BAB 4

Romance Completed 2722

Syamir mengeluh melihat Man yang tersengih.

“Apa ni Man? Aku nak bercuti aje, bukan nak bekerja.” Syamir sudah

meminta cuti selama dua minggu. Selama dia bekerja. Dia tidak pernah

memohon cuti dan dia gembira cutinya lulus tetapi dengan syarat menjadi

pengawal peribadi penyanyi yang semakin popular itu selama seminggu.

“Ala, bapak dia bayar mahal. Aku tak boleh sebab isteri aku dah sampai

waktu dia nak bersalin. Kasihan la kat aku ni. Kau ganti aku aje.” Pinta

Man.

“Ish kau ni!” akhirnya Syamir bersetuju.

“Thank Syamir. Kau akan jadi ketua tau. Aku pergi dulu. Bye!” Man terus

meninggalkan Syamir. Tidak sempat Syamir mahu berkata apa-apa.

Syamir masuk ke dalam sebuah bilik. Dia merupakan ketua dan dia terpaksa

menjadi wakil untuk berbincangan dengan artis tersebut bersama pengurus

artis.

“Encik Syamir?” sapa seseorang.

“Ya saya.”

“Saya Lela. Saya pengurus Hime Sakura.”

“Ya.”

“Saya akan beri encik jadual harian Hime Sakura selama seminggu. Dan

saya harap encik dapat uruskan masa dengan baik agar keselamatan Hime

Sakura terjamin sepanjang bertugas di tujuh buah negeri yang akan

menjadi pilihan kita. Harap Encik dapat beri yang terbaik.” Kata Lela

dengan panjang lebar.

“Baiklah!”

Lela terus berlalu.

Esok Syamir akan mula bertugas. Negeri pertama yang menjadi pilihan

penyanyi ini ialah Perak.

Selepas segala persiapan disiapkan, Syamir bertugas bersama lima orang

rakan kerja yang lain. Ini adalah kali pertama Syamir berjumpa dengan

Hime Sakura. Dia hanya melihat gambar sahaja.

“Saya Hime Sakura.” Ain perkenalkan dirinya.

“Saya Syamir. Saya akan mengetuai cik sepanjang 7 hari ini.” jelas Syamir.

“Baiklah. Terima kasih.”

Syamir dah berusia 26 tahun manakala Ain berusia 22 tahun. Muda lagi

sudah menjadi artis.

Satu hari, Syamir terdengar seseorang ketawa bagai pontianak. Jam

menunjukkan pukul 1 pagi. Dah la esok pagi mereka akan bertolak untuk ke

negeri seterusnya iaitu Selangor.

“Pontianak mana pula mengamuk pagi-pagi hari ni?” Syamir mengintai dari

jauh.

“Hahahhahahahahhaa” Ain ketawa tidak ingat dunia.

Syamir masih mengintai dan memerhati wajah Ain yang sedikit kemerahan.

“Kau tolong jangan buat lawak, aku tak tahan la camni.” Kata Ain.

“Betul. Aku tak tipu. Ini peminat kau punya peil.” Kata Lela. Lela dan

Ain merupakan kawan baik. Maka, tidak menjadi masalah baginya untuk

berkerjasama.

Makin kuat Ain ketawa.

Biar betul perempuan ni, ketawa macam dia sorang aje dalam dunia. Macam

mana nak jadi bini orang ni. Tak salah hari bulan. Kena reject tak

pasal-pasal.

Syamir terus berlalu. Malas mahu mengambil tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience