Part 7 - Kahwin

Romance Series 5646

Lydia rasa gembira sangat-sangat. Mana taknya, dia dah sah menjadi isteri kepada Noah Haqiemi, artis lelaki yang paling dia minat sejak dulu lagi.

Petang itu, selesai sahaja majlis, Lydia tercegat mengelamun sambil lihat keluar jendela di biliknya. "Hm, tak pernah terlintas kat hati ni. Aku jadi seorang isteri kepada artis popular." Bisik hatinya dan tak henti-henti tersenyum.

Tapi senyuman tadi tiba-tiba menghilang. "Hm, macam mana aku nak hadap eh? Hidup sebagai seorang isteri artis? Boleh ke? Sedangkan aku haritu dah cemburu tak tentu pasal. Baru tunang! Haish..." Kata Lydia berfikir sendiri. Tiba-tiba dia menadah tangannya. "Ya Allah aku harap sangat aku boleh kawal perasaan aku nanti Ya Allah. Aku taknak buat Qiem kecewa dengan pilihan dia untuk menjadikan aku sebagai isteri dia." Lalu dia pun mengaminkannya.

"Tok! Tok! Tok!" Bunyi ketukan pintu bilik membuatkan Lydia tahu siapa yang nak masuk.

Cepat-cepat dia duduk di atas katil. Bersedia lah kononnya. Maklumlah, hari pertama jadi isteri. Berdebar-debar di dada!

Qiem pun datang mendekat dan duduk di sebelah Lydia. "Erm.... I nak cakap something ni." Kata Qiem selembut-lembut yang boleh. Tak macam selalunya.

"Ye, apa dia tu?"

"Boleh tak, malam ni jugak kita balik rumah I?" Soal Qiem sambil kedua tangannya memegang lengan Lydia. "Opps! I mean, rumah kita, sayang."

Blurp! Malu Lydia! Matanya membesar seakan terkejut.

"Kenapa ni?" Tanya Qiem merapatkan sedikit mukanya ke muka Lydia. Lydia menelan air liur menggeleng-geleng kepala.

"Elelele blushing pulak dia." Kata Qiem mencuit hidung Lydia. Lagi tambah malu Lydia dibuatnya. Merah padam dah muka Lydia tu.

"Salah ke... I nak panggil you sayang? You dah jadi wife I kot. Kenapa terkejut sampai macam tu sekali?"

Kali ini Lydia baru membuka suara. "Ar... Er... Tak... Tak ada lah." Tergagap-gagap Lydia menjawab sambil geleng-geleng kepala. Entah apa yang nak dimalukan sangat dengan suami dia tu.

"Hehehe. Sayang, janganlah malu-malu. I kan husband you sekarang." Tersenyum manis bibir Qiem. Padahal dalam hati dia rasa geli dengan dirinya sendiri sebab acah-acah sweet pada Lydia.

"Sayang tak jawab pun soalan I tadi?" Tanya Qiem lagi.

"Erm, tapi tak ke awal sangat you kalau kita balik malam ni jugak? Esok-esok tak bo..." "Tak boleh!" Tersentak Lydia mendengar jawapan Qiem. Dah lah Qiem meninggikan suara padanya.

"Aduh! Mati aku!" Bisik hati Qiem.

"Arr.. Sayang. I mean, erm.. Bukan tak boleh sayang. Tapi, I kalau boleh nak cepat-cepat duduk berdua dengan you sayang." Pujuk Qiem takut yang Lydia tahu tentang rancangannya.

Lydia menunduk. Tak sangka secepat ni pulak dia akan pindah dari rumah mama dan papa.

"Haish! Geram betullah dengan perempuan ni! Kau tengok eh perempuan! Tak pe Qiem tak pe. Kau sabar. Esok-esok nanti kau buli lah dia sepuas-puasnya, ikut suka hati kau!" Ucap Qiem geram dalam hati.

"Okeylah, okeylah. I minta maaf sayang sebab paksa you. Okey esok petang kita berangkat okay?" Jawab Qiem cuba untuk memujuk Lydia.

Mata Lydia berbinar. "Serious?"

"Ya, sayang."

"Eeeee thankyou!!" Kata Lydia dengan gembiranya. Dia tak sedar yang dia dah peluk Qiem sampai nak tercekik Qiem dibuatnya.

"Uhukk! Uhukk!"

"Eh! So... Sorry you. I happy sangat. Hehehe. Sampai tak perasan pulak."

"Hehehe. Sayang, kalau ye pun nak peluk I, peluk lah betul-betul. I kan dah jadi suami you. Tak payahlah sampai nak cekik I sayang."

Lalu mereka berdua pun ketawa.

••••••

"Wah, abang dengar tak tu?" Kata Puan Marina ketika terdengar gelak tawa Qiem dengan Lydia.

"Uish! Happy sangat mereka tu!" Kata Tuan Badri.

"Itu lah bang. Alhamdulillah kan abang? Kahwin jugak anak kita tu."

"Itu lah. Kalau tak, sampai kesudah tak nak kahwin."

"Hahaha!"

••••••

Jam pun menunjukkan nak dekat pukul 10 malam. Tiba-tiba telefon Lydia berdering.

Tertera nama "Hana."

"Tit!"

"Macam mana? Okay tak?" Tiba-tiba je Hana bertanya tiada salam ataupun hello ke apa.

"Okay apa kau ni?"

"Ish! Kau okey ke tak dengan suami kau tu?"

"Hehehe. Mestilah okey. Weh, Kau tahu tak babe? Dia sekarang perh makin sweet! Memang nampak yang dia betul-betul ikhlas dengan aku, babe. Aku tak sangka tahu tak?" Lydia tersenyum bahagia. Entahlah agaknya kalau mulut ni boleh koyak, dah koyak dah mulut dia tu sebab tersenyum je dari petang tadi tak henti-henti.

"Wah!!! Serious lah babe?" Teruja Hana.

"Iya, Hana..."

"Alhamdulillah. I'm happy for you babe!" Kata Hana dengan terharunya. "Haihh... Aku jelah bila entah nak kahwin."

"Hahaha!" Tergelak besar Lydia mendengar ayat kawannya itu. "Sabar lah. Nanti dah sampai masa kahwin lah jugak kau tu."

"Hm! Iyalah, kau tu beruntung tau? Dapat kahwin dengan orang yang kau minat dari dulu. Artis popular pulak tu!"

"Alhamdulillah. Apa yang penting, kau tu! Dah kahwin nanti jangan lupa jemput aku."

"Eeee babe, mana lah boleh aku lupa kau. Kau je bestfriend aku tau? Aku nak jemput siapa je. Maklumlah aku ni dari kecik lagi kawan dengan kau sorang je."

"Hahaha! Dah lah Hana, tak payah kau nak buat drama sedih-sedih malam ni. Yang penting aku happy sangat sekarang."

"Ish! Pukul kang Lydia ni! Huargh!" Rengek Hana di seberang sana.

"Alololo, tak payah lah nak merengek-rengek macam baby. Cubit tahulah."

"Cakap dengan siapa tu?" Tiba-tiba saja wajah Qiem muncul di sebelah muka Lydia. "Opocot!!" Terkejut beruk Lydia dibuatnya.

"Eh, babe kau okay ke?"
"Hello?"

"Tit!" Disebabkan terkejut, Lydia tak sengaja tertekan butang merah panggilan tadi.

"Eish you ni! Terkejut I tau!" Geram Lydia pada Qiem sambil memukul kecil dada Qiem.

"Hahaha!! Lawaklah muka you." Qiem gelak terbahak-bahak melihat wajah Lydia tadi.

"Ish! Tak baik! Nasib baik I tak ada serangan jantung tau?!" Dengus Lydia sambil menjeling.

"Ala... Tak payahlah marah, sayang. Tak baik tau tinggikan suara dekat suami. Suami you tau sekarang ni?"

"Hm." Lydia hanya memeluk tubuh.

"Erm... Kan I tanya... Borak ngan siapa tadi?"

"Eish! Sibuk je lah nak tahu."

"Aip! Memanglah kena menyibuk, I patut tahu you borak dengan siapa, sayang."

Woaahh, berbunga-bunga hati Lydia mendengar ayat suaminya tadi. Rasa macam ada orang yang ambil berat tentang dia. Tak pernah-pernah Lydia rasa macam ni.

"Hana je. Dia tanya pasal you lah."

"Hah? I?" Wajah Qiem berkerut.

"Ye.... Dia tanya you okey ke tak."

"Oh, you cerita buruk erk pasal I?!"

"Eh, mana ada! Merepek!"

"Dah tu?"

"Dia cuma tanya you okey tak ngan I."

"Wah, bagus eh Hana tu, betul-betul caring pasal you sayang. Apa? Dia fikir I ni jahat ke? Macam tu?" Tanya Qiem ingin tahu.

"Ish! Tak ada lah."

"Eleh.."

"Iya, betul."

Mereka pun senyap seketika.

Qiem menguap.

"Hm... Macam tak sabar pulak nak tidur malam ni. Ada orang teman. Hehehe." Ujar Qiem melihat ke arah Lydia.

"Apa?!" Lydia tiba-tiba rasa takut. "Aduh, matilah aku." Katanya dalam hati.

"Apa? I cakap je. Betullah malam ni, tak sangka I dah ada orang tidur sebelah I. Hehehe. Jom tidur?" Ajak Qiem.

"Ish! Merepek lah. You tidur lah sorang-sorang, I tak ngantuk lagi, belum nak tidur lagi."

"Aurora....." Panggil Qiem dengan sengaja melembutkan suaranya. Dup! Dap! Dup! Dap! Lydia rasa.

Lydia menoleh. "Ish, you. You.. You tidurlah dulu. I tak ngantuk. Hehehe." Kata Lydia menggaru-garu kepala.

"Apa? Kenapa macam takut je ni? I gurau jelah! Eleh!" Kata Qiem menyengetkan bibirnya.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Aku belum ready lagi nak tidur dengan dia. Arghh!!! Segannya." Kata Lydia dalam hati.

"Kau fikir aku nak sangat dekat kau? Puih! Tak hingin!" Jeling Qiem. "Tak pe Qiem, tak pe. Aduh, tak sabarnya nak esok!!!" Bisik hati Qiem teruja.

••••••

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience