BAB 10

Romance Completed 2722

Syamir masih berusaha memujuk Ria. Degil juga minah ni. Geram Syamir.

“Ria tak nak la abang. Tolonglah ajak orang lain. Tolonglah!” rayu Ria.

“Tak boleh la Ria. Ni undang-undang ke tiga. Kena ikut juga.” Kata Syamir.

“Siapa suruh buat undang-undang macam tu?” marah Ria.

“Syam. Pak ustaz kamu la. Dia tak bagi berdua-duaan. Bahaya.”

“Abang Syam?” berkerut dahi Ria. “Ria tetap tak nak!” bantah Ria.

“Zeck!” panggil Syamir pula. Dia tahu yang Ria akan dengar cakap Zeck.

Zeck mengeluh.

“Ria, teman ajelah abang Mir tu. Apa susahnya?” kata Zeck yang sedang

meriba Syanaz yang sedang minum susu botol itu.

“Tak nak la jadi pengacau.”

“Kacau apanya? Itu atas permintaan mereka. Kalau dia orang nak sayang

teman, teman aje. Nanti abang teman sayang pula.” Kata Zeck sambil

tersenyum.

“Zeck dah izinkan tu. Jom la Ria.”

“Terpaksa la macam ni.” Ria mengalah

Akhirnya mereka berlima keluar bersama. Imej Ain juga berubah. Dia tidak

mahu peminatnya tahu yang dia Hime Sakura.

“Terima kasih Syamir sebab kau buat undang-undang macam ni. Aku rasa

senang tau.” Kata Ain.

“Sama-sama. Tapi aku rasa nak tambah satu lagi undang-undang.”

“Apa dia?” berdebar-debar hati Ain menantinya.

“Berkuatkuasa hari ini, kita mesti menggunakan panggilan paling manja ketika bercakap dengan

pasangan.” Kata Syamir.

''Ada faham?''

Ain mengangguk tanda faham namun pipinya sudah bertukar kemerah-merahan menaham malu meski bibir tak henti menguntum senyum bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience