BAB 7

Romance Completed 2722

“Dapat ke aku buat ni?” peluh mula hadir di dahi Ain.

“Dapat punya!” giliran Syamir pula tersenyum.

“Tak nak la. Aku memang tak dapat kawal kecuali depan peminat-peminat

aku aje.” Kata Ain.

“Kalau macam tu. Anggaplah aku peminat kau.” Syamir tersenyum.

“Mana boleh samakan kau dengan peminat aku. Kau ni lain dari yang lain.”

Malu-malu Ain kata berkata.

“Eh, tak boleh! Kau kena patuhi juga.” Syamir tersenyum lagi. Dia yakin

yang Ain tak dapat melakukannya.

“Apa yang serius sangat ni?” tegur Ria. Pelik pula aku dengar perbualan

diorang ni. Pantas Ria mengambil dokumen tersebut.

“Undang-undang ke enam ialah....” Ria membaca dalam hati. Akhirnya

meletus juga ketawanya.

“Apa ni abang Syamir? Ketawa? Jangan ketawa kuat-kuat? Ini pun

undang-undang ke?” Ria turut ketawa.

“Undang-undang tetap undang-undang. Baru boleh bahagia.” Kata Syamir

dengan bersemangat.

Wajah Ain sudah monyok. Sukar untuk dia kawal ketawanya.

Ain pun membaca undang-undang seterusnya.

1. Jangan tinggal solat

2. Menutup aurat

3. Kalau date, kena bawa adik or kakak kesayanganmu, kak Ria.

4. Tiap kali kita keluar makan, aku akan belanja kau.

5. Berkelakuan sopan

6. Jangan ketawa kuat-kuat

7. Layan lelaki lain

8. Jangan banyak cakap

9. Depan orang ramai jangan over sangat

10. Jangan bermekap sangat

11. Jangan pakai kanta lekap

12. Beritahu ke mana mahu pergi dengan kadar segera

13. Jangan memalukan diri sendiri dan kekasih hati (aku la tu)

14. Hormati orang lain

15. Kau mesti cinta aku, sayang aku, seumur hidup kau dan tidak melebihi

cinta kau pada yang Maha Esa.

Ain terasa malu apabila membaca yang terakhir. Dia benar-benar insaf.

Tidak melebih cinta pada yang Maha Esa.

Air mata Ain mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience