BAB 6

Romance Completed 2722

Syamir tersedar dari lamunannya apabila telefon bimbitnya berbunyi.

Terlalu lama aku berangan.

“Aku suka dia juga ke? Baik aku jawab call ni dulu. Jarang cik adik ni

call.” Syamir segera menjawab panggilan daripada Ria.

“Abang Mir, baliklah! Ada artis datang rumah kita ni.”

“Artis? Siapa?” soal Syamir.

“Banyak tanya pula. Cepatlah. Ria nak balik. Nanti Zeck cari, habis Ria

kena bebel dengan abang Syam. Cepatlah!” kata Ria. Dia datang ke rumah

abangnya sekadar mengambil Syanaz. Syanaz di jaga oleh orang gaji ayah

angkatnya itu.

“Baiklah!” segera Syamir pulang.

“Ain!” Syamir terkejut dengan kehadiran gadis itu. Baru aje aku hantar

balik, dia datang rumah aku pula.

“Kenapa datang sini?”

“Sebelum tu, benarkan Ria balik dulu ye abang Mir.” Ria mahu meminta

diri dulu. Nasib baik Syanaz tidur.

“Tak boleh. Ria kena teman abang.”

Pandangan Syamir masih ada pada Ain.

“Kau tinggal ni.” Ain hulurkan sesuatu.

“Dompet aku!”

“Kau tercicir masa turun dari kereta tadi untuk bukakan pintu pagar

rumah aku.” jelas Ain. Syamir hanya buat muka serius.

“Terima kasih.” Ucapnya.

“Aku setuju dengan lamaran kau tetapi ada syaratnya.” Akhirnya Syamir

berkata setelah sekian lama membisu.

Dalam fikiran Ria cuma ada satu aje perkataan. Pelik!

“Apa dia? Aku tak kisah. Aku akan buat yang terbaik.” Balas Ain.

“Ini kontrak yang perlu kau patuhi kalau mahu bercinta dengan aku.”

Syamir memberi satu dokumen kepadanya.

“Kau ingat ni apa? Aku tak nak cinta kita berkontrak.” Ain tidak berpuas

hati. Dia mahu selamanya dengan Syamir. Dia benar-benar mahu berada di

samping lelaki itu.

“Ini bukan kontrak cinta!” tegas Syamir yang sengaja mendekatkan

wajahnya di muka Ain. Ain tergamam. Mereka begitu hampir.

“Hey! Hey! Nak bercium tempat lain okey. korang teruskan ye? Ria nak

balik juga!” marah Ria. Saje nak cari masalah korang ni.

“Ala kak Ria.” Ain membuat muka monyok. Sebenarnya dia rasa malu dengan

kata-kata Ria.

“Ala Ria, teman la abang. Kejap aje.” Syamir pula cuba memujuk.

Ain mula membaca dokumen tersebut sekali imbas. Nak marah pun ada. Geram

pun ada.

“Apa ni?”

“Mari aku terangkan satu-satu okey?” Syamir berkata. “Kau baca dan aku

terang tau.” Arah Syamir.

“Yang pertama, jangan tinggal solat.” Dahi Ain berkerut. Mana ada ada

aku tinggal solat? Mak ayah aku ajar cukup tapi aku aje degil tak nak

pakai tudung lagi. Ain mengeluh.

“Aku belum terangkan, kau dah mengeluh. Tadi kata sanggup.”

“Aku mengeluh sebab lain la. Kau terang la cepat sikit.”

“Hmm, masa aku jadi pak cik yang menjaga kau siang dan malam, aku tengok

kau tak solat. So, aku nak kau bersolat. Kalau boleh. Buatlah kerana

Allah. Bukan kerana aku suruh.” Tegas Syamir.

“Aku sembahyang la!” marah Ain.

“Tapi aku tak pernah tengok kau solat.” Pangkah Syamir. Ria pura-pura

tidak mendengarnya. Dia bersandar di sofa.

“Masa tu aku sakit perempuan, tak boleh solat la, pandai.” Geram Ain.

“Ops! Salah yer? Okey! Lupakan aje.” Syamir termalu.

“Kedua, menutup aurat.” Baca Ain. Aku dah agak. Syarat ni mesti aku kena

kaw kaw punya.

“Hah bab aurat ni kau tahu la sendiri. Kalau boleh aku nak yang pakai

tudung macam kak Ria kau tu. Sedap sahaja mata memandang. So, lu fikir

sendiri la.” Kata Syamir menggunkan dialog Nabil Raja Lawak.

“Gangster nampak!” Ain naikan sebelah keningnya.

“Polis gangster. Kau boleh panggil aku macam tu.” Syamir tersengih.

“Ketiga, kalau date, kena bawa adik or kakak kesayangan, Kak Ria.”

“Syarat ni, kalau boleh aku tak nak berdate berdua. Pasti mengundang

makhluk ke tiga. So, pandai-pandai kau pujuk kak Ria kau tu.” Pesan Syamir.

Ria yang baru sahaja mahu lena terkejut namanya disebut.

“Eh, kenapa Ria pula yang terlibat abang Mir? Tak nak la! Korang nak

date, itu korang punya pasal. Ria nak pergi bermanja dengan Zeck okey?

Takde mana nak temankan korang.” Ria menolak.

“Ria kena teman abang, kalau tak, abang saman buah hati Ria tu.”

“Apa ni? Baik ugut-ugut! Ini masuk sekali dalam undang-undang cinta

abang ke?” soal Ria.

“Tak. Ini undang-undang untuk adikku manis, Puan Ria.” Sindir Syamir.

“Okey-okey. Kita mengalah.” Ria diam semula.

Ain hanya tersengih. Comel pula tengok muka kak Ria ni.

“Ke empat ni best. Tiap kali kita keluat makan, aku akan belanja kau.

Maknanya kau kena belanja aku makan.” Ain tersenyum.

“Yelah. Aku tak suka perempuan belanja aku. Itu prinsip aku.” Syamir

tertunduk wajahnya.

“Aku rasa pelik yang kelima ni. Berkelakuan sopan. Selama kau kenal aku

adakah aku seorang yang tak sopan?” Soal Ain.

“Sopan tu, macam sekarang la. Kau ni, cakap lepas aje. Kalau A yang kau

nak cakap, sebut A terus. Kalau nak tegur orang tu, biar berkias sikit

supaya orang lain tak terasa hati. Ada faham?” Syamir memandang wajah

Ain. Mata ain pula terkebil-kebil membalas pandangan Syamir.

“Faham pak cik Polis.” Gurau Ain.

“Tengok tu! Sedap sahaja panggil aku pak cik. Panggil la abang ke, sedap

juga telinga ni nak dengar.” Syamir menegur Ain. Ain tersenyum lalu

ketawanya tercetus.

Ketawa ain tersentap apabila membaca undang-undang ke enam.

“Dapat ke aku buat ni?” peluh mula hadir di dahi Ain.

“Dapat punya!” giliran Syamir pula tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience