BAB 9

Romance Completed 2722

“Eh, dah senyum ni? Ada apa-apa ke?” tegur Ria dan dia bersama Zeck.

Rupanya Zeck jemput Ria untuk pulang ke rumah. Syanaz sudah berada dalam

dukungan Zeck. Anak kecil itu masih tidur dengan lenanya.

“Tak ada apa-apa kak. Akak dah nak balik?” soal Ain.

“Yelah. Kamu tak nak balik?”

“Nak balik juga la ni.” Ain tersenyum-senyum.

Syamir turut tersenyum.

“Nanti dah sampai rumah, mesej aku dengan kadar segera, okey?” pesan

Syamir. Ain angguk kepala.

“Dah la tetamu datang tak buat air, ini main arah-arah pula.” Ria

membebel. Pantas Zeck mencubit Ria.

“Abang ni...” marah Ria pada Zeck sebab mencubitnya. Zeck tersengih.

Mereka berdua pun pulang selepas Ain bersalaman dengan Ria.

“Maknanya undang-undang ni dikuatkuasakan saat ni ke?” soal Ain.

“Ya. Saat ini!” tegas Syamir.

“Yelah. Ain pulang dulu.” Pemandu Ain sudah lama menanti di luar.

“Mail, kau pandu kereta tu elok-elok.” Pesan Syamir. “Pastikan Ain ni

sampai dengan selamat.”

Ain pulang dengan hati yang gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience