Part 13 - Duka

Romance Series 5646

"Okey, semua bahan-bahan dah lengkap! So marilah kita pulang!!" Kata Lydia seorang diri. Ketika itu dia sedang memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta Kia miliknya itu.

"Eh Lydia? Lydia kan?" Terperanjat Lydia ada orang menyebut namanya. Dia pun menoleh ke arah suara itu. Dahinya di kerutkan. Cuba mengingat siapakah dia. "Hah! Luqman? Luqman kan?"

"Ya! Ingat lagi awak dekat saya eh? Saya fikir dah lupa dah." Kata lelaki itu. Dia tersenyum gembira.

"Mestilah saya ingat. Tak akan lah saya lupa awak pulak." Luqman adalah kawan satu kolej dengan Lydia dan Hana dulu.

"Hehehe. Awak sorang je ke? Noah mana?" Tanya lelaki itu lagi.

"Hehehe Noah ada hal hari ini. So saya keluar seorang-seorang je lah." Jawab Lydia.

"Lah. Ye ke? Nak saya teman ke macam mana?"

Terbeliak biji mata Lydia dengar soalan Luqman. "Aish! Dah kenapa pula dia nak teman aku?! Memang tak lah." Bisik hati Lydia.

"Erm. Hehehe I think tak apalah kot Luqman. Sebab saya pun dah nak balik rumah jugak."

"Aish! Melepas lah kau Luqman." Kata Luqman dalam hati. "Okeylah tak apa. Next time lah kot kalau macam tu." Ucap Luqman disertakan ketawa dihujung ayat.

"In Shaa Allah. Okey lah saya gerak dulu." Lydia meminta diri. Dia mula rasa tak selesa.

"Okey hati-hati." Kata Luqman tersenyum manis.

Lydia hanya mengangguk lalu masuk ke dalam kereta dan bergegas menuju ke rumah.

••••••

Lydia tiba di perkarangan rumah. Hairan juga dia kereta Audi milik Qiem sudah ada di depan rumah mereka. Dia keluar daripada kereta dan mengambil barang-barang yang dibelinya tadi. Dia pun cepat-cepat masuk ke dalam rumah.

Lydia melihat sekeliling mencari Qiem. Batang hidung Qiem tak terlihat. "Qiem tengah mandi kot dekat atas. Tak apa lah. Aku masak je lah sekarang. Lagipun dah petang dah ni." Gumam Lydia sambil menuju ke arah dapur.

••••••

"Tokk! Tokk! Tokk!"

Pertama kali bagi Lydia, Qiem membuka pintu bilik dengan sepantas kilat. Selalunya, nak ketuk berkali-kali sampai pintu nak tercabut baru Qiem nak buka pintu tu.

"Apa?!" Kata Qiem tak berlemah lembut langsung. Dia menunjukkan muka masamnya.

"Sorry kalau I ganggu. Jom lah turun makan. I dah siapkan dah semuanya." Lydia melontarkan senyuman manisnya. Lesung pipit di kedua belah pipinya memang buat orang cair. Tapi kalau Qiem tak cair juga tak tahulah.

"Kau turun je lah. Aku turun kejap lagi." Ucap Qiem mendatar.

"Okey Mr. Husband!" Ujar Lydia semangat sambil tabik kepada Mr. Husband itu. "I tunggu you okey? Kita makan sama-sama. Lagipun I ada benda nak cakap."

Qiem mengangguk. "Okey."

••••••

"Apa benda yang kau nak cakap kan?" Soal Qiem ketika mereka sedang makan.

"Erm... Tak apa lah you. Tunggu lepas habis makanlah baru borak pasal tu." Jawab Lydia.

"Hm yelah."

Beberapa minit selepas mereka habis makan, Lydia mula bersuara tentang apa yang ingin dia katakan.

"Hm you.. Sebenarnya, I nak cakap. Erm. I nak minta izin dari you." Ujar Lydia. Agak takut juga dia nak cakap, tapi nak tak nak kena juga bagitahu.

Dahi Qiem dikerutkan. Hairan dengan apa yang Lydia ingin sampaikan. "Apa?"

"Erm.. Boleh tak.. Erm.. Bo.. Boleh tak kalau I nak kerja?" Kata Lydia tergagap-gagap.

Membulat besar mata Qiem mendengar ayat Lydia tadi. "Kerja?" Dia mengangkat sebelah keningnya. "Kenapa tiba-tiba pula nak kerja? Bukan elok je ke before ni tak pergi kerja?"

"Erm.. Tak ada lah, I cuma rasa bosan je duduk rumah. Seorang-seorang pula tu." Ujar Lydia kemudian menunduk. Takut nak memandang mata Qiem.

"Tak payah lah. Better duduk rumah je. Kan lagi elok. Duduk senang lenang. Jaga makan minum aku. Lagipun, kau bukannya miskin pun. Mama papa kan ada? Kalau kau nak duit lebih. Aku pun ada. Minta je lah. Nak kerja buat apa? Memenatkan diri aje." Bebel Qiem. Dia mula rasa tak puas hati setelah beberapa kali Lydia tetap berdegil.

"Ta.." "Ah! Tak ada, tak ada. Aku kata aku tak izinkan. So, tak boleh."

"You.. Please." Rayu Lydia lagi. Entah kali ke berapa dah.

"Eh kau ni tak faham bahasa ke apa?!" Jerkah Qiem. "Yang kau beria-ria sangat nak kerja ni pasal apa pulak? Tiba-tiba je!" Qiem mula meninggikan suaranya.

Lydia terdiam seribu bahasa. Takut lagi dia nak paksa Qiem. Nampaknya, Qiem memang tetap dengan keputusannya. Lydia pun mengalah jua akhirnya.

Qiem berdeham membetulkan suaranya. "Seronok keluar tadi? Kenapa tak minta izin?"

Terbutang mata Lydia. "Dah kenapa tiba-tiba ke situ pulak?" Bisik hati Lydia.

"Aku tanya, seronok tak keluar tadi? Kau pergi mana? Kenapa tak minta izin?" Soal Qiem lagi. Bertubi-tubi soalan diberikan. Kedua belah tangannya diletak di pinggang.

Nampaknya, Lydia sudah boleh tahu apa yang bakal jadi sebentar lagi. Macam biasa, pergaduhan besar! Sudah masaklah Lydia dengan perangai Qiem. Dan pada akhirnya, Lydia juga yang akan sakit hati dengan ayat-ayat Qiem nanti.

Lydia mengatur nafas. "Ma.. Ma.. Mana ada I tak minta izin. I dah chat you dah kan? You tak kan tak tengok langsung phone you kot hari ni?" Jawab Lydia cuba dengan selembut yang mungkin. Kalau boleh dia tak nak lah meninggikan suara pada suaminya itu.

"Oh wow! Sekarang pandai menjawab?!" Soal Qiem menepuk tangan. Dia pun datang mendekat ke arah Lydia. "Pandai menjawab ke sekarang?!" Bentak Qiem. "Aku tanya ni!!" Jeritnya lagi.

Lydia tergamam setempat. Seram sejuk tiba-tiba. Dah kenapa Qiem tiba-tiba nak marah dia pula?

"Macam ni kau kata tak nak jadi isteri derhaka?! Macam ni maksud kau nak jadi isteri mithali?! Isteri solehah?! Macam ni?!" Soal Qiem lagi. Kali ini suaranya semakin kasar.

Lydia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Tak.. Tak, Noah. I bukan nak jadi isteri derhaka. Tapi I cuma bagitahu benda betul. I keluar bukannya nak pergi mana pun. I cuma beli barang-barang je dekat supermarket depan sana tu." Jawabnya. Dia semakin hairan dengan Qiem. Tak akanlah sebab nak minta izin kerja saja, Qiem terlampau marah sangat sampai macam ni.

"Wah! Dah pandai menipu kau sekarang kan?" Qiem tersenyum sinis. "Kau biar betul ni Aurora?! Kau jangan cuba-cuba nak bohonglah!" Qiem memalingkan muka. Kemudian memandang Lydia semula.

"Kau fikir aku buta?! Ingat aku bodoh ke apa?! Kau ni perempuan jenis apa kau ni?! Kau tak reti nak jaga maruah aku ke hah?!!" Bentak Qiem. Suaranya kali ini memang makin kuat. Memang nampak yang dia terlampau marah.

Dahi Lydia berkerut. Apa yang dia dah buat? "A.. Apa maksud you ni, Noah?" Lydia tertunduk.

"Kau fikir aku tak tahu?! Kau keluar dengan jantan mana entah tengah hari tadi kan?! Eh! Mana maruah kau sebagai seorang isteri?! Kau tak fikir ke apa orang luar akan kata?! Minta izin keluar pun tak!!"

Lydia menelan air liur. "Maksud dia, Luqman ke?" Bisik hati Lydia. "Ta.. Tapi you, I dah minta izin."

"Kau tak payah nak menyampuk! Aku tengah bercakap!" Pekik Qiem.

Lydia tertunduk. "Sorry."

"Dah lah mesra-mesra tempat awam! Tak fikir langsung orang sekeliling akan kata apa! Kau memang tak reti nak jaga maruah suami dah ke?! Patutlah beria-ria nak kerja! Entah-entah memang nak menggatal dengan lelaki-lelaki di luar sana kan?!"

"Astaghfirullahalazim Noah!! Kenapa you cakap macam tu? Sampai hati you kan kata I macam ni? Eh, I dah call you berkali-kali dah you yang tak angkat. I dah pun chat. You tak tengok pun. Kenapa I pulak yang nak di persalahkan?!" Kali ini Lydia sudah tak fikir tentang dia meninggikan suara dekat Qiem ke apa. Lydia pun manusia. Ada hati dan perasaan. Ada had kesabaran. Kali ini Lydia dah tak dapat nak tahan dengan kata-kata Qiem tadi.

"Ah! Kau tak payah nak bagi alasan panjang-panjang! Point dia sekarang, kau kerja sebab kau memang nak jumpa lelaki tadi tu kan?!" Jerit Qiem lagi.

Lydia cepat-cepat menggeleng kepalanya. "Ta.. Tak Noah! Kenapa you fikir macam ni dekat I? Allahu Akhbar Noah. I masih waras lagi Ya Allah. I tahu batas I sebagai seorang isteri lah. Percayalah." Ucap Lydia cuba untuk memujuk Qiem agar percaya dengannya. Dia mencapai lengan Qiem. "Noah..." Namun Qiem menepisnya. "Kau tak payah nak pegang-pegang aku lah! Tak layak!"

Mata Lydia mula berkaca-kaca. "Seriouslah aku tak layak? Marah sangat ke dia dekat aku sampai macam ni dia buat? Dia buat aku macam tak ada hati, Ya Allah. Sakiiit.. Sakit sangat." Kata Lydia dalam hati.

Dia cuba nak jelaskan kisah tengah hari tadi. "Tadi tu Luq..." "Arh!! Dah lah Aurora. Aku tak nak tahu pun dia siapa! Kau tak payah lagi nak bagi seribu satu alasan kau tu! Naik jijik telinga aku dengar alasan kau ni!"

Hati Lydia semakin sakit. Kenapa Qiem sanggup bercakap tak fikir langsung perasaan Lydia? Memang Lydia di mata Qiem sangat jijik ke macam mana?

Kali ini air mata Lydia bergenang membasahi pipi. "Sampai bila, Ya Allah? Sampai bila aku nak hadap dia yang macam ni? Ini ke kebahagiaan yang mama katakan? Kalau macam ni lah makna kebahagiaan yang mama maksudkan, aku lebih rela tak kahwin." Satu persatu airmata mengalir. Kali ini sakit sangat Lydia rasakan. "Begini rupanya rasa bila seseorang yang kita sayang, tak mempercayai kita langsung."

"Dah kau tak payah nak menangis bagai lah! Kau fikir aku termakan dengan cara kau nak raih simpati macam ni?!" Ujar Qiem lagi.

Lydia mengangkat wajah memandang Qiem. "Ini kah Noah sebenarnya? Perangai macam ni? Artis yang aku bangga-banggakan selama ini? Ini sifat sebenar dia? Baru aku tahu.. Betapa busuknya hati seorang Noah Haqiemi sehinggakan isteri menangis pun dituduh meraih simpati." Ucapnya dalam hati. Tak mampu dia ungkapkan sebegitu di hadapan Qiem. Hal ini mungkin akan lebih menguatkan dirinya. Lydia menyekah airmata nya. Dia mencuba untuk senyum. Harap-harap dia boleh kuat hadapi apa yang akan jadi lepas ini.

"Okey fine! Yes! I keluar memang nak menggatal! I kerja memang nak menggatal pun! Ini yang you nak dengar dari mulut I sendiri kan?! Yes! I memang nak menggatal, Noah! So apa kena mengena hal ni dengan you? You jealous?!"

Tergamam Qiem mendengar kata-kata Lydia. "Jealous? Jealous tak pernah ada dari aku untuk seorang Aurora." Kata Qiem dalam hati. Dia terdiam. Tapi, ada betulnya juga Lydia cakap tadi. Kenapa Qiem nak marah sangat? Dia mendekatkan wajahnya ke muka Lydia. "Puih! Kau tak payah lah nak perasan."

"Hah dah tu? Kalau tak jealous biarkan je lah!"

Qiem terdiam. "Suka hati kau lah! Apa yang penting, aku tetap dengan keputusan aku. Aku tak nak kau kerja. Titik!"

"Ya Allah. Masih lagi ke? Apa yang you nak sebenarnya, Noah? I dah cuba jadi isteri terbaik untuk you. Walaupun you layan I macam sampah!" "Memang layak pun!" Jawab Qiem sepantas kilat.

"Kau tu kena lah sedar sikit aku ni artis popular! Nanti apa pula orang luar akan cakap? Kau kerja pun cuma nak menggatal. Kau dapat apa? Bukan nama kau yang buruk nanti. Aku jugak! Nanti orang fikir aku tak reti nak jaga isteri!"

Lydia berdesis. Dia tersenyum senget. "You fikir tu je kan, Noah? Asyik-asyik nama nama nama! Takut sangat nama you tu buruk. Popular you tu je yang you selalu fikir. Hati I yang you selalu sakitkan pun you sikit pun tak pernah nak peduli. Tak pernah nak ambik kisah. Kalau I pun you tak ambik kisah. Kenapa you nak kisah sangat pasal I nak kerja?!"

"Weh perempuan! Kau faham bahasa ke tak?! Hah?! Aku... Cuma nak jaga maruah aku! Aku tak nak nama aku buruk di sebabkan kau!!" Jerit Qiem betul-betul di wajah Lydia.

Lydia semakin merapatkan wajahnya ke muka Qiem. "You tak payahlah beria tak nak nama busuk. You tu, bukan setakat nama busuk, tapi dah memang hati busuk!! Sebab tak reti nak hormat perempuan! Wife you sendiri pulak tu!! Ini ke Noah Haqiemi sebenarnya?! Artis yang I bangga-bangga kan? Sifat hampir serupa dengan set..!" "PANG!!"

Satu tamparan hinggap di pipi Lydia. Nafas Qiem melaju.

Lydia menyentuh pipinya. Dia tak menyangka Qiem akan buat dia sebegitu. Pipinya juga kelihatan agak merah kesan dari tamparan Qiem yang dirasakan agak kuat tadi. Lydia menangis.

Qiem terkejut dengan perbuatannya. Dia sendiri tak menyangka tangannya boleh bertindak sebegitu terhadap Lydia. Sudah melampau!

Air mata Lydia tak henti mengalir. Perasaan sakit hati, pedih, bercampur-baur dengan pipi yang rasa memang sakit akibat tamparan tadi. Dia tersenyum walaupun tengah menangis. "Kalau ini yang you maksudkan I raih simpati, Tak apa I okey. You nak sangat kan I duduk rumah? Okey, I ikut kehendak you. Memang I kahwin ni hanya untuk jadi hamba you je pun." Ucap Lydia lemah sambil berjalan masuk ke dalam bilik.

"A.. Aurora.." Panggil Qiem. Namun, dah tak berguna. Lydia dah rasa sakit sangat. Dia tidak menghiraukan Qiem.

••••••

TETAP KUAT DAN TETAPLAH TERSENYUM WALAUPUN MELALUI PERJUANGAN YANG PAHIT. CINTA MEMANG MEMPUNYAI BANYAK DUGAAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience