BAB 7

Romance Completed 9849

Nak, nak tengah bawa kereta Misha lagilah tak berani. Kang mau ada yang kena seruan Ka’abah kang. Lisa kalau bawa kereta memang suka bukak tingkap. Nak, nak bawa waktu pagi. Hirup udara segarlah katakana.

Semasa berhenti tu,Lisa menoleh ke kiri dan ke kanan melihat keindahan waktu pagi yang busy. Sekali, Lisa seakan perasankan seseorang dari dalam perut sebuah kereta Satria Neo.

Macam pernahku lihat je mamat ni. Tapi di mana ye? Aha. Bukan ke dia ni Polis yang gemar sangat nak menyaman aku? hehehe…kau tak pakai baju Polis yerk? Siaplah kau. Akan kau kerjakan hari ni. Hehehe…

“Naim, punchkan kad aku. aku masuk lambat sikit aku ada urusan jap. Hehehe…” Lisa terus mematikan panggilan tanpa tunggu Naim membalas arahannya.

Bila lampu bertukar je ke warna hijau, Lisa terus membunyikan hon dan menghimpit ke kiri betul-betul di belakang kereta Polis yang gemar menyamannya. Diangkat tangannya kepada pemandu dibahagian belakang tanda meminta laulan.

Lisa ikut je belakang kereta Polis tu dekat-dekat. Sengaja je dirapat di belakang kereta Polis tu. Bak kata orang ‘kita kasi cucuk dia’. Dan agaknya Polis tu perasaan dia pun melajukan keretanya.

Untuk memastikan agar Polis itu menyedari kehadiran Lisa yang sengaja nak ‘mencucuk’ dia. Lisa pun memotong kereta Polis tu disebelah kiri. Sengaja dibuatkan muka kereknya. Lisa perasan yang Polis tu memandangnya. Apa lagi, Lisa terus memotong laju kereta Polis tu dan masuk tepat didepan kereta tu. Polis tu mengambil peluang mencucuk kereta Misha A.K.A kereta yang dipandu oleh Lisa. Hehehe..

“Hehehe..melayan,” dilihat Polis tadi nampaknya telah terumpan.

Diterankan minyaknya sampai meter cecah 120km/ jam dalam keadaan kereta tengah berduyun-duyun dijalan raya. Dah macam main dekat highway je gayanya. Kereta Polis tadi memasuki lorong laju dan memotong Lisa. Lisa ikut jugak. Di masuk dibelakang kereta Polis tu. Dicucuk sampai terpaksa kereta Polis tu memasuki lorong serdehana laju.

Lisa nak membakarkan lagi hati Polis tu dia terus memotong Polis tadi kemudian dia memasuki lorong Polis tu dengan sekali libas je utnuk ke lorong yang paling pelahan.

Kedengaran kuat break kereta Polis tu. Lisa sempat menjeling. Dilihat kereta yang dipandu Polis tadi berpusing di tengah jalan seperti ingin merempuh pembahagi jalan.

Lisa yang terkejut terus memberhentikan keretanya ditepi. Saat masuk keluar dari kereta, sekali lagi mengejutkan Lisa bila kereta yang dipandu Polis tu telah melanggar pembahagi jalan dan turut dilanggar oleh sebuah lori yang dari arah yang sama.

Terserat kereta tu sejauh 50 meter sebelum lori tadi dapat berhenti dengan sepenuhnya beberapa kereta di turut membreak secara mengejut menyebabkan perlanggaran semakin parah. Lisa dah menekup mulutnya.

“Ya Allah, apa yang telah aku lakukan ini?” Lisa tidak dapat berfikir sebarang kemungkinan yang berlaku. Otaknya terus menjadi buntu sebuntu-buntunya.

Dalam kepalanya hanya ternampak bayangan wajah Polis yang menyamannya dulu. Lisa semakin tidak keriuan bila memikirkan sama ada Polis itu selamat atau tidak. Tangannya dan mengigil yang amat. Lisa dah berteleku di tepi pintu kereta Misha. Lisa dah menangis semahu-mahunya. Dia benar-benar mengesali kesilapannya untuk membalas dendam.

“Adik, adik kenapa ni?” tegur orang ramai yang kebetulan melihatkan kepada Lisa yang dah menangis di tepi jalan raya. Lisa tidak dapat berkata apa. Dia hanya menangis.

Lisa hanya melihat sahaja kereta ambulance, bomba dan polis yang datang ke tempat kejadian. Lisa hanya mampu melihat. Ye hanya itu yang mampu Lisa lakukan. Separuh nyawanya terasa melayang melihatkan kepada kereta Polis tu.

“Lisa, Lisa,” Lisa menoleh kepada suara yang memanggilnya.

“Riiiinnnaaaa,” Lisa terus memeluk Rina.

“Apa kau buat dekat sini?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience