Bab 4 - Pergaduhan

Romance Series 5646

"Erm, you kata you ada benda nak cakap masa kat mesej pagi tadi?"

"Haish, macam mana ni? Takkan aku nak terus terang je? Aduh! Ke.. Aku ikutkan saja apa yang Danial cakap tadi? Aish serabutlah! Eh wait, kalau aku bagitahu, nanti dia bagitahu mummy daddy? Automatic lah benda ni punca daripada aku. And then rumah aku? Dua-dua daddy ambik! Habislah! Dah lah semua member-member aku dah tahu. Aduhhai! Malu aku nanti." Fikir Qiem panjang lebar.

"You, you dengar tak?" Soal Lydia sambil melambai-lambaikan tangannya di wajah Qiem. "You kenapa ni? Gelisah semacam je nampak? Ada apa-apa ke?"

"Eh, hehehe tak ada apa." Jawab Qiem sambil menggaru-garu kepala. "Hm macam mana eh?" Katanya lagi.

Lydia semakin bingung. Mana taknya, Qiem lain semacam je hari ini.

"Sebenarnya I nak bagi tahu yang..."

"Yang?"

"Erm, I... I.." Tergagap-gagap Qiem nak bagitahu. Dia ragu-ragu samada nak bagi tahu ataupun tak.

"Eee just straight to the point, I okey je lah."

"Erm, I.." Kata Qiem. Lydia pula makin tertanya-tanya berdebar pun ada.

"I... Sebenarnya dah tak sabar dah nak kahwin dengan you. Hehehe. Lagi sebulan lebih je lagi kita nak kahwin."

"Laa.. Ish! You ni I fikirkan apa lah tadi tau?"

"Hehehe." Sengih Qiem sambil menggaru-garu kepalanya. Dia ragu-ragu betul ke apa yang dia buat tu? Haih!

"In Shaa Allah, I pun dah tak sabar dah. I bersyukur sangat tau! I nak bagitahu ni. Kalau daripada mula-mula lagi I tahu yang you adalah orang yang mama dengan papa nak tunangkan dengan I. Tak payah I susah payah tolak sampai mama and papa pujuk-pujuk, rayu-rayu bagai. Hahaha!" Jelas Lydia lalu ketawa dihujung ayat.

Terdetik dihati Qiem. "Oh, so kalau bukan aku kau akan tolak lah? Haish! Nampak sangat nak harta je perempuan ni! Eiy!" Qiem merenung tajam ke mata Lydia.

Lydia pun rasa macam sedikit takut. "You, kenapa?"

"Eh? Erm.. Mana ada apa-apa. Hehehe. Dah lah cepat makan."

••••••

Qiem dan Lydia pun keluar dari sebuah kedai dalam Mall yang mereka pergi sekarang. Banyak betul Lydia shopping hari ini. Dah lah semua Qiem yang bayar. Padahal, Lydia tak terfikir pun Qiem nak bayarkan.

Qiem melihat jam ditangannya. Dah nak pukul 6 petang. "Erm, ada apa-apa lagi yang you nak?"

"Eish tak pe lah you, ni dah banyak dah tau? Nanti apa I cakap dekat mama and papa. Nanti diaorang fikir anak diaorang ni nak kikis harta you pulak." Lydia ketawa kecil.

"Eleh, memang ye pun!" Jawab Qiem dalam hati.

"Dah, kalau macam tu kita balek je lah, okey? Ke you nak pergi mana-mana?" Soal Qiem lagi.

"Erm, I pun dah penat dah ni. Jom jelah balek."

Qiem menjeling ke arah lain. "Eleh, padahal happy semua aku yang kena bayar!" Dengus Qiem. Ish.. Ish.. Qiem, Qiem, berkira betul! Padahal dia yang offer sendiri nak bayarkan walaupun Lydia dah tolak berkali-kali.

"Eh Noah Haqiemi???!!" Tegur seorang perempuan di dalam Mall tu.

"Aik?" Lydia menoleh. "Dah kenapa?" Dia menjeling. Rasa menyampah betul dengan perempuan tu. Dah tahu Lydia ada dengan Qiem, tak payahlah tegur! Lydia mula rasa cemburu.

"Aduh mak!" Qiem menepuk dahinya. "Aku lupa nak pasang mask pulak! Haish!" Bisik hati Qiem. "Eh hehehe hye." Katanya berlagak macam mesra saja.

"Qiem, I minat sangat-sangat dekat Qiem! Nak tangkap gambar boleh tak? Hehehe." Kata perempuan tadi.

"Armm.." Qiem macam terfikir sesuatu. "Hah, aku nak kenakan Aurora lah. Padan muka kau perempuan!"

"Ah boleh boleh. Jom!" Jawab Qiem dengan semangat.

Terkejut Lydia mendengar jawapan Qiem. Sepatutnya, dia boleh faham yang dia sekarang tunang Lydia. Ish! Qiem ni!

"Erm Lydia, boleh tolong tangkapkan tak gambar I dengan Qiem?" Tiba-tiba perempuan tadi yang bersuara.

"Hah? Aku?" Bisik hati Lydia. Tak hairan pun orang tahu nama dia. Maklumlah, tunang artis popular. Dengan dia-dia sekali popular!

"Arm, boleh je. Hehehe. Sinilah." Jawab Lydia acah-acah okey. Padahal dia sudah berasa panas melihat tunang dia bergambar dengan orang lain. Ish!

"1, 2, 3, Clcik!"
"1, 2, 3, Click!"
"1, 2, 3, Click!"

Done!

"Wah, handsomenya Qiem dalam gambar! Apatah lagi depan-depan! Dah lah baik, layankan saja fans dia! Thank you so much, Qiem!" Kata perempuan tadi. Fuh! Excited betul!

"Eh no hal lah. I kena lah layan fans I. Tanpa fans, siapalah I. I takkan jadi popular macam ni. Hehehe." Ucap Qiem dengan berlagak. Dia hanya nak bagi Lydia cemburu saja sebenarnya. Ish! Tak baik punya Qiem!

Lydia makin rasa panas pulak. Apatah lagi mendengar Qiem bercakap lembut-lembut dengan perempuan tadi.

"Fuh! Sabar Lydia, tak boleh jealous-jealous." Ucap Lydia menenangkan dirinya.

"Arm, boomerang pulak boomerang pulak!" Kata perempuan tadi. Tah siapa tah nama! Haish! Padahal Qiem pun dah malas nak melayan. Tapi nak buat macam mana lagi? Layan je lah.

"Argh!! Cutenya kita berdua Qiem! So sweet."

"Ehem!" Lydia berdeham.

Qiem pun memandang ke arah Lydia. Rasa puas hati memenuhi dirinya kerana buat Lydia cemburu. "Okeylah, armmm.. I kena gerak. Bye. Next time kalau terserempak tegur-tegur jelah, I okey je." Kata Qiem meminta diri.

"Hehehe. Hey of course!" Jawab perempuan tadi.

"Bye!"

"Byebye!"

Perempuan tadi pun pergi. Lydia dan Qiem pula berjalan menuju ke arah tempat letak kereta.

Jalan punya jalan. Lydia pun akhirnya bersuara.

"Hm you kenapa macam tu hah?" Terkejut sedikit Qiem sebab tiba-tiba saja Lydia macam nak mengamuk.

"You tahu kan I ada? First date kita kot! Sepatutnya you kena hormat tau, I kan tunang you?!" Ucapnya lagi. Mungkin sudah terlampau tak tahan dengan cemburunya tadi.

"Eh apa you merepek? Baru tunang kot! Tu pun nak marah!"

"Merepek you cakap?"

"Hah dahtu?!"

"Eh! Apa? Salah ke kalau you tolak and then cakap tak boleh! Salah? Hah? Salah ke?!" Tiba-tiba makin tinggi pula suara Lydia.

"Oh, you jealous?" Soal Qiem yang membuatkan Lydia tak tahu nak cakap apa. Qiem tersenyum sinis. "Heh!"

"Arm! Arm.. Tak ada lah jealous tu! Tapi eiy.. I ka.."

"Halah! Jealous cakaplah jealous! Eh! You dengar sini eh? I.. Dari dulu sampai sekarang I akan tetap layan fans-fans I. Samada nak bergambar ke apa ke. I tetap kena layan! You kenalah faham! You kena lah tahu risiko you sebagai tunang artis! Dah cemburu pastu tak ngaku! Eh tak payah nak jadi budak-budak sangatlah! You tu yang patutnya faham I!"

Terbeliak kedua mata Lydia. Tak sangka pulak Qiem akan marah dia sampai macam tu sekali.

"Ish! Dah lah! I nak balek!" Jawab Lydia. Geram betul dengan Qiem hari ini.

"Ye nak balek lah ni!"

"Ish! I! Nak! Balek! Sendiri!" Ucap Lydia geram.

"Ish tak payah nak merepek lah Aurora! You sengaja an? Supaya mama, papa, daddy and mummy marah I! Macam tu?" Qiem menggenggam lengan Lydia.

"Heh! Tak kuasa I nak buat macam tu! Lepas lah!" Lydia pun membuka langkah.

"Aurora!" Jerit Qiem.

Lydia tak menghiraukan Qiem langsung. Dia terus berjalan ke arah mana entah. Main pergi saja.

••••••

"Aduh mana teksi ni? Argh! Grab pulak! Kenapa tak ada nak pergi sini? Huargh!"

"Ish! Sampai hati kau kan Noah! Lebihkan perempuan tadi daripada tunang kau sendiri!"

Tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience