BAB 1

Romance Completed 2722

Harewateru sora miagete namida ga koborenu kousha no yoko ni aru sakura no ki no shita de... sakura maichiru basho de rarabai kimi to sayounara sakura ga sakimidareru yura yura to... sakura maichiru basho de rarabai kimi to sayounara sakura ga sakimidareru yura yura to... ano toki ano basho de komorebi no naka de... kioku ga yomigaeru sannen kan no... toki yo... ima dake de ii kara... sukoshi... sukoshi dake de ii kara... sakura maichiru basho de rarabai kimi to sayounara sakura ga sakimidareru yura yura to...

**

Ria tersenyum-senyum melihat Hime Sakura dari jauh tetapi dahinya

berkerut melihat seseorang yang dia kenali.

“Eh, tu bukan abang Syamir ke?” kata Ria sambil tunjuk ke arah

seseorang. Lelaki itu sedang mengawasi HIME SAKURA.

Ria, Zeck, Syanaz, Tengku Faris, Mila, Iyda, Shahkir, dan Shahdan datang

ke konsert HIME SAKURA. Seorang penyanyi muda yang semakin dikenali.

Sebenarnya Hime itu kawan Ria. Itu pasal mereka semua dapat tiket percuma.

“Betullah Syamir.” Shahdan sebagai abang sulung sudah memastikannya.

Akhirnya mereka semua mengambil keputusan untuk memerhati sahaja.

“Tepilah sikit..” Suara Ain dikeraskan sedikit kerana geram dengan sikap

Syamir tetapi Ain masih mempamerkan senyuman pada peminatnya.

“Tak payah nak senyum-senyum. Sudah berapa kalis saya cakap, jangan

senyum tapi kenapa degil sangat nak senyum?” soal Syamir. Dia berkot

hitam dan ada wayar di telinganya sudah seperti gaya bodygurd.

“Saya senyum pada peminat saya la.” Balas Ain. Geram betul dengan

pegawai polis ni. Kenapalah papa upah mamat ni. Nasib baik aje seminggu.

“Tak boleh! Senyuman awak itu boleh mengundang bahaya.” Jelas Syamir.

“Bahaya apa? Senyum tu sedekah. Lagi pun saya kan artis. HIME SAKURA

yang semakin popular. Takkan senyum tak boleh?” geram Ain.

“Tugas saya kena jaga awak dari sebarang bahaya. So...... kalau saya

kata jangan senyum makanya jangan senyum.” Syamir masih memerhati

sekelilingnya. Menghalang orang ramai yang ingin bersalaman dengan HIME

SAKURA.

“Awak ni gila ya?” Ain tersenyum sinis. Sah! Lelaki ni tak berapa nak

sihat otaknya.

“Saya cakap jangan senyum!” marah Syamir.

Disebabkan terlalu geram, Ain berjalan dengan lebih pantas dari lelaki itu.

“Hey tunggu la!” marah Syamir.

Ain ke belakang pentas. Sakit hati melihat Syamir yang berdiri tegak

sebelah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience