Part 9 - Kemas Rumah

Romance Series 5646

"Yes! Akhirnya!!" Sorak Qiem di dalam bilik. Gembira betul dia hari ini.

"Padan muka kau! Puas hati aku! Tak sabar lah pulak nak cerita dekat Danial." Kata Qiem bergegas mengambil telefon di dalam poket.

Qiem pun menelefon Danial dan memberitahu semuanya.

"Apa?! Weh kau biar betul?!" Terdengar Danial terkejut di seberang sana. Tak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.

"Haish.... Betul lah! Buat apa lah aku nak tipu kau." Kata Qiem. Dia merebahkan diri di atas katil.

"Eiy, kau ni gila lah Qiem!!" Jerit Danial geram.

Qiem ketawa bahagia. "Dah lah nanti lah borak lagi. Kejap lagi aku datang. Bye."

"Tit!"

Danial belum cakap apa-apa lagi Qiem dah matikan pnggilan. 

Dia pun bergegas untuk mandi.

••••••

Usai mengangkat barang-barang ke dalam rumah, Lydia pun mula untuk mengemas rumah. Betul kata Qiem banyak habuk. Entah lah, rasanya dah lama sangat Qiem tak jejak kaki di rumah ini.

Lydia menggenggam tangan lalu di letak di mulut konon nak jadikan sebagai mikrofon.
"Cintaku bukan di atas kertas!" Dia menyanyi sambil berjoget-joget di ruang tamu yang luas itu.
"Cintaku getaran yang sa!..." "Oi!" Nyanyian Lydia terhenti kerana Qiem memanggilnya.

Terlihat Qiem dengan segak memakai kemeja Biru Gelap dan dilipat sedikit lengan baju itu ke siku.

Hampir cair jugalah Lydia melihat Qiem.

"Kau tak payah nak nyanyi lah! Bingit kau tahu tak? Aish! Memekak je!" Kata Qiem menggosok-gosok telinganya.

Lydia tergelak kecil tanda malu.

"Aku nak keluar." Kata Qiem ringkas.

"Oh yeke... You nak pergi mana?" Tanya Lydia walaupun dia tahu Qiem takkan memberitahunya.

"Eh kau tak payah nak menyibuk hal aku lah!" Pantas je Qiem menjawab.

Lydia hanya tersenyum. "Hehehe... Okay-okay. Hati-hati keluar tu." Lydia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Qiem. Qiem hanya buat tak tahu dan berlalu pergi.

Tak sampai beberapa minit, Qiem datang kembali. Hairan juga Lydia kenapa Qiem patah balik. Terdetik di hatinya. "Qiem nak salam ke?"

"Kau jangan cuba-cuba nak bagitahu mama, papa, mummy and daddy eh?!" Kata Qiem dan jari telunjuknya sudah di depan mata Lydia.

"Lah... Ingatkan nak salam lah tadi." Bisik hati Lydia.

Dia berkerut dahi dan menjauhkan sedikit mukanya dari jari telunjuk Qiem tadi. "Erm, bagitahu apa ni?"

"Buat-buat bodoh pulak." Jeling Qiem.

"Kalau kau bagitahu pasal aku layan kau macam ni, kau siaplah eh? Tahulah nasib kau nanti macam mana." Kali ini renungan tajam pula diberikan oleh Qiem.

"Err..." Lydia terkeluh lidah melihat renungan tajam dari lelaki di hadapannya itu. Senyuman kecil diberikan untuk Qiem. "Hehehe. Okay-okay I tak bagitahu."

Tanpa berkata apa-apa lagi, Qiem pun pergi.

"Haih.... Apalah nasib kau kan Lydia? Baru nak merasa bahagia sebagai seorang isteri tapi dah jadi macam ni pula." Lydia tersenyum mengenang nasib diri yang menimpa.

Dia menghembus nafas kuat. "Kalau lah aku boleh tahu yang benda ni akan jadi. Aku tak kan terima kau. Siapa je yang nak sia-siakan hidup macam ni kan?" Kata Lydia kepada dirinya sendiri.

"Ish! Apa aku merepek ni? Tak baik. Walau macam mana pun, dia tetap suami aku jugak. Mana boleh jadi isteri derhaka Lydia! Kau kan dah janji dengan mama." Sambungnya lagi bercakap seorang diri.

Terdengar enjin kereta Qiem sudah dihidupkan. Lydia pun segera meletakkan bulu ayam yang dari tadi di genggaman itu ke atas meja dan cepat-cepat berlari menuju ke tingkap untuk melihat Mr. Husband. Terukir senyuman di bibir Lydia. "Bye-bye Mr Husband." Ucapnya melambai tangan dan hanya melihat kereta Audi berwarna Merah itu berlalu pergi.

••••••

"Haih.... Baru hari ini aku rasa letih bila kemas rumah." Kata Lydia seorang diri. Ya lah, dia nak bercakap dengan siapa lagi? Mampu bercakap seorang diri je.

Dia pun melabuhkan punggung di sofa yang empuk berwarna Kuning Emas milik Qiem itu.

"Ke....? Rumah ni yang besar sangat sampai aku letih macam ni sekali." Katanya lalu menghembus nafas letih.

Tiba-tiba Lydia terfikir sesuatu. "Aku nak masak apa eh malam nanti?" Sambung nya lagi. Dia tersenyum bahagia. Tak sabar nak bagi Qiem merasa air tangannya.

Tiba-tiba senyuman Lydia pudar bila teringat akan Qiem. "Eleh.. Kau fikir kau siapa Lydia? Kau ingat Qiem tu nak ke rasa masakan kau? Heh! Tengok muka kau pun dia tak ingin. Apatah lagi masakan kau? Jangan nak mimpi." Ucap Lydia mengingatkan dirinya.

Dia menoleh ke arah jam di dinding. "Dah nak maghrib. Perh! Lama jugak aku kemas rumah... Tapi tak rasa pun?" Kata Lydia bangga dengan dirinya.

"Eh, Qiem balik pukul berapa eh?" Bisik hatinya lalu segera mengambil telefon di atas meja.

••••••

"Kau jangan sampai nanti menyesal doh, Qiem."
Kata Danial. Berbuih dah mulut Danial. Puas dia menasihati Qiem tetap juga Qiem degil. Enggan ikut apa yang dikatakan olehnya.

"Ala... Aku malas lah Nial. Kau ni! Support lah aku. Eiy!" Qiem menjeling Danial lalu meneguk lemon ice tea di hadapannya.

"Aku bukannya tak nak support kau, bro. Tapi hal-hal macam ni jangan lah buat main doh Qiem. Kau tak kesian ke kat dia? Hah?" Kata Danial. Dia pun dah geram sangat-sangat. Tak tahu lagi nak cakap macam mana dengan kawannya itu.

"Eiy! Kau macam tak tahu je kan? Sebab dia tau tak aku kahwin awal! Sebab wujudnya dia!" Tegas Qiem.

"Lah.. Habis tu nak buat macam mana lagi Qiem? Dah jodoh kau! Tak kan kau nak salah kan takdir? Oh! Kiranya kau ni tak terima Qada' dan Qadar Allah lah eh? Macam tu?" Soal Danial. Sengaja memerli Qiem.

"Bu.... Bukan macam tu, Nial." Tergagap dah Qiem menjawab. Otak dah blank tak tahu nak bagi jawapan apa lagi.

"Dah tu? Kalau bukan macam tu, macam mana?" Soal Danial lagi.

"Ala... Semua ni perlu masa lah , Nial."

"Ye... Aku faham bro. Tapi takkan kau nak layan dia sampai macam tu sekali?"

"Haih." Qiem mengeluh. Geram juga dengan kawan dia seorang ni. Ingatkan bila dah cerita kat dia ni boleh lah dia support. Rupanya tak.

Danial masih lagi membebel. Mengalahkan Mak Cik bawang! Entah apa yang dibebelkannya itu. Tapi yang pasti semua pasal nasihat untuk Qiem.

Qiem buat-buat tidak tahu. Malas dah nak fikir lagi.

Tiba-tiba telefonnya berdering.

Baru berhenti Danial daripada bebelannya ketika mendengar telefon Qiem berdering.

Qiem pun segera melihat siapakah yang menelefonnya. "Lah... Panjang umur." Ucap Qiem mengangkat kening lalu menjawab panggilan itu.

"Hah! Pahal kau ni?!" Jawabnya tak ada salam, tak ada hello dan langsung tak berlembut pun.

"Er... So... Sorry ka... Kalau I ganggu you."

"Hm. Tak. Kenapa?!" Kata Qiem. Malas betul dia nak melayan perempuan ni.

"You balik pukul berapa? You tak balik lewat kan?" Tanya Lydia.

"Eh kau ni kenapa?! Suka-suka aku lah nak balik bila!" Jerit Qiem.

"Ish! Cakaplah elok-elok! Bukannya aku pekak!" Bisik hati Lydia. Tak berdaya dia cakap betul-betul sebegitu. Hanya mampu berkata dalam hati.

"Erm, I cuma tanya je you. Sorry lah ka..." "Kau tak payah lah nak tanya-tanya bagai. Diri aku, aku tahulah aku nak balik bila." Jawab Qiem memotong ayat Lydia.

Ish! Memang tak cakap lemah lembut langsung!

"Okaylah kalau macam tu nan.." "Tit!"

Belum sempat Lydia habiskan ayat, panggilan sudah pun tertutup.

"Eiy main tutup je!" Bengang Lydia.

"Nasib baik kau suami aku tau? Kalau tak, eiy!" Bengangnya lagi. Sikit lagi dia nak baling telefon tu.

••••••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience