar je dulu. Sebab aku pasti satu hari nanti kau mesti akan layan aku dengan baik jugak, Noah. Aku yakin tu." Ucap Lydia cuba untuk positif.

••••••

"Dah! Aku naik dulu. Kau habiskan makanan." Kata Qiem mula membuka langkahnya. Lydia mengangguk dan senyum. "Okay you. I akan habiskan punyalah."

Qiem terus berjalan. Tiba-tiba dia patah balik. Haish, suka sangat macam ni. Dah pergi, tapi patah balik.

"Oh ya! Aku lupa nak cakap dekat kau. Kau kalau nak tidur nanti, masuk kat bilik belah kanan. Tu bilik kau, aku tidur dalam bilik aku sendiri. Remember that!" Pesan Qiem dengan wajah serius.

Lydia terpanah. "Tak kan lah sampai tak tidur sekali? Benci sangat ke dia dekat aku Ya Allah? Kenapa sampai dia sanggup siksa aku macam ni?" Ucap Lydia sedih dalam hati. Dia pun kemudian menyuap nasi ke dalam mulut. Sebak rasanya mendengar ayat Qiem sebentar tadi. Entah lah apa yang jadi dengan hidup dia sekarang. Nak menyesal memang dah tak berguna. Semua dah terjadi. Hanya mampu sabar dan redha dalam menghadapi semua ini.

••••••

"Morning, you." Sapa Lydia ketika melihat Qiem turun menuju ke meja makan.

"Hm. Morning." Jawab Qiem malas.

"Duduk lah dulu. I ada masak ni hah." Kata Lydia dengan melontarkan senyuman sambil menunjukkan nasi goreng yang sudah terhidang di atas meja. Tak sabar nak bagi Qiem rasa masakannya itu.

Qiem awalnya menolak sebab memang dia enggan makan berdua dengan isterinya yang langsung tidak dicintai itu.

Qiem pun cuba untuk duduk dan Lydia pun menghidangkan sepinggan nasi goreng itu untuk Mr. Husband. Tak hilang senyuman Lydia pagi itu. Gembira sangat sebab Qiem akhirnya nak juga makan dengan dia.

"Cukup tak ni?" Soal Lydia dengan tak sabar nak tengok reaksi Qiem makan makanan hasil air tangannya sendiri.

Qiem hanya mengangguk dengan muka dinginnya dan langsung tak memberikan senyuman.

"I ada buat sandwich telur jugak ni. You kan suka makan sandwich telur." Sambungnya lagi.

"Hm." Angguk Qiem lagi.

Qiem menyuap nasi goreng itu ke dalam mulutnya. "Eh sedap jugak dia masak rupanya." Kata Qiem dalam hati.

"Wah, mana belajar masak? Macam kat kedai makan lah."

Lydia tersenyum puas dengan reaksi Qiem. "Alhamdulillah you suka." Lega Lydia. "I belajar dengan mama lah siapa lagi." Jelasnya.

Qiem mengangkat kening dan mengangguk. "Oh.."

"Nasib baik you suka. I takut jugak tadi mana tahu you tak suka ke.."

Qiem tidak mengendahkan topik Lydia tadi. "Hm. Aku ada benda nak cakap ni."

Lydia mengangkat keningnya. Takut juga dia apa yang ingin disampaikan oleh Mr. Husband. "Apa benda tu? Macam penting je?"

Qiem menarik dan menghembus nafas. "Haish.. Nak tak nak kena juga cakap." Jawab Qiem dalam hati.

"You?" Panggilan Lydia membuat Qiem tersedar dari lamunan.

"Err.. Erm.. Sorry-sorry." Lelaki itu berdeham nak betulkan suaranya. "Malam tadi, mummy call suruh kita pergi honeymoon." Ucap Qiem dengan berat.

Mata Lydia membulat besar. Automatik bibirnya tersenyum. Tak sangka Qiem mengajaknya pergi berbulan madu.

"Tapi.." Ucapan Qiem terhenti. Terlihat seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Tapi apa you?" Soal Lydia.

Qiem menarik nafas. "Tapi kau jangan perasan okay? Aku cuma ikut apa yang mummy katakan je. Aku tak nak kau fikir yang kau ada harapan untuk ada dalam hati aku ni." Ujar Qiem.

Deg!

Sakitnya hati Lydia mendengar ayat dari suaminya sendiri. Baru saja dia nak rasa bahagia dengan berita yang Qiem sampaikan tadi. "Ya Allah, macam ni ke rasanya patah hati? Kenapa sakit sangat Ya Allah."

"Kau dengar tak?!" Qiem mula meninggikan suara.

Lydia tersedar. "Erm... Haah I dengar je. Okay you. Tak apa, I faham."

"Bagus! So, malam ni kau boleh lah packing. Nanti aku bagi tahu bila kita berangkat."

"Terima kasih, you." Ucap Lydia terharu. Walaupun dia tahu nanti honeymoon mereka ini tak sama macam orang lain, tapi tetap juga dia tak sabar. Rasa teruja sangat-sangat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience