BAB 8

Romance Completed 2722

“Eh, yang kau menangis ni kenapa?!” Syamir naik gelabah. Dia tidak boleh

melihat perempuan menangis. Mulalah dia mahu gelabah tak tentu pasal.

Ria pun tersentap.

“Ayop! Tak tahu! Ayop! Abang buat Ain nangis! Ria tak campur.” Ria

sengaja ingin membuat Syamir makin rasa bersalah.

“Ria cuba la pujuk dia.” Syamir masih setia melihat wajah Ain.

“Assalamualaikum...” ada orang memberi salam dari luar.

“Abang pujuklah Ain, Ria nak tengok siapa yang datang tu.” Ria terus

bangun dan menuju ke luar.

“Ala, Ria....” panggil Syamir yang agak gelabah.

“Ain, kenapa kau nangis? Sabar. Banyakkan bersabar. Segala yang berlaku

ada sebabnya. Kau kena sabar.” Nasihat Syamir yang berdiri di sisi Ain.

Ain mendongak memandang Syamir. Dia tersenyum. Tak salah lelaki yang aku

pilih untuk jadi teman hidup aku. Terima kasih Ya Allah. Aku harap

hubungan aku dan dia kekal sampai bila-bila. Kasih ini keranaMu, Ya

Allah. Bisik hati Ain.

Ain mengelap air matanya.

Apa kena dengan minah ni? Bukankah dia menangis tapi sekarang ni dia

tersenyum pula? Sakit ke buah hati aku ni? Adakah undang-undang aku ni

buat dia jadi tak betul sikit? Atau skru dia tertanggal satu? Ya Allah,

aku sayang dia. Aku kenakan undang-undang ni pun kerana aku mahu dia

bersama aku. Menemani aku dan menghormati aku sebagai teman istimewanya.

Aku mahukan terbaik untuknya. Syamir sempat berdoa dalam hati.

“Syamir, terima kasih sebab buat undang-undang ni. Entah mengapa hati

ini rasa senang.” Jelas Ain.

Syamir berasa lega mendengar kata-kata Ain.

“Sama-sama.”

Mereka saling membalas senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience