Part 3 - Janji Temu Pertama Kali

Romance Series 5646

Terkejut Lydia siapa yang chat dia subuh-subuh. Tak pernah-pernah!

Tertera nama "Noah Haqiemi".

"Morning Aurora!"
"I ada benda ni nak cakap kat you."
"Hari ni kita jumpa okey?"
"Nanti I datang amik you."
"Tata!"

"What?!! OMG!!!" Jerit Lydia lalu bangun dan melonjak-lonjak girang.

"Aurora? Dia panggil aku Aurora? Uish jarang-jarang! Memang special betul Mr. Fiance! Kalau macam tu, aku panggil dia Noah lah. Semua orang panggil dia Qiem kan. Hah aku sorang je lain hehehe." Katanya sambil meletakkan telefon di dada. "Yeayyy!!" Jerit Lydia lagi.

"Haish! Apa ni pagi-pagi buta bising-bising." Puan Marina masuk ke dalam bilik Lydia.

"Hehehe. Haah kan?" Lydia baru ingat dunia. Haish! Seronok betul si Mr. Fiance mesej dia.

"Mama, hari ni Qiem nak jumpa." Kata Lydia tersenyum lebar. "So, nak minta izin mama nak pergi jumpa Qiem kejap. Boleh tak?"

"Haish, mestilah boleh. Kan dia tunang Lydia mestilah mama bagi."

"Hehehe thankyou mama."

"Dah, mama nak masuk bilik. Dah solat belum?"

"Dah tadi, ma."

"Hah okey."

••••••

"Abang. Saya tengok anak kita tu bang. Dia macam happy je sejak semalam."

"Iyalah, mana tak happynya dah dia tu dapat tahu tunang dengan artis yang dia minat. Happylah jawabnya."

"Hahaha itulah tu bang."

"Tadi, dia minta izin saya. Katanya Qiem nak ambik dia harini. Diaorang berdua nak keluar."

"Eh boleh je, sementara tu bolehlah diaorang tu kenal-kenal."

"Tulah bang."

"Dah, abang nak pergi siap-siap ni."

"Hah yelah, Na nak buat breakfast dulu."

•••••••

"Hek eleh! Kau mesti happy an sekarang? Ish! Kau siap eh perempuan! Kau fikir aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Kau tunggulah nasib kau. Heh!" Kata Qiem dengan senyuman sinis.

Dia menguap. Lalu melihat jam di dinding. "Awal lagi kalau nak siap. Tidur kejaplah." Ucapnya setelah itu menggapai bantalnya lalu terus tidur.

••••••

"Aduh! Pakai baju apa eh?! Aduh! Tak ada baju dah!" Ucap Lydia bingung sambil membelek-belek baju di dalam almarinya yang berwarna merah jambu itu.

"Mama!!"

"Ye!" Sahutan Puan Marina dari arah dapur terdengar.

"Lydia tak tahulah nak pakai baju apa!!"

Puan Marina pun sampai di depan pintu bilik Lydia. "Aik? Habis baju banyak-banyak tu mana?"

"Eiy dah buruk lah mama. Asyik tu je. Pakai baju sama je tiap kali nak keluar."

"Dah tu? Takkan nak pakai sekali pastu buang terus?" Perli Puan Marina.

"Eiy mama!"

"Haish pakai jelah apa yang ada. Nanti shoppinglah beli baju."

"Mama, harini first date Lydia dengan Qiem tau? Malu lah kalau pakai tak cantik."

"Ish! Pakai tu tu!" Puan Marina menunjuk ke arah baju dress berwarna Nude.

"Hah? Ni? Lawa ke, ma?"

"Sangat-sangat! Apatah lagi bila Lydia yang pakai."

"Hm, okeylah Lydia pakai yang ni. Thank you mama!"

"Sama-sama sayang. Tak apa. Nanti shopping beli lah baju."

"Hehehe okey."

"Dah, sini turun makan."

"Okey, kejap nak kemas ni. Hehehe habis bersepah."

"Hah cepat mama tunggu."

••••••

"Mama.. nanti cakap kat papa, Qiem pinjam Aurora harini. Tak sampai maghrib pun nanti Qiem hantar balik. Hehehe." Kata Qiem dengan sangat sopan.

"Amboi, bagusnya minta izin. Walaupun tunang sendiri?"

"Eh mestilah mama."

"Hah, yelah hati-hati tau drive tu."

"Eee OMG! Tak sangka nya harini date dengan artis popular!" Kata Lydia dalam hati. Jauh di sudut hatinya sudah mahu menjerit saja.

Qiem pun bukakan pintu untuk Lydia. "Silakan masuk tuan puteri." Ah! Nak meletup Lydia di buatnya!

"Terima kasih."

••••••

"Aduh aku segan lah nak bercakap. Nak start cakap apa eh? Tapi dia kan laki, kenalah dia yang start dulu. Kalau tak nampak sangat lah yang aku ni terhegeh!" Bisik hati Lydia.

"Hah nak cakap apa?" Soal Qiem.

Terkejut beruk Lydia. Macam mana Qiem boleh tahu?

"I know you nak cakap something."

"Eiy mana ada lah."

"Eleh. So kita nak pergi mana?"

"Tak tahu." Lydia mengangkat bahu. "I ikut je."

"Ish! Inilah masalah perempuan! Bila tanya je tak tahu nak pergi mana. Menyampah betul!" Bengang Qiem dalam hati.

"Okeylah kita pergi cafe dulu. Lepastu kita pergi mall."

"Okey."

••••••

"Dah sampai!" Kata Qiem.

Lydia pun melihat sekeliling nak tahu mereka ada di mana.

"Kejap ye." Ucap Qiem lagi sambil menggapai hoodie dan pelitup muka di bahagian belakang.

"Aik dia nak buat apa ni?" Ucap Lydia dalam hati. Dia hanya melihat Qiem memakai hoodie dan pelitup muka itu. Dahlah kedua-duanya serba hitam. Kalau tengok sekali, orang akan syak dia orang jahat!

"Eh you, kenapa pakai macam tu? Dah handsome dah tadi tu kenapa tutup muka?" Soal Lydia dengan rasa yang amat hairan.

"Ish! I kan artis, taknak lah orang tahu yang I keluar dengan you. Malaslah! Nanti semua nak tangkap gambar. Harini I tak ada mood nak layan fans! Kang wartawan-wartawan tu tahu pulak!" Jelas Qiem dengan sangat-sangat arrogant!

"Laaaa I baru fikir nak selfie dengan you tau. Nak post kat story ig." Kecewa Lydia memikirkan hal itu.

"Alaaa simpan jelah angan-angan you tu. Nanti dah kahwin barulah you letak."

"Hm, yelah."

"Dah, jomlah masuk."

••••••

Mereka pun selesai memesan makanan.

"Erm macam mana aku nak start eh cakap yang aku terpaksa kahwin dengan dia? Aduhh!! Serabutlah!"

"You, you fikir apa?" Tanya Lydia.

"Eh, erm tak ada apa. Erm kejap tau I nak pergi toilet jap." Jawab Qiem.

"Ah, okey."

"Ish asal harini dia macam lain eh? Macam tak suka je kat aku? Aku dapat rasakan Noah semalam dengan hari ni berbeza. Ish! Tak mungkin lah! Takkan lah kot! Perasaan aku je kot."

••••••

"Ish angkat lah! Aduh dia ni!" Qiem berbisik keras di dalam toilet. Suaranya bergema.

"Titt!"

"Hah angkat pun! Aku call banyak kali tak nak angkat eiy!"

"Kau rupanya! Aku mandi lah tadi gila! Dahlah syampoo masih kat kepala ni hah. Kenapa? Eiy orang tengah mandi pun nak kacau!"

"Weh Nial! Aduh weh, aku sekarang buntu lah pulak. Macam mana nak cakap kat Aurora tu hah?"

"Hah? Kau tetap jumpa dia ke harini? And then nak terus terang?"

"Ye!"

"Kau memang bongok! Tak payah lah! Eiy kau tak kesian ke dekat dia nanti?!"

"Dahtu sian kat dia jelah? Aku? Siapa nak kesiankan?"

"Macam ni lah, kau teruskan je. Kau jangan buat tindakan melulu doh Qiem! Hah, silap-silap kau putih mata tau kalau Aurora tu taknak teruskan dah! And then kau jangan nak menyesal pulak masaty! Dahlah aku nak mandi ni jangan call lagi!"

"Tutt! Tutt!"

"Weh Nial! Nial! Ish main tutup je lah dia ni!"

••••••

"Hey, you i'm so sorry sebab lambat."

"Lamanya you, you okey tak?"

"Hehehe sakit perut tadi."

"Oh yeke? Habis sekarang you okey ke tak?"

"Takpe, dah okey dah. Eh kenapa tak makan lagi ni?"

"I tunggu you lah, makan sama-sama." Qiem terpanah mendengar ayat Lydia tadi. Rasa serba salah pun ada. Tapi bila ingat tentang dia dipaksa kahwin terus membuatkan dia jadi benci pada Lydia.

"Alaa, makan jelah tak payah tunggu I."

"Mana boleh, I kena tunggu you jugak."

"Hehehe. Dah dah makan cepat lepastu kita pergi shopping!"

"Hehehe okey."

••••••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience