BAB 3

Romance Completed 2722

Kini sudah sebulan berlalu. Ain benar-benar gelisah. Dia cuba membina

tembok cinta selama sebulan tetapi tidak berjaya. Hatinya benar-benar

ingin berjumpa dengan Syamir. Untuk bertanya pada Ria, dia berasa segan.

Tambahan pula dia semakin sibuk dengan persembahan.

“Syamir!” panggil Ain dari jauh apabila dia terserempak dengan lelaki

itu yang baru keluar dari kedai seven eleven.

Syamir terkejut. Dia segera menarik tangan Ain supaya masuk ke dalam

keretanya dan menekan butang OFF.

Ain tersentap. Apa kena dengan mamat ni? Sampai kunci kereta ni macam

tak bagi aku keluar aje.

“Kenapa kau jalan sorang-sorang? Tak sayang nyawa ke? Kalau kau kena

culik camne?” Syamir mula membebel.

“Eh, culik apanya?!” Ain memang tak faham.

“Awak tu kan artis terkenal. Mesti ramai nak culik awak. Ada faham

sekarang?” geram Syamir. “Aku hantar kau balik.”

Ain ingin berkata lagi tapi...

“Kau jangan banyak soal. Aku tak nak dengar apa-apa.” pantas Syamir

berkata tanpa memberi peluang pada Ain untuk bercakap.

“Syamir...” panggil Ain.

“Ada apa?

“Macam mana dengan luahan hati aku?” Ain beranikan diri untuk bertanya.

“Hmm, nanti aku fikirkan.” Syamir fokus pada pemanduannya. “Lagi pun

kita ni baru aje kenal. Aku tak nak melukakan hati orang lain. Aku tak

nak beri kau harapan sedangkan aku tak mampu memberi hati ini.” wajah

Syamir serius.

Ain tersenyum. Sikap ini yang buat dia jatuh cinta pada lelaki ini.

Selepas menghantar Ain ke rumahnya, Syamir memandu perlahan ke atas

bukit yang biasa dia lepak. Dia mahu tenangkan hatinya yang bergelora

saat ini. Dia juga teringat sepanjang tempoh dia menjadi pengawal

peribadi Ain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience